Siapa tidak sukakan buku cerita? Rasanya hampir semua pembaca, belajar membaca dan memupuk minat membaca dengan membaca buku cerita. Sedangkan Al-Quran pun memujuk Rasulullah dengan cerita dan kisah-kisah benar.
Jadi kali ini penulis mahu ceritakan satu kisah benar. Tapi pendek aje.
Penulis ada seorang kawan. [kawan penulis ini, tidak membaca blog penulis ini –jadi selamatlah- hehe]
Kawan penulis ini seorang yang biasa-biasa sahaja. Dia bukan disanjung sesiapa. Mahu dikatakan budak pandai, juga tidak pernah disebut-sebut oleh pensyarah. Dia bukan ratu cantik, walaupun semua orang cakap dia cantik. Dia juga bukan menjadi tumpuan dan perhatian orang lelaki sebagaimana sesetengah orang cantik. Dan dia juga bukan orang alim yang disegani sesiapa. Dia hanya orang biasa dan tidak suka menonjolkan diri.
Tapi dia ada satu keistimewaan yang tiada pada orang lain. Sesiapa yang mengenalinya, tidak pernah merasa sakit hati terhadapnya. Tanya sahaja sesiapa yang rapat dengannya, penulis yakin, jawapannya sama. Itulah ciri yang paling menonjol ada pada dia. Sehingga orang yang selalu sakit hati [asyik tidak puas hati] dengan orang pun suka dan minat berkawan dengan dia.
Terfikir juga penulis.. Mengapa. Oh rupanya dia pandai merendah diri. Merendah diri yang bertempat. Walaupun dia tidak pernah mengerti apa itu tawadhu’, tapi dia dapat beramal dengan sikap itu. Dia tidak pernah berceramah dan berleter panjang pada penulis mengenai takabbur dan tawadhu’, tapi sikap dia telah membuatkan penulis menghayati apa itu tawadhu’.
Seruan hari ini: Mari kita menghayati dan mengamalkan tawadhu’.
Isnin, 24 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Apabila melihat orang lain ditimpa musibah atau masalah, terasa beratnya dia menanggung perkara tersebut. Pelbagai cara kita cuba untuk meri...
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
bila suatu perbuatan itu tidak di sandarkan pada Allah.. maka bila berjaya, kita rasa itu adalah titik peluh kita dan hanya kerana usaha ...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Ikut hati, mati Ikut rasa, binasa Ikut nafsu, musnah Ikut syaitan, rosak Ikut Allah, bahagia Ikut Nabi, untung Ikut Quran, se...
-
Setiap hari mengulangi kata yang sama: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Muhammad s.a.w sebagai Nabi ku dan Islam itu sebagai agama...
-
Gunakanlah bahasa yang baik, Dakwah itu lemah lembut dalam pergaulan. Permulaan kepada sebuah perubahan adalah pengakuan. Mengakui bahaw...
-
Dengan nama Allah yang memasukkan siang ke dalam malam. Dan memasukkan malam ke dalam siang.. Melihat manusia lain sibuk berbuat dan menjad...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan