Sabtu, 8 Januari 2011

“tengoklah dia itu, begitu dan begini”
“Kenapa dia suka buat begitu dan begini?”
“Pentingkan diri sendiri. Lansung tak bertimbang rasa dengan orang!”

Kita tidak akan menanggung dosa orang lain. PASTI. Tapi kita akan menanggung dosa jika kita menjadi penggalak orang melakukan dosa dan tidak menyampaikan kebenaran.. Inilah sebab kita tidak boleh berdiam diri. Bukanlah cara seorang hamba, jika kita hanya mengata dan mengutuk perbuatan maksiat orang lain.

Mengata dan mengutuk itu dilarang. Benar dia melakukan kesalahan. Tapi kita sedang menambah koleksi dosa sendiri dengan mengata dan mengutuk itu. Masalah tidak selesai. Benarkah kita merasa lega dengan mengata seperti itu?

Hati yang telah sedia tersiksa kerana dosa lalu bertambah siksa dengan dosa segar yang baru dilakukan. Maksiat berleluasa. Seorang buat dan seorang lagi mengutuk. Dua kali lima sebenarnya. Baik yang mengata atau yang dikata.

Legakah kita dengan melepaskan segala kutukan yang menyakiti hati orang? Tanyalah pada hati kecil. Tanya pada iman, itukah perbuatan untuk mencapai halawatul iman?

Kawan-kawan, walau siapa pun kawan kita, maksiat apa pun yang dia buat, dia tetap kawan kita. Jika diketahui oleh kita ketidak taatannya maka sedarkanlah dia. Bantulah dia membaik pulih diri. Jika kawan itu seorang yang baik dan taat, maka contohilah ketaatannya. Berganding bahu dengannya agar dia dan kita sama-sama tetap dan kuat melakukan ketaatan pada Allah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal