Sabtu, 31 Ogos 2019

Pendidikan manusia bukan dgn membanding

Kisah 1.

Emak sedang mengurus masa dan berbual dgn anak tentang prestasi anak di sekolah.

Emak: Dapat nombor berapa?
Anak: No.30 (rasa mcm ok je sebab bukan nombor terakhir dlm kelas)
Emak: kawan baik awak dapat nombor berapa?
Anak: No.3
Emak: Kenapa awak takdapat nombor 3 juga?
Anak: ha? (Kecil hati & hairan..)

Kisah 2.

Anak pergi rumah kawan..
Emak kawan tersebut sedang menjahit dan wanita itu sedang mengandung.

Anak balik rumah dan cerita;

Anak: Mak tadi pergi rumah kawan.
Emak: Buat apa?
Anak: singgah sambil balik sekolah sekejap. tengok Mak dia jahit baju walapun mengandung.
Emak: Jadi?
Anak: Kenapa Emak tak jahit baju masa mengandung macam Mak kawan saya?
Emak: Kamu pergilah jadi anak dia.


......

Kita belajar dari kehidupan.
Bukan semua pengalaman hidup kita itu betul.
Carilah ilmu agar kita tahu mana yg betul tuk diteruskan..

Selasa, 27 Ogos 2019

B***h beli kereta cash!

Hutang dan sistem perbankan dizaman sekarang ibarat air buat manusia.

Seolah-olah tiada individu dewasa yg hidup tanpa Bank & hutang. Benarkah? Hanya kajian akademik & kesimpulan dari survey menyeluruh yang boleh membuktikannya.

......

Mengurus harta dan wang adalah perkara penting kehidupan seperti mengurus persoalan "nak makan apa hari ini tuk terus sihat dan berbakti".

Dari segi keuntungan dunia & akhirat;

Adakah dengan berhutang menunjukkan kita bijaksana mengurus kewangan?

Jika kita berbelanja menggunakan wang tunai adakah kita menjadi ketinggalan zaman dan kerugian kerana tidak memanfaatkan teknologi dan kemajuan sistem perbankan dunia?

Semua persoalan ini memerlukan ilmu yg menyeluruh mengenai sistem perbankan dan hutang, apa itu kejayaan dunia akhirat dalam perspektif Islam.

...

Komen sebarangan tanpa ilmu dan fikiran akan membuatkan tercabut rasa hormat org pada kita.

...

Tajuk itu sengaja saya abadikan begitu agar saya sentiasa berwaspada dengan perkataan yg saya tuturkan

Isnin, 5 Ogos 2019

Ini semua tentang kebesaran Tuhan

Mengimbas kembali kisah Nabi s.a.w bukanlah perkara asing dalam hidup seorang ummat baginda.

Peringkat awal memperkenalkan semula konsep Islam yg menyeluruh pada keluarga & penduduk sekitar Makkah mendapat pelbagai reaksi..

Paling menyentuh hati..

Bagaimana seorang manusia cerdik dan di iktiraf sebagai org bijaksana dizaman itu; Al-Walid bin Al-Mughirah enggan beriman kepada Rasulullah s.a.w. Walaupun dia tahu betapa benarnya mukjizat dan ajaran yg dibawa baginda..

Kemudian seorang tokoh yg disegani, berjasa menjaga Nabi s.a.w, dihormati seluruh penduduk Makkah, bahkan dikasihi Nabi s.a.w juga tidak mahu beriman kepada baginda s.a.w. Walaupun dia membela, menjaga serta berjasa melindungi Nabi Muhammad s.a.w, dia tetap teguh berdiri dalam agama nenek moyangnya hingga ke nafas terakhir.. Abu Thalib bin Abdul Mutalib.

Sedih tidak terkira seorang manusia bergelar Nabi s.a.w.

Pengajaran biasa di dengari utk kedua2 kisah ini; hidayah itu milik Allah. Nabi s.a.w pun tidak mampu mengislamkan org yg dikasihi apatah lagi org cerdik dizamannya.

Pengajaran takbiasa dengar apakah?

Taufiq dan hidayah Allah akan hadir pada org yg benar2 mahu tunduk kepada kebenaran.. Iya wahai para pembaca budiman.. Hanya jika kita berusaha bersungguh-sungguh tuk tunduk pada kebenaran, barulah kita sedar hidayah Allah sedang memanggil kita..

Tunduk kepada diri sendiri yg merasakan diri ini lebih berjasa, berpengalaman, kaya, dihormati masyarakat, tidak akan membuatkan kita menemui dan mengenal Islam dari Allah.

Kita mungkin merasakan kita adalah seorang manusia yg begitu berjasa pada Islam atau negitu berjasa kepada seseorang yg kembali kepada Islam melalui kita..
TETAPI SEBENARNYA..

Allahlah yg lebih layak mengungkit budinya dalam memberikan taufiq hidayahNya kepada kita.

Jika kita mahu menjadi org yg benar!
Jika kita mahu menjadi org yg tunduk pada kebenaran..

Yang besar itu Tuhan.
Bukan pengalaman kita, bukan keimanan kita, bukan usaha kita, bukan kebaikan kita, bukan juga "seniority" kita.

Allahu akbar.





Khamis, 21 Mac 2019

Menakluk dunia dengan Menyucikan Tuhan (bukan manusia!)

Maha Suci Allah..
Kerana Allah tidak pernah salah dalam menentukan segalanya.

Samada tentang manusia, langit dan bumi.

Merenung undang-undang ciptaan manusia, terlalu banyak kekurangan. Apatah lagi manusia sendiri. Manusia makhluq paling sempurna ciptaan Tuhan tetapi perbuatan dan fikirannya tidaklah sesuci Tuhan (mustahil tiada salah).

Belum masuk kisah perbezaan pendapat dalam segala sudut urusan kehidupan. Berbeza pendapat itu lumrah. Mengikut manusia yang dianggap lebih mulia dan lebih berilmu pun tiada masalah.

Menyucikan Tuhan Sekalian Alam itu satu kemestian. Memujinya juga suatu penghargaan dan kelayakan. Tiada manusia atau makhluq yang mampu setaraf dan sebanding. Berhati-hatilah dalam menyanjung dan memuji manusia walau kelebihan apa pun yang ada pada mereka.

Menyucikan Tuhan bukan bermaksud menghukum dosa pada manusia kerana kelemahan mereka. Buruknya akhlaq, kurangnya kasihan belas bukan juga salah undang-undang ciptaan manusia atau kerajaan yang memerintah..

Ia sebenarnya ujian kepada kita sebagai manusia menelusuri hakikat kehidupan berTuhankan Allah Yang Maha Suci.

Sudahnya?
Redha sahaja kekejaman dan kekurangan mereka?
Namanya ujian, maka usahalah sehingga lulus dengan nilaian Tuhan!

Jumaat, 15 Februari 2019

Biarlah cita-cita tinggi menembus awan dilangit..

Dengan nama Tuhan, kami berserah,
Dengan nama Tuhan, kami melangkah..
Dengan rahmat dan izin Tuhan kami tetap terus melakar sejarah.

Imaginasinya membina ummah,
Realitinya menjaga rumah sudah lelah.

Imaginasinya berjuang dan berjihad menongkah mungkar menegak kebenaran,
Realitinya perit berusaha membina, menyusun dan mendidik manusia menjadi beriman.

Imaginasinya lazat bercinta mendekat Tuhan
Realitinya memang boleh tahan..

Imaginasinya indah hidup dengan berkorban,
Realitinya baru seringgit dua menghulur meringankan beban.

Imaginasinya menang mengalahkan syaitan,
Realitinya usah cerita bagaimana berkorban berusaha untuk mengalahkan.

Sejarah bukanlah kerja membina bangunan dan reputasi,
Kerana sejarah membina kisah contoh agar menjadi sumber inspirasi.

Seluruh Nabi dan Rasul, telah selesai membina sejarah, melakar contoh inspirasi..
Kini giliran kita menyambung mata rantai ini..

Biarlah cita-cita menembus awan dilangit, asal hati tetap merendah kepada Tuhan!

Entri terkenal