Khamis, 19 Februari 2009

KE-betul-AN

hallooo kawan-kawan. Alhamdulillahirabbil a’lamin, wasollatuwassalamu a’la ashrofil anbiya ‘i wal mursalin wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in.. hihi belit mata tak nak baca? nanti kalau tulis halloo sahaja, kot kena komen ‘tak islamic’ pulaks..(gurau je tuh)

Dalam hidup kita ini sungguh banyak kebetulan kan? kadang-kadang, kebetulan itu sungguh mengembirakan, tapi kadang-kadang, kebetulan itu sungguh menyeksakan dan menyusahkan.

Walauapapun sifat kebetulan itu (menyeksakan atau mengembirakan) ia tetap Qadha dan Qadar Allah. Tiada perkara yg terjadi di luar kawalan Allah.

Kawan-kawan mesti pernah melalui pengalaman sebegini:

Apabila berlaku sesuatu peristiwa, dan ia tidak berlaku seperti yang sepatutnya, maka kita pun menafsirkan sebagai ‘oh itu berlaku di luar kawalan saya’

Biasalah perkara sebegitu kerana, mustahil segala sesuatu itu berada dalam kawalan kita.. Kerana segala sesuatu itu berlaku dalam kawalan Allah..

p/s: hari ini penulis mendapat satu falsafah dari seorang sahabat. ditolak itu tidak semudah menolak..(dan penulis sangat bersetuju dengan falsafah ini).

Tiada ulasan:

Entri terkenal