Kalau kawan-kawan baca sisipan Klik DBP, bilangan 34, bertarikh 19 November 2008, halaman tiga dan empat, kawan-kawan akan dapat gambaran lebih jelas lagi fasal ni.
Menurut penulis (Datuk A Aziz Deraman) dalam klik DBP tu, dia kata (ni dah ubah jadi ayat penulis sendiri) *penyerapan bahasa Inggeris dalam dua lapangan ilmu yang penting itu akan memberi kesan kepada budaya dan tamadun, maksudnya budaya yang akan hidup dalam masyarakat Malaysia untuk masa beberapa generasi lagi, bukanlah budaya Malaysia, tapi budaya Barat yang rosak dan berkarat tu. Selain itu, tamadun pun takkan berkembang*. Sebabnya (kalau ikut perumpamaan Datuk A Aziz Deraman), luka tempat lain, rawat tempat lain. Kalau bahasa ahli farmasi, orang sakit lain bagi ubat lain. Kan bahaya tuh? Dah la sakit tak hilang, silap-silap dapat penyakit baru pulaks sbb kesan tersalah bagi ubat.. Haa, tulah perumpaan yang paling sesuai untuk pelaksanaan PPSMi ni.
Tulah nak cakap, betul ke kerajaan kita nak suh kita pandai bahasa Inggeris? kenapa tak betul kan cara mengajar dan belajar subjek Bahasa Inggeris? Gi kacau subjek matematik dan sains tu buat apa kan??
Macam-macam dah bukti dan hujah lain yang tokoh dan pakar-pakar bahasa kasi (selain dari point di atas). Tapi satu hujah pun kementerian berkaitan tak layan.. Sedih jugak bila dah jadi macam ni.
Banyak pengajaran dan pelajaran yang kita boleh belajar dari isu ni.. Antaranya:
- Amanah dan tanggungjawab itu mestilah diberikan kepada ahlinya. Maksudnya, untuk melantik pemimpin, lantiklah orang yang benar-benar memahami tugas pemimpin. Atau pun, untuk meminta pendapat, ambillah pendapat dari orang yang berpengetahuan luas dalam bidang tersebut. Atau, kalau orang hafal quran sahaja, jangan suruh dia bercakap tentang tafsir dan takwil quran kerana dia tidak belajar mengenai nya. Atau, kalau orang itu belajar mengenai farmasi jangan kita suruh dia diagnos pesakit kerana itu bukan tugasnya. Atau, orang yang belajar pengkhususan al-quran, jangan disuruh menyelesaikan kes kerana dia tidak menguasai apa itu syariah (undang-undang).
- Nasihat dari ahli (orang yang mahir dalam sesuatu bidang) tidak boleh diremehkan. Nasihat yang diberi pasti, sudah mempertimbangkan segala segi dan sudut yang tidak mampu kita (yang bukan ahli ni) nak capai.
- Bila timbul suatu masalah, pastikan kita betul-betul memahami puncanya supaya kita tidak tersalah ‘rawatan’.
- Apabila dunia dan harta benda menjadi matlamat, maka tergadailah segala etika dan akhlaq yang dianjurkan agama.
- Apabila kita menyerahkan suatu tanggungjawab kepada bukan ahlinya (orang yang tidak layak), tunggulah kemusnahan datang menjenguk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan