Penerangan:
Penulis selalu dengar orang sekeliling penulis sebut ayat lebih kurang maksudnya macam gini lah. “Awak tak pelahh, awak memang bulih buat, saya ni..kurang sana kurang sini..etc, etc..” atau “dia tu kan orang kaya..kita ni org ..etc, etc..” atau “ala.. dia tu? takpa, takkan menggugat aku nye” atau “kenapa mesti aku? bukan orang lain?”
Katalah kita berdepan dengan orang yang “lebih”. Apa yang patut kita buat? Pertama skali, kita kena ingat, apa sahaja yang di ‘miliki’ oleh manusia atas dunia ini adalah A.M.A.N.A.H Allah. Makna nya, bukan manusia tu punya.. Ia cuma pemberian Allah pada dia, supaya dia jaga ke“lebih”an itu dengan baik. (Ni penulis dah sentuh panjang lebar dalam MiLiK SiAPA?). Bila kita ingat, ke“lebih”an yang ada pada seseorang itu adalah milik Allah dan hanyalah anugerah Allah pada sesorang untuk dia jaga, maka takkan timbul masalah,
Kalau kita lupa dari perkara di atas atau dengan kata lain, kita rasa cemburu, hasad, atau tidak senang hati dengan ke‘lebih’an yang ada pada orang lain, maka kita akan menCIPTA masalah dengan Allah. Perumpamaan nya, kita tidak setuju dan ridha dengan ketetapan Allah untuk memberikan sesuatu ke‘lebih’an kepada seseorang. Apakah se ‘besar’ -itu- kita untuk mempertikai kan tindakkan Allah untuk memberi anugerah kepada siapa yang DIA kehendaki?..
Ini lah maksudnya, ada masalah dengan Allah kalau kita tersalah cara menghadapi orang yang ‘lebih’ dari kita.
Ingat! Kelebihan yang diberi oleh Allah itu bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga.. TAPI amanah, dan ia PERLU di jaga sebaiknya.. Maksud nya jugak, kita kena laburkan ke‘lebih’an/anugerah/modal untuk keuntungan akhirat. Contohnya, ke‘lebih’an yang biasa kita tengok Allah beri adalah, kebolehan bercakap, belajar sikit je tp dapat keputusan periksa dapat 4 leper (flat), tak pakai apa-apa alat solek atau perhiasan tapi cantik dan manis, boleh buat semua benda (bagi je kerja, semua bolh buat), kawan dengan sapa pun takpe belaka (semua orang boleh terima dia) dan banyak lagi lah. Haaa, semua ini ada kegunaan utk kebaikan hari akhirat kita.. Tahu tak?? Cane nak guna? Hmm, fasal ni tak nak tulis lagi. Lain kali, penulis sentuh fasal ni (fasal menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk kebaikan akhirat kita).
Ni penulis nak bawak satu isu berkaitan dengan kelebihan. Pernah tak kita melalui situasi, macam di bawah ni:
ohhoo..bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan