Khamis, 6 Januari 2011

Mahu ikut yang mana?

Dia bagus, tapi..
Mungkin dia sesuai, tapi..
Dahulu oklah, sekarang...

Jika kelemahan manusia yang kita selalu pandang, maka ketahuilah, tiada sesiapa yang lebih sempurna kecuali Allah.

Kelemahan kita bukan untuk dijaja dan diceritakan pada orang. Ia adalah modal untuk kita mencari pahala. Ia adalah jalan mudah untuk kita membuktikan kecintaan pada Allah. Bagaimana?

Dengan kelemahan itu, akan membuatkan kita sentiasa sedar nilai kehambaan yang perlu kita akui dihadapan Allah. Ia membuatkan kita sentiasa merasai pergantungan pada Yang Maha Kuasa. Ia bukan untuk kita menghina diri dalam kalangan manusia.

Begitu juga kekuatan kita. Ia bukan untuk menunjuk dan dimegahkan. Ia adalah amanah. Kekuatan itu diberi untuk memakmurkan bumi Allah..

Dengan kesedaran seperti ini, kita tidak akan sombong dengan kelebihan sendiri dan merasa hina dengan kelemahan yang ada.

Berbekalkan kefahaman yang sama, kekuatan insan lain akan menjadi inspirasi dan contoh ikutan buat diri. Manakala kelemahan mereka adalah untuk kita mengoreksi diri..

Orang yang bermanfaat adalah orang yang menyebabkan kita kembali pada Allah apabila kita memandang dan bergaul dengannya.

Tiada ulasan:

Entri terkenal