Ahad, 15 September 2013

wanita islam

Kedudukan wanita Islam dalam masyarakat:

>> akhlak wanita wajib di bentuk
>> Allah mengingatkan kepada para penjaga wanita betapa pentingnya..

Dalilnya surah At-tahrim: 6

>> mengajarkan wanita; ilmu yang sepatutnya.. agar dia mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai wanita dengan baik..

Peranan wanita paling penting:

  1. mengurus rumahtangga
  2. menjaga anak-anak.
kepada wanita:

Jika kita belum punya anak, kita melatih diri dan mengajarkan orang lain untuk bersedia melakukan peranan paling penting.

jika kita sudah punya anak..
kita tetap dan sentiasa membaiki diri untuk terus melakukan peranan utama wanita selain membantu dan mengajarkan orang lain (wanita lain) tentang bersedia dan memainkan peranan mereka sebagai mana yang telah kita lakukan..

betapa pentingnya mengajarkan wanita.. apa sahaja ilmu yang membantu dan mengasah peranan mereka.

jika anda ada kekeliruan, sila bertanya pada orang yang anda percaya pada ilmu dan amalan mereka.

Disini pun boleh bertanya.. insyaAllah.

Risalah Jihad 1

Oleh Hassan Al-Banna.

Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna.

>> Maksud jihad

>> Keutamaan jihad dalam Al-Quran dan Sunnah

>> pendapat ulama dan pendapat mujtahid ttg jihad

>> tujuan, cara dan prinsip jihad dalam islam

>> hukum jihad pd zaman sekarang, fardhu ain atau fardhu kifayah

>> menjawab kekeliruan bahawa islam itu "extreme"  kerana mewajibkan jihad.

>> kaitan antara tujuan hidup dan pensyariatan jihad.

bersambung..

Isnin, 9 September 2013

Speechless...

.
Berbuih mulut ajar orang berbincang.
Bila sampai masa kita perlu berbincang,
Entah pegi mana semua teori yg kita 'buihkan'.

.
Berbuih mulut ajar orang..
Mintak izin dulu sebelum buat keputusan.
Tapi bila sampai waktu kita..
Dah siap buat keputusan,
Baru tanya boleh ke nak teruskn dengan keputusan itu.

.
Pelik.
Mintak izin bukanlah selepas ada keputusan.
Mintak izin juga bukanlah bila suatu persoalan sudah ada jawapan pasti...
Tapi mintak izin itu, ketika kita masih dipersimpangan 2 dilema..

Ketika inilah perbincangan akan berlaku.
Dan keputusan yang dibuat hasil perbincangan inilah yg dipanggil keizinan.

.......
Untuk apa mintak izin jika pilihan yang ada hanyalah ya atau hanyalah tidak.
Ini namanya maklum. ME-MAK-LUM-KAN.
.....

Contoh memaklumkan:
maaf adik, saya minta izin tidak hadir esok kerana kolam akan runtuh.

Contoh minta izin:
adik, di rumah saya ada sebuah kolam yang sudah lama. Ia di jangka runtuh esok jika tidak di baiki hari ini. Urusan membaiki memakan masa 2 hari.. Bolhkah kita bertemu pada hari tulat?

Apakah perbezaan dua cth di atas.

Contoh memaklumkan itu
Hanya ayat penyata walaupun ada perkataan mint izin.

Contoh mintak izin itu
Bila kita menerangkan situasi kita, apa pilihan yang kita ada dan di akhir penerangan itu kita minta pandangan.

Sekian.

P/s: minta izin ini perlu pada sesetengah keadaan masa tempat dan dgn siapa yang kita berurusan.

Speechless pun dh panjang macam ni.

What goes around comes around?

Dengan nama Allah yang memasukkan siang ke dalam malam. Dan memasukkan malam ke dalam siang..

Melihat manusia lain sibuk berbuat dan menjadikan perbuatan mereka alasan utk kita 'tersalah' atau 'bersalah'..
Adalah sesuatu yang lucu lagi menggelikan hati bagi orang-orang yang benar-benar memerhati.

Bukankah sesuatu amal yang manusia buat itu pilihannya? Walau terpaksa macam mana pun, perbuatan seseorang itu pasti dengan keizinan hatinya untuk berlaku demikian...

.......
Ramai je manusia yg xmahu buat walaupun dipaksa.
........

Mengapa cepat benar kita menyalah kan orang lain apabila pilihan kita tidak tepat?...
Entah.

Yang lebih pelik, kita menyalahkan kekurangan org lain penyebab berlakunya kekurangan kita.. Sedangkan kita beriman; setiap dari kita ini Allah yang cipta!

.......

Kadang2, kita komen orang patutnya buat itu dan ini.. Tapi, bila sampai situasi sama pada kita.. Kita ckp kita lain dsbnya.. Hmmmm.. Seolah2 hanya 'mereka' shj yg salah tapi kita ini serba tahu dan mulia...na' uzubillah..

Khamis, 5 September 2013

Dengan nama Allah kita berjuang

Nikmat Allah yang sentiasa mencurah,
Menunjukkkan Allah tidak pernah lengah,
Di petang yang penuh barokah,
Saya mencuri masa utk bermadah.

Mesir..
Bumi para anbiya,
Penuh sejarah, kisah dan cerita,
Tahu dan sedarkah kita?

Mesir menjadi saksi,
Bagaimana Nabi Yusuf di jual beli,
Di penjara dan di hakimi,
Akhirnya menjadi Raja Mesir yang di hormati.

Mesir..
Pernah juga menjadi saksi..
Kekejaman fir'aun berbangsa Qibti.
Ketika itulah Nabi Musa di utus menjadi saksi.

....

Mesir tidak pernah sunyi,
Semenjak zaman berzaman lagi,
En Jamal, En Anwar dan En Husni,
Mesir kini bergolak lagi..

....

Belum bertahun pun aman
Musuh islam dan rakannya sudah tidak tahan,
Seraya mereka lakukan tindakan,
Kudeta menjadi pilihan.

Awalnya nampak damai seolah bertenang,
Pelbagai helah alasan dan cerita rekaan,
Rupanya ia hanyalah konspirasi terancang,
Untuk menyambung siri penjajahan.

Dengan izin Allah,
Majoriti rakyat Mesir tetap tidak berubah,
Tetap berhimpun secara bermaruah,
Di dataran Nahdhah dan Rab'ah.

Jemu memujuk dan berhelah,
Puak tamarrud memulakan langkah,
Memulakan tragedi berdarah,
Berdalilkan hujah pelik, lucu dan t.a.k.b.o.l.e.h..b.l.a.h

....

Kenapa kita masih berdiam diri di Malaysia yang dianggap tenang ini?

Orang Mesir berkorban masa, harta, tenaga, fikiran bahkan darah, demi mempertahankan kebenaran.

Alangkah hairannya kita di Msia, berkorban masa, harta dan tenaga kerana perasaan dan kehendak diri kita..?!

MasyaAllah.

Apakah kita dikatakan bersyukur dengan nikmat Allah menjadikan Msia aman; dengan mengambil jalan "tutup mulut" dan "jadi atas pagar" dalam isu ini ??

Oh bagaimana fikiran kita yang hebat ini boleh terseleweng begitu jauh ??

Bersyurkah seorang hamba, bila dia mendiamkan diri saat kebenaran sedang "dicincang/dirempuh/dihenyak" para penzalim?

Bersyukurkah seorang manusia, bila dia lansung tidak tahu pun.. Kebenaran sedang cuba ditutup dan dihapuskan???

Bersyukurkah seorang rakyat Msia, apabila dia HANYA melihat saudara-saudara se agamanya bahkan saudara-saudara se dunia nya di bunuh dan ditembak dengan kejam hanya kerana berhimpun secara aman tanpa apa2 senjata??...

BERSYUKURKAH?

Bersyukurkah kita..
Bila kita hanya diam bisu seribu bahasa... setelah kita mengetahui betapa dahsyatnya penduduk Mesir di zalimi..

Tidak terfikirkah kita;
Kerana kesalahan apakah para penduduk Mesir lakukan hingga layak di tembak oleh penembak tepat, digelek oleh kereta kebal, di cederakan sewenangnya...???

