Rabu, 26 Januari 2011

Kisah benar lagi

Tahu tak sebenarnya penulis suka sangat bercerita. Apa-apa sahaja cerita asalkan menambah iman. Pernah suatu masa dahulu penulis bercita-cita untuk menjadi novelis. [dahulu kala sahaja]. Seronok mengahayati cerita. Tapi hanya cerita benar sahaja yang akan memberi impak besar.

Kisah dan cerita rekaan hanya mengangkat fikiran ke dunia tidak wujud. Tidak berkembang otak [seolah-olah penulis ini tidak membaca cerita dongeng]!. Padahal, ketika bersekolah dahulu, habis bersiri-siri novel dan buku cerita dongeng penulis baca. Lepas satu, satu.

Kisah perempuan cantik dan putera raja kacak. Itu dongeng paling popular. Betullah tidak berpijak di bumi nyatakan? Adakah semua perempuan itu dilahirkan cantik dan semua lelaki menjadi putera kacak?? [jika dikenang-kenang balik, rasa lucunyalah]

Apakah impak cerita benar? Hanya orang benar-benar mengambil pengajaran sahaja yang akan tahu harga sebuah cerita benar.

Apakah kisah benar yang mahu penulis kongsikan? Sudah terlupa pula. oo Kisah orang miskin yang bersih hatinya.

Orang miskin ini kawan penulis [kawan lagi?!]. Hidup dalam arus pemodenan dunia menyebabkan kita terlalai dan lupa, masih ada manusia dilahirkan susah. Ibubapa tidak berpendidikan, adik beradik tidak mampu untuk menyambung pelajaran kerana tiada wang. Jika mahukan wang, dikerahkan seluruh tenaga dan ahli keluarga untuk melakukan pelbagai kerja sampingan. Susahnya dia mendapatkan sekeping duit.

Tapi tiada pun patah perkataan yang keluar dari mulutnya menyalahkan takdir.

“Saya susah, tapi orang lain lebih susah. Itu pun syukur Allah beri saya nikmat-nikmat lain”
“Setiap manusia Allah uji dengan ujian berbeza. Ini ujian saya, saya berkongsi bersama keluarga untuk menghadapinya”

Kata-kata kawan penulis ini amat menginsafkan. Dia tidak pernah menjadikan ujian miskin itu sebagai penghalang dia melakukan amal kebajikan. Malah bersyukur pada Allah dengan nikmat-nikmat lain yang dihadiahkan Allah.

Miskinnya tidak menjadikan dia lupa pada tugas dan tanggungjawabnya sebagai khalifah. Dia tetap mengorbankan masanya untuk menyeru manusia ke jalan Allah. Dia tetap berusaha memahami agama Allah.

Kita? Sudahlah berduit, bilakah masanya kita melakukan pengorbanan dengan pemberian Allah yang Maha Luas itu?

“Apa yang kamu infaqkan itu adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang usahanya kerana jihad dijalan Allah, sehingga dia tidak dapat berusaha dibumi; sedangkan orang lain tidak mengetahui, menyangka bahawa mereka adalah orang kaya kerana mereka menjaga diri dari meminta-minta. Engkau (Muhammad) mengenali mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada ornag lain. Apa pun harta yang baik yang kamu infaqkan sungguh Allah Maha Mengetahui”
Al-Baqarah: 273

Tiada ulasan:

Entri terkenal