Ahad, 16 Januari 2011

campur tolak

Manusia telah diciptakan selesa dengan kebiasaannya. Sukar menerima perkara baru. Sebagaimana sukarnya orang kafir Quraisy untuk menerima ajaran baru yang datang dari seorang anak yatim dan tidak tahu membaca.

Bayangkan saja, jika kita bertemu dengan seseorang yang mendakwa perkara baru yang tidak pernah ditemui sedangkan dia bukanlah pemegang ijazah atau bergelar doktor falsafah. Senangkah kita untuk menerima dakwaannya??

Keluar dari kebiasaan seperti melawan graviti untuk naik ke angkasa lepas. Kurang tenaga, kita akan jatuh semula ke bawah. Tapi dengan kecanggihan teknologi dan kesungguhan, selepas berlepas naik, mudah sangat untuk bergerak bebas, kemana sahaja diruangan angkasa itu.

Ini adalah perumpamaan untuk kita berubah. Susah untuk kita keluar dari kebiasaan. Apakah yang biasa itu?

Bila penat, keluar tengok wayang.
Bila tertekan, lepaskan perasaan pada orang yang tidak sepatutnya.
Bila serabut, buat muka masam.
Bila kempunan, tidak kisah apa jadi asalkan dapat.

Apa lagi yang biasa?

Makanan yang sentiasa sedap.
Kawan lama.
Ahli keluarga.

Untuk apa susah-susah keluar dari kebiasaan? Pasti ada sebab. FIKIR. Untuk apa lagi kita diberi aqal jika bukan untuk berfikir.

Tiada ulasan:

Entri terkenal