Sedangkan mereka berhimpun tanpa senjata, tiada keganasan yang dilakukan terhadap orang awam, bahkan mereka bersolat dan melakukan pelbagai lagi kebajikan yang di anjurkan agama.

Mereka meninggalkan keselesaan katil empuk di rumah mereka, mereka meninggalkan gaya hidup selesa dan budaya rehat...

Demi mempertahankan kebenaran.

TIDAK MALUKAH KITA??

Tidak malu kah kita pada Allah.
Manusia lain berkorban bersungguh2, membuktikan iman mereka pada Allah dengan berjuang mempertahankan kebenaran hingga sanggup meninggalkan rutin harian yg selesa.. Bahkan bukanlah mereka tidak tahu, perhimpunan itu bukan sahaj tidak selesa malah bakal mengundang kematian..!

Tapi kita,
Memilih untuk terus hidup normal dan "bahagia" dengan "nikmat" (yg sbnrnya juga bentuk ujian Allah pada hamba-Nya).

Saya bukan menyeru pembaca bangkit dan beli tiket ke Mesir dan berjihad di sana tapi..

Bangkitlah, berjihadlah di Msia ini dgn cara;

Sedarkan masyarakat ttg isu ini, sokong pihak yg mahu membantu rakyat Mesir yg dizalimi..

Baca dan sebarkan berita ini.
Didik masyarakat Msia untuk sensitif dan ambil berat isu ini..

Teruskan berdoa.
Panjatkan doa sebanyaknya.

Moga Allah meredhai segala usaha kita. InsyaAllah.


Ahad, 1 September 2013

Islam agama rahmat



Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah buat pantai luas dan indah.
Tiada manusia yang rasa 'tertekan' bila melihat pantai..
Maha Suci Allah.



Sungai..
Juga ciptaan Allah.
Dengan kehendak Allah.
Sungai sentiasa mengalirkan air ke laut..
Tidak pernah ia ingkar dan mengalirkan air masuk semula ke bukit!



pokok yang tumbuh..
Sentiasa mengikut peraturan pertumbuhan..
Tidak pernah kita dikejutkan dengan pokok kembali menjadi biji benih!
Allahu akbar.



atau sekawan ikan yg tiba-tiba berenang di udara..
Pernahkah kita melihat fenomena ini?
Tidak.
Kerana Allah telah menetapkan dimana ia perlu berenang.
Alangkah taatnya haiwan tidak berakal ini.
Subhanallah.



Hujan..
Pernahkah kita melihat hujan naik ke-atas?
TIDAK.
Hujan sangat patuh pada perintah dan hukum Allah.



mata kita sendiri.
Pernahkah ia ingkar dari 'kehendak' kita bila kita mahu melihat ataupun bila kita mahu tidur?
Allah Maha Besar...
Mata kita tidak pernah gagal menjalankan tugasnya.
Walaupun kita mengarahkan mata untuk melihat perkara dosa!
Astaghfirullah.


Mulut kita..
Pernahkah kita 'terkunci' disaat kita mahu berkata-kata??
TIDAK.
Mulut sentiasa sedia menjalankan tugasnya tika kita mahu bercakap dan makan.



Jantung kita..
pernah kah ia meminta 'rehat' sebentar kerana 'penat' melakukan tugas hariannya??
TIDAK PERNAH.

Ya Allah ya Tuhanku..


tapi manusia...


yang Engkau ciptakan begitu sempurna..
Lengkap segala sesuatu..
Seluruh isi dunia telah diciptakan utk nya..

Masih tiada segan silu melakukan kemungkaran..
Tanpa rasa menyesal..
Dan memohon 'rehat' sebentar dengan pelbagai alasan 'yg dihiaskan'..
dari tugasan harian mereka..
sebagai hamba dan khalifahMu.

Ya Allah, kami mohon ampun dariMu kerana kecuaian kami, kejahilan kami dan kemaksiatan kami. Jika Engkau tidak mengampuni kami, jadilah kami orang yang rugi..
Tunjukilah kami kejalan yang lurus

Entri terkenal