Ni penulis nak ulang, kalau hidup kita ni hanya ada cita-cita untuk menggenggam segulung ijazah, master ke PHD, atau cita-cita untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat, atau cita-cita untuk mengembirakan hati diri dan orang sekeliling.. Di mana kah Allah dalam hidup kita????
Tak rasa pape eh?? Senang tak kita nak kenal seseorang? Susah kan? untuk kenal seseorang, kita memang makan masa. Sama jugak untuk kenal Allah pun, kita makan masa. Kalau kita tak kenal Allah, macam mana kita nak rasa takut dengan ancaman yang dah Dia senarai kan dalam quran. Kalau kita tak kenal Allah, macam mana kita nak rasa beruntungnya taat pada perintah Dia?..
Kalau kengkawan perasan lah, penulis dah senarai kan beberapa nama dan sifat Allah dalam pos-pos yang lepas. Allah Maha Mengetahui, Maha berkehendak, Maha Melihat, Maha Pemberi Balasan, dan pos kali ini Allah itu berada di mana-mana dan tidak akan cuai dengan apa-apa pun yang terjadi kerana Allah itu Tidak Tidur. Dalam surah baqarah, muka surat pertama juzu 3 ayat kedua dari bawah, ayat berapa tak ingat (yang penting isi nya).
“...Allah itu tidak tidur..”
Haaa.. kan dah banyak sifat dan nama Allah yang kengkawan belajar dari blog ini. Insya Allah tak sesat nyerr. Penulis mmg lah tulis apa yang ada dalam kepala. Tapi yang dalam kepala ni semuanya di tulis berdasarkan ilmu yang dah dipelajari. Kalau tak belajar takde nyer masuk dalam kepala.. Sumber rujukan pulak kalau kawan-kawan rajin tgk lah.. Tafsir Al-Azhar by Prof Dr. HAMKA, tafsir zilal, buku ‘Aqidah yang budak pondok belajar (tak ingat dah ape nama buku tu). Ada banyak lagi buku lain.. tgklah dulu buku-buku tu.. Nak belajar tafsir, hadis dan ‘Aqidah kene ada cikgu tauuu. Yang penulis kasi ni hanya lah asas untuk kita menjalani hidup sebagai hamba Allah yang ‘tidak meletakkan Allah hanya di sesuatu kawasan tertentu sahaja dalam hidup nya’.
Akhir kata.. Siapa kah Allah dalam hidup kita? Dimanakah kita letakkan Dia dalam hidup kita yang pendek dan singkat ini??
Jumpa lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan