Khamis, 6 November 2008

Terasa, KEBAL & RESiSTANT 2

SAmbungan

Ni penulis mulakan dengan “view” sbg org yang di tegur. Ni yang penulis dapat dari pengalaman je. mungkn betul mungkn salah, antaranya

  • rasa terhina sangat, sbb semua kesalahan dilambakkan sekaligus. ni yang malas nak dengar, asyik hentam org je..
  • kalau org tegur secara umum, mmg susah nak paham. kalau dah faham, barulah terasa dan cuba terima. Tapi ada jugak yang dah terasa tapi malas nak ambil tahu. sbb rasanya “bukan aku tuh, org lain da..”
  • kalau yang datang menegur tu bagi tahu tujuan nya menegur, lagi mudah utk di terima berbanding tak tahu. (apa pun susah jugak nak terima teguran tu)
  • rasa gembira sebab ada org tegur, maklumlah bukan semua org berani tegur kita. Syukur Allah kasi kawan, adik-beradik, ibubapa, lecturer atau bos yang masih perihatin dgn kehidupan akhirat kita (kalau betullah tujuan itu untuk akhirat lerr).
  • rasa macam betul ke apa yang org tegur tu, rasa macam tak buat..
  • hush..aku dah la tengah tensen ni, tibe je datang serang, tak bertimbang rasa lansung, dah la nak exam..
  • “setahun jagung, nak ajar org pulak..”
  • eleh.. tegur org, dia tuh, banyak salah jugak, aku tak sibuk pun tegur dia..

Macam mana pulak “view” org yg menegur?

  • waduh, tak boleh jadi ni, maksiat dah melanda dgn sungguh dahsyat. aku kena buat sesuatu.
  • aku dah Nampak maksiat dan mungkar, takkan aku nak duk diam je? bala Allah akan turun. dan bila bala Allah turun, tak kena pada org buat maksiat saja. org yang taat pada Allah yang mendiami kawasan berkenaan pun kena jugak. (nak cakap nya bala Allah tak kenal sapa beriman sapa ingkar –sebab tu umat islam zaman nabi Hud, Lut, Solih kena kluar dari negeri diorang sebelum bala turun).
  • kita dah tahu, kita kenalah bagi tahu yang tak tahu. Kalau yang dah tahu kita ingatkan, kita nikan manusia..pelupa..
  • nanti, kalau kita lupa, org lain pulak ingatkan kita.
  • kita tak nak, bila kita buat dosa tak de sapa tegur kita..
  • nak dengar tak nak dengar belakang cerita, yang penting kita sampai kan..

Oleh itu, kawan-kawan, marilah kita saling ingat-mengingati..nasihat menasihati..ni adalah antara ciri org yang beriman..Nilah sebab Allah ciptakan kita berbeza-beza, supaya kita saling lengkap melengkapi. Kalau kawan kita buat salah, kita ingat kan, kalau kita buat salah, kawan kita ingatkan..jangan besarkan perbezaan antara kita. besarkan persamaan yang ada diantara kita. Memang susah, tapi takpa kita berusaha kerana Allah. Allah itu Maha adil, takkan Dia sia-siakan usaha kita walau sebesar atom pun..


Kadang-kadang kita perlu TERASA supaya kita tahu salah kita yang perlu dibaiki. kadang-kadang, kita perlu jadi RESiSTANT (melawan hawa nafsu dan ejekan manusia) untuk berusaha menjadi lebih baik. kadang-kadang kita perlu KEBAL untuk bertahan dari segala mehnah dan cubaan yang mendatang semasa kita melakukan amar maaruf nahi munkar.. Sakit di tegur itu sekejap kalau nak dibanding sakit kena azab Allah di akhirat. Sakit menegur juga tidak selamanya, kerana kemanisan iman itu mengatasi segala-galanya.

Jangan jadi KEBAL bila orang tegur, tapi bila dah TERASA, jadi RESiSTANT pulakss..Gejala ini tidak sihat untuk kesihatan iman.

Ya Allah ampunkanlah dosa kami kerana kelalaian kami dalam mengurus hidup di atas dunia ini.

p/s: yang menegur tu tak semestinya betul semua, yang ditegur tu bukan salah semuanya..sebab kita ni manusia, banyak salah dan kurang nya.

Tiada ulasan:

Entri terkenal