Khamis, 13 November 2008

MiLik SiAPA? 4

sambungan:

Kita mula dengan hidung, sebab penulis dah mention hidung dlm pos-pos sebelum ni. hmm ..Hidung.. kita ni payah nak rasa ia adalah sangat berguna, kecuali bila kita selsema dan resedung. Bila dah selsema, baru tahu betapa tak lalu nya nak makan kerana tak dapat menghidu.. Masa tak selsema kemain lagi main hujan, makan belacan (untuk orang allergic belacan lah).. So, menjaga hidung tu termasuk menjaga amanah Allah, kalau allergic makanan, tinggalkan makanan tersebut, inya Allah, dapat pahala. Sebab, menjaga amanah Allah.

Sekarang nak pergi ke anggota badan yang paling dekat dengan hidung, iaitu mata..

Dengan mata kita dapat

  • melihat betapa indah ciptaan Allah,
  • melihat betapa cantik nya langit,
  • melihat betapa luasnya laut.
  • menikmati keindahan warna-warni tumbuhan dan haiwan. Subhanallah..
  • baca soalan exam,
  • memohon ampun pada Allah (mata yang mengalirkan airmata kerana menyesali dosa nya, tidakkan di sentuh oleh api neraka).

Dengan matalah juga kita boleh

  • tengok lelaki dan perempuan bukan mahram
  • kelabu mata pilih makanan dan shopping,
  • tonton cd dan wayang..

itu kisah mata, ini kisah mulut pulakss (waduh sambil tulis ni, penulis rasa macam hentam diri sendiri je.. tapi tak pa, penulis ingatkan diri sendiri dulu, sebelum ingatkan org lain)

Dengan mulut dan lidah kita dapat

  • berzikir pada Allah,
  • beristighfar 24 jam,
  • menegakkan yang benar, dan menepis yang batil
  • menyebarkan ilmu dan berita-berita,
  • merasa betapa nikmatnya makanan yang Allah kurniakan pada kita,
  • mengalunkan Ayat-ayat Al-Quran dengan khusyuk,
  • mendamaikan hati-hati org disekeliling kita yang dalam keresahan,
  • berkomukasi dengan org lain untuk menyempurnakan tuntutan hidup kita
  • banyaklah lagi yang lain

Tapi AWAS, dengan mulut dan lidah kita bolehmencederakan org lain

  • mengumpat tak tentu fasal (gossip sana – gosip sini)
  • menegakkan yang batil (bercakap mengikut hawa nafsu)
  • melawan org yang cuba menegakkan yang haq
  • mencela dan mencaci org yang kurang dari kita
  • mencela agama kita
  • memperlekeh agama, ulama dan org solih
  • menyebarkan fitnah dan propaganda
  • menaikkan kemarahan org
  • pendek kata boleh menambah koleksi dosa yang dah sedia bertimbun

Dah habis pasal lidah, skrg ni masuk pasal hati pulak.
Apa boleh buat dengan hati?

  • mengingati Allah dan mencapai tahap ketenangan yang tak dapat di rasai sembarangan orang
  • sentiasa bersangka baik dengan Allah dan makhluknya
  • menghayati ayat Al-Quran sekhusyuk-khusyuknya
  • ingat mati, sentiasa mengharap keredhaan Allah
  • sentiasa berniat untuk melakukan amal solih
  • cepat-cepat menyedarkan diri kala terlalai
  • sentiasa bertaubat dan beristighfar
  • Selain itu dengan hati boleh jugak kita
  • isi nya dengan kotoran dengan cara sentiasa membuat maksiat dan dosa
  • sentiasa cenderung mengingati lelaki dan wanita bukan mahram dan ajnabi (tau tak ajnabi ni? org lelaki dan perempuan yang kita kena pelihara aurat kita depan mereka dan kita tak boleh kawin biasanya org kafirlah).
  • menyimpan dendam kesumat
  • sentiasa bersangka buruk kepada Allah dan manusia

Hati-hati dengan hati. Sekarang kita tengok anggota lain pulak secara keseluruhan, antaranya telinga, tangan dan kaki.

Dengan telinga kita boleh dengar perkara yang baik-baik, tapi dengan telinga juga kita boleh dengar umpatan org, kita dengar lagu-lagu yang tidak mendekatkan kita dengan tuhan etc. Next is tangan. Dengan tangan, kita boleh guna untuk belajar, menaip dan menulis tapi dengan tangan juga kita boleh bunuh org, sakitkan org, pegang benda-benda yang haram dipegang dan banyak lagi. Macam tu jugak dengan kaki. Dengan kaki, ia boleh bawa kita ke masjid, bawa ke majlis ilmu, dengan kaki kita boleh bersenam menyihatkan badan. Tapi dengan kaki juga kita boleh g dating, dengan kaki jugak, kita boleh sepak tendang org yang lemah dari kita, masuk tempat maksiat, dan mendedahkan aurat.

bersambung

Tiada ulasan:

Entri terkenal