Isnin, 3 November 2008

KEBAL & RESiSTANT

Segala pujian hanya untuk Allah. Bila kena puji jangan perasan, sbb segala pujian hanya untuk Allah.
Alhamdulillah..

Wokey lah, manusia mana tak suka kena puji yea tak? semua suka nyer, sbb tu kita di ajar sebut Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Yang penulis nak share dgn kawan-kawan ni, bukanlah pasal kene puji, tapi pasal kene kutuk tak pun kene tegur.

Yelah, kita kan manusia, mmg lah kita tahu kita ni banyak buat salah. Tapi ingat senang ke kita nak ngaku kita salah? kan?kan? betul tak? jangan tak nak ngaku pulaks.. (ngaku jelah, tak de sapa nampak pun kecuali Allah)..

Sebelum tu, tegur menegur ni amalan yang baik ke tak? penulis nak jawab dgn ayat ni je

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal solih serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran"
Surah Al-Asr: 1-3

Hmmm, jomlah kita renung sekejap ayat quran ni. Kalaulah saling nasihat menasihati tu tak penting, mana mungkin ayat Quran ni turun.

Bila orang tegur apa yang kita buat atau rasa? uish, macam-macam gaya kita..antara nya:
  1. Buat tak tahu je..
  2. Dengar elok-elok pastu berazam untuk baiki
  3. Sambil org tegur sambil nangis bejurai-jurai airmata keluar
  4. Sambil org tegur tu bebai dan melenting-lenting(tahu tak bebai ni apa? kalau org kelantan sebut "mecok", tunjuk pe'e).

Semua gaya-gaya diatas sudah tentulah ada sbb tertentu, yang menyebabkan berlaku sedemikian.

Nak tahu tak sebab nya?.. Sblm penulis kongsi sebab nya, tahu tak apakah alasan untuk kita perlu tahu sebab lahirnya pelbagai gaya kita "menerima" nasihat atau teguran? jawapan: supaya mudah untuk kita selesai masalah dengan mengetahui punca masalah. Apa masalah sekarang?

Masalah: susah nak terima teguran org

Penulis pun dulu nakal dan degil. nak terima teguran ni jauh sekali.(main point nya penulis sangat faham perasaan org yg ditegur). Tapi Allah itu Maha Luas Rahmat Nya.

Sebab:

  1. (Buat tak tahu) - terasa tidak ada kaitan dengan teguran kerana teguran adalah secara umum, kalau dah di tegur secara 4 mata, masih buat tak tahu mungkn sbb tak dapat hidayah Allah.(boleh salah kan hidayah Allah pulak? ish-ish, sepatutnya tak boleh. kalau kita tak dapat hidayah Allah, bukan salah Allah, tapi salah kita sebab tak cari).
  2. (Dengar elok-elok dan berazam untuk baiki) - ni mmg paling bagus lah..susah nak cari org macam ni. org macam ni biasanya dia dalam keadaan tenang dan sentiasa ingat Allah dalam setiap perbuatan dia.
  3. (sambil dengar org tegur berjurai air mata keluar) - ni sbb berusaha nak terima walaupun menyakitkan hati. biasanya teguran yg bisa datang dari org yang rapat dgn kita. dan kita tahu dia ikhlas menegur kerana Allah.
  4. (Bebai dan mecok) - ni buruks sikit. reaksi sebegini kerana kita rasa kita tidaklah seperti yang di perkatakan, atau kalimah teguran dan nasihat itu datang dari org yg kita rasa "huh dia tu macam bagus sangat, dah la kasar, ganas pulak tu"

Ada org kata "lihatlah pada apa yang di kata, bukan pada siapa yang berkata" betul tak kata-kata ni?? hmmm, ni penulis nak tinggalkan pada kawan-kawan pembaca untuk memikirkannya.

Satu lagi isu pasal tegur menegur ni, adalah cara menegur..haaa nilah part paling payah (bagi penulis).. CARA MENEGUR adalah sangat subjektif, bergantung pada tahap keakraban, tempat, masa dan kemelaratan sesuatu maksiat atau kesalahan yang dilakukan..

Ada lagi nak tulis tapi dah sakit belakang ngadap komputer ni..nanti penulis sambung lain kali pulaks..

p/s: jom kita tiru Umar al-Khattab (sahabat Rasulullah yang dijamin ahli syurga) yg berani menegur dan menerima teguran. -susahnyaaaa, tapi takpa..Allah ada..semoga Allah bantu kita untuk menegur dan menerima teguran, yang penting usaha-.

Tiada ulasan:

Entri terkenal