Salam sejahtera, semoga iman kawan-kawan sentiasa sihat. Kalau sakit jangan lupa bagi iman tu makan ubat. Jangan biarkan ia parah, kerana kecederaan pada iman adalah indikasi tidak baik untuk kehidupan di akhirat kelak..(haaa, kan dah kluar bahasa baku tuhh..fuyooo).
Saja je penulis pakai bahasa baku dalam ayat atas tu. Tahu tak apa maksud PPSMi tu? Pendidikan dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penulis rasa nak kongsi dengan kawan-kawan fasal isu nihh. Kenapa penulis sibuk-sibuk hal PPSMi ni? kan isu ni hal sekolah, DBP, Kementerian Pelajaran dan Kerajaan yang memerintah?? apa penulis sibuk-sibuk nak amik tahu? ini lah sebab nya, walaupun penulis dah tak sekolah, tapi penulis ade adik yang bersekolah, sepupu yang masih sekolah, adik kawan-kawan penulis yang masih di sekolah dan nanti keturunan penulis pun mesti nak bersekolah. betul tak? Kawan-kawan pembaca sekalian pun mesti sama jugakkan?
Haa, penulis cuma nak kongsi kan pendapat penulis sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang berjuta. Sebelum nak kluarkan pendapat, cuba ingat-ingat balik salah satu daripada banyak-banyak saranan Rasulullah s.a.w.. Kita orang Islam kena belajar bahasa orang lain supaya kita tidak di tipu oleh suatu bangsa tertentu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan