Ok dah faham? Waduh tak faham lagi? Kalau tak faham tanya lah. Penulis rasa kebanyakkan akan faham kot (pada sangkaan ku sahaja). Dah tahu punca senanglah nak setel kan masalah.. Antara langkah yang boleh kawan-kawan buat untuk menerima pandangan org adalah, menerima hakikat yang kita ni manusia dan penuh dengan perbezaan. Nak tak nak pendapat pun mestilah berbeza, walaupun kita ‘rasa’ yang kita ni dah fikir habis-habisan, pertimbang segalanyaa dah. Pastu, bila ada org kluarkan pendapat yang berbeza dgn kita, cuba minta penjelasan dia apakah pertimbangan yang di guna pakai oleh nya, supaya kita pun lebih memahami sudut pandangan nya. Tanya elok-elok ler, jangan tanya macam nak cari gaduh, tu bukan toleransi. tu cari gaduh ler namanya..
Satu lagi hal kalau fasal berbincang ni, adalah hal mimik muka. Yea lah, masa kita bercakap dgn org lain kita mana nampak mimik muka sendiri yea tak? Ada setengah org ni, muka dia memang nampak macam ‘nak makan orang’, ni jenis muka yang menyusahkan diri untuk berbincang. Tapi boleh ubah, Cuma makan masa lah sikit. Jadi kita yang jadi pendengar atau yang berbincang bersama kena ingat-ingatlah kalau jumpa orang jenis gini.. satu lagi muka jenis ‘macam nak main-main – tersengeh je-’. Haaa, ni pun masalah jugak, sebab bila kita bincang benda serius, nampak macam dia tak amik pusing pun hal yang kita tengah bincang.
Praktikal toleransi ni bukan di pusat pengajian, tempat kerja atau tempat umum sahaja. Dalam rumah pun kene praktik (realiti nya apa-apa yang ada pada kita itu memang datang dari rumah, tapi bukan 100%). Contohlah, nak menyapu rumah. Ada orang sapu tingkat atas dulu baru sapu tingkat bawah. Ada orang sapu tingkat bawah dulu baru sapu tingkat atas. Ada orang sapu rumah hari-hari, ada orang sapu rumah selang-selang hari. Masing-masing ada sebab dan pertimbangan yang tersendiri. So, jangan lah kita nak bertekak semata nak sapu berapa kali sehari atau tingkat mana dulu kene sapu. Yang penting sapu rumah, hasilnya rumah bersih. Sama jugak kalau kita buat kerja organisasi, ada organisasi kata kita kene bina manusia dulu baru bulih bina benda-benda lain. Ada organisasi kata, kita kene bina kepimpinan dulu baru bulih bina benda-benda lain. iNi pun memerlukan toleransi jugak.. Nampak tak? Dari sekecik-kecik benda, iaitu menyapu rumah sampai sebesar-besar benda -berorganisasi- pun kita kena bertolak ansur. Suka tak suka, memang kena bertolak ansur sebab kita ni manusia yang penuh dengan kepelbagaian. Susah eh?? Susah ke senang ke, tulah yang kita kene buat. Kita tak boleh nak paksa semua orang terima pendapat kita. Ehhh..terlupa sesuatu yang penting..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan