Jumaat, 28 November 2008

RENDAH DiRi vs YAKiN DiRi 4

Ni nak cerita apa itu istidraj (alif-sin-ta-dal-ro-jim):

Kalau kita belajar aqidah, kita akan jumpa dengan rukun iman. Dan salah satu cabang rukun iman adalah percaya kepada nabi dan rasul. Kan? Ke dah tak ingat rukun iman? Jangan buat tak ingat pulak. Tak tahu tu okay lagi, sbb mungkin tak berpeluang nak belajar. Tapi yang tak ingat ni, mmg nak ‘kena’..

Bila kita belajar dalam bab percaya kepada nabi dan rasul ni, kita akan berjumpa dengan tajuk mukjizat. Mukjizat adalah perkara luar biasa yang di anugerahkan Allah kepada para nabi dan rasul sebagai bukti kerasulan atau kenabian mereka. Seiring dengan kita blajar mukjizat ni, kita akan belajar jugak perkara-perkara luar biasa yang Allah beri kepada mereka yang bukan nabi dan rasul (atas sebab yang berbagai). Dan jenis nya ada banyak, bergantung kepada tahap ketaatan seorang hamba dan sebab ia diberikan..

Hmm, nampak? stakat tu bulih faham? So, salah satu dari nya adalah istidraj, iaitu perkara luar biasa yang Allah beri kepada manusia untuk menambahkan lagi kesesatannya.. Haa.. dah jelas? Jadi kita kita kena beringat-ingat, kalau kita dah sedar yang kita ni banyak buat dosa, tapi hidup kita ni ‘smooth’ je. Apa kita nak, dapat. Selain itu, kita sentiasa gembira je dgn cara hidup kita yang berdosa itu.. contohnya, “peduli apa aku?, aku ponteng pun result aku elok jugak”, “ek eleh, stakat makan-makan dengan mak we, bukan nye effect result exam pun, pointer aku ok jugak kalau nak banding dgn dia tu. rajin g kelas, tapi result macam ‘tu’ jugak. tak berbaloi langsung” berhati-hatilah..
Wah.. meleret dah penulis pusing dari tajuk. ehemm, kita tgh cakap fasal apa tadi? sblm istidraj?..

Owh, fasal kelebihan.. Baiklah selesai fasal kelebihan. Sekarang nak sambung fasal menghadapi orang yang ‘kurang’ dari kita dengan teknik yang betul supaya tidak mencipta masalah dengan Allah..

Pertama sekali kita kena tahu kenapa kita rasa orang kurang dari kita? atau kenapa kita ni lebih sangat nak banding dengan orang? Sebab dia tak de kelebihan yang kita ada? iyea tak? Boleh ke kita rasa kita ni lebih dari orang?

r.e.n.u.n.g

r.e.n.u.n.g

r.e.n.u.n.g

r.e.n.u.n.g

r.e.n.u.n.g

r.e.n.u.n.g

t.e.n.u.n.g

aiks? dah menung???

Hmmm, kalau cakap hal ni, kita tak boleh nak lari dari beberapa perkataan ujub, riya, takabbur, syukur, qana’ah dan tawadhu’.

Tahukah kah kawan-kawan, sikap riya, ujub, takabbur ni datang dari sifat ghurur dan bersama-sama nya ada satu lagi sifat mazmumah iaitu ananiah. (Waduh, kluar bahasa Arab pulak –mesti bermasalah kengkawan nak faham kan?-). Apa faedah kalau tulis tapi orang tak faham, yea tak?.. Jadi, dengan senang hati nya penulis akan terang satu-satu maksud utk setiap ‘term’ yang dah penulis senarai di atas.

bersambung lagi..(senyum cket..haa, gitulah)

Tiada ulasan:

Entri terkenal