Jumaat, 14 November 2008

MiLik SiAPA? 5

Lailatussa'idah. Jangan lupa qiam malam ni yea..banyak kelebihannya..

Ini adalah siri yang terakhir pasal amanah. Hidup kita penuh dengan pilihan. Kuasa memilih berada di tangan kita. Kita yang pilih untuk jaga amanah Allah elok-elok atau sebaliknya. Kita yang menentu kan halatuju kita di akhirat. untuk apa kita hidup atas dunia ni kalau asyik dengar cakap hawa nafsu dan setan je?Andai di dunia ini asyik berlaku BODY ABUSE, macam mana kita nak bahagia di akhirat? Kalu barang ibubapa kita, kita jaga kemain. Kalau “hati” org yang kita sayang lagi lah mak datuk punya jaga. Kalau yang Allah punya????

Kita org Islam punya pandangan yang jauh kedepan. Kita tidak hanya mempertimbangkan sesuatu itu di sudut duniawi sahaja, malah kita mempertimbang di sudut ukhrawi juga. Maknanya, kita bukanlah mempertimbang dan merancang hidup hingga tua dan mati, tetapi kita merancang hingga ke hidup selepas mati. Kita lebih maju dari org-org kafir.. Maka,

  • bila rasa nak tengok cd,
  • rasa nak tengok lelaki dan perempuan bukan mahram,
  • rasa-rasa nak terangau kat sapa-sapa,
  • rasa nak balas dendam pada sapa-sapa,
  • rasa nak bunuh diri,
  • rasa nak dengar lagu-lagu yang tak membawa pada tuhan
  • dan rasa macam-macam lagi,

Ingatlah baik-baik, mata, telinga, fikiran, hati dan seluruh anggota badan kita bukanlah hak milik kita dan ia perlu di jaga mengikut peraturan yang telah di tetapkan oleh Pemiliknya.

“Ya Allah bantulah kami memelihara amanah Mu sebaik mungkin supaya kami tidak termasuk dalam golongan yang tidak Engkau redhai”

p/s: bila ada org tegur kita tapi tak rasa apa-apa, tu tandanya kita kene banyak-banyak bertaubat. Alah, jangan banyak soal lah.. tobat je. bukan nya rugi pun..

Tiada ulasan:

Entri terkenal