Jumaat, 21 November 2008

Kita Letak Allah di mana dalam Hidup Kita? 1

Pekabar??? dah lama tak tanya khabar kawan-kawan. Asyik menulis jerrr. Tak ingat nak tanya khabar kawan-kawan. Selalu nya kita ni, bila ada masalah, sapa orang pertama kita cari? Atau bila ada khabar yang baik, siapakah org pertama yang di tuju untuk kita berkongsi berita gembira tersebut?

Pernah terfikir tak selama ni?? Ni ada lagi nak tanya. Bila kita rasa berserabut sangat apa yang kita buat? Bila rasa gembira sangat, apa yang terpacul keluar dari mulut kita? Nak tanya lagi, setelah kita berusaha sakan (org penang cakap pulun macam nak rak, org klantan kata wak buke main) dan kita mendapat hasil seperti yang kita ingini.. apakah reaksi pertama kita? apa yang hati kita rasa? adakah kita rasa ::waduh, tidak sia-sia usaha ku selama ni:: atau ::terima kasih ya Allah, di atas kurniaan MU ini::. Apalagi? fikir-fikir lah.

Mari kita lihat ayat Quran ini:

“Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada ku”

Surah Az-zariyat: 56.

Memang lah Allah dah habaq(beritahu) dalam quran tujuan penciptaan kita, tapi berapa ramai yang benar-benar faham bahasa? Cuba lah kita siasat balik pelan-pelan hidup kita.. Adakah pelan kita tu mengikut ayat Quran ni? Adakah pelaksanaan pelan hidup kita itu bergerak ke arah maksud ayat ini?

Betul ke, dengan kita beramal sebagai seorang hamba Allah yang taat kita akan kerugian? Betul ke kengkawan? betul ke, dengan kita menjauhi maksiat hidup kita akan mendung, kosong dan tidak ceria?? betul ke kengkawan? Betul ke bila kita tinggal kan game yang kita minat, hidup kita akan ‘strait’ je? Betul ke hidup kita akan jadi serba kekurangan bila kita menjauhi pasangan yang tidak halal untuk kita? Betul ke hidup kita akan jadi tidak bahagia bila kita tidak menuruti segala kehendak hawa nafsu kita?? Betul ke kengkawan?

Ok, tu soalan ‘betul ke?’ ni nak tanya soalan ‘rugi ke?’ pulak. Rugi ke kita bangun malam untuk ‘dating’ dengan Allah? tak ke rugi kalau kita berjaga sepanjang malam semata-mata untuk jawap satu paper exam esok? rugi ke, kalau kita tinggal maksiat dan dosa? rugi ke, kengkawan? rugi ke kita puasa sunat? rugi ke kita solat sunat rawatib? rugi ke kalau kita sabar dan tinggalkan mengumpat?? Adakah rugi wahai kawan-kawan pembaca sekalian? rugi ke? Rugi ke, kalau kita berusaha untuk tinggalkan dosa kerana nak suci kan hati kita?? Rugi kah kita buat semua itu??..

Kengkawan, Allah ada di mana-mana.. Kita semua tahu, TAPI kita semua TAK INGAT.. kita LUPA.. Allah ada di mana-mana.. Allah ada di mana-mana dan bila-bila masa pun.. Adakah Allah hanya ada dalam kelas masa lecturer tengah ngajar? atau, adakah Allah hanya ada semasa kita sakit? Adakah Allah ada bersama dengan kita semasa kita serabut? Adakah Allah hanya bersama dengan kita semasa kita berehat?(maksudnya kita ni hanya rajin baca quran bila kita tak bz). Adakah Allah hanya berada bersama orang tua dan org solih?? Jom kita sesama fikir dan muhasabah kengkawan..

bersambung

Tiada ulasan:

Entri terkenal