Jumaat, 27 Februari 2009

Uzunun

Uzunun: Telinga.

Cara menjaga:
Dengar perkara yang di izinkan Allah. Apakah perkara yang diizinkan Allah?
  1. Alunan yang mengingatkan kita pada Allah
  2. kata-kata yang baik berpandukan Al-Quran dan Sunnah
  3. Peringatan yang mengingatkan kita kepada HAri Akhirat dan seumpamanya
  4. Menuntut ilmu
  5. dan apa-apa lagi yang baik dan tidak dilarang
dan jangan dengar perkara yang tidak diizinkan Allah.
  1. Alunan yang melalaikan. contohnya lagu-lagu yang memuja dan memuji orang yang tidak sepatutnya. (Maksudnya, lirik itu tidak memberi faedah pada iman). Jika lirik itu bagus dan baik, tapi kita mendengar sehingga terlupa untuk solat, atau melewatkan masa solat dengan kata lain menjadi lalai, Maka juga tidak boleh mendengar.
  2. umpatan dan kejian orang
  3. rahsia orang lain yang tidak sepatutnya kita dengar dan ambil tahu
Oleh itu mari kita sama-sama jaga telinga kita.. Sayang Allah, ikut perintah-Nya..

p/s: Tulis ni sebab hujung minggu lepas naik bas, jenuh buat pekak telinga sebab driver pasang radio kuat sangat dan lagu pun macam-macam..

Semoga Allah memberkati usaha kita untuk memelihara dan menjaga amanah-Nya..

Tiada ulasan:

Entri terkenal