Jumaat, 13 Ogos 2010

Awat yang ketegaq sangat -fuiyoo pekat bunyi utagha-

Tau dah tak boleh buat. tapi nak buat jugak. Kenapa eh? Dah tahu tak boleh, tapi nak buat jugak?

Yes, saya sangat jelas dan tahu.. Allah tak suka saya berbuat demikian. Tapi saya tak tahanla..(Berani tak kita nak cakap depan Allah di padang Mahsyar macam ni)..

Ala, macam kita cakap kat pensyarah kita macam nila “saya tahu saya kena buat, tapi saya malasla”.apa yang akan jadi kalau cakap macam ni? Realitinya, nak cakap macam ni pun tak berani.. betul tak? Itu baru dengan pensyarah yang takde kuasa pun ke atas kita.. Cuba kalau dengan Allah? TUHAN PENCIPTA sekalian alam.

Sebenarnya inilah hakikat hawanafsu kita.. Orang kata remaja suka memberontak. Peliknya, hingga ke peringkat yang lebih dewasa dari remaja pun kita masih nampak sikap memberontak ini. Sedarlah, hawanafsu kita tidak pernah tua. Ia sentiasa remaja. Itulah yang menyebabkan kita merasa; Tahu tidak boleh buat, tapi nak buat jugak..

Hawanafsu tidak pernah kenal erti puas. Syaitan pula tiada sikap putus asa. Jika kita masih merasa selesa dan bahagia dengan kehidupan yang bergelumang dosa, maka itu adalah pilihan kita.

Susah la nak ubah cara hidup. Bukan senang. Cakap senangla. Iya; tiada yang menafikan kenyataan ini. Ujian Allah mengikut kemampuan masing-masing.

Allah berikan panduan menutup aurat, kita pilih untuk menurut atau sebaliknya.
Allah berikan panduan untuk memelihara anggota badan, kita pilih untuk menjaga atau merosakkannya..
Allah beri panduan untuk beribadah kepada-Nya, kitalah yang memilih untuk taat atau derhaka

Sesungguhnya, manusia sangat zalim terhadap diri mereka sendiri.. Semoga Allah mengampunkan kita.

Tiada ulasan:

Entri terkenal