Isnin, 16 Februari 2009

Tak kenal maka tak benci 3

-S-Y-A-I-T-A-N-

Itulah makhluk yang semakin kita kenal, semakin kita benci.

Akan tetapi berapa keratkah manusia yang benar-benar kenal dan benci syaitan ini? Hmm, buat pengetahuan kawan-kawan, adalah tidak cukup kita membina aqidah dengan hanya mengenali Allah dan segala suruhanNya.

Kita juga perlu mengenal siapakah musuh kita. Supaya kita boleh berhadapan dengan mereka. Lebih perit lagi musuh kita ini, tidak dapat dikesan oleh mata kita. Bayangkan, bagaimana kita mahu berperang atau mempertahankan diri dalam keadaan kita tidak nampak siapakah orang yang sedang menyerang kita.. OH ALANGKAH SSSsusahnya..

Owh, walau bagaimanapun, tidak perlu risau.. kerana Allah sudah tahu kita akan ada masalah untuk menghadapi situasi seperti ini. Maka Allah telah berikan segala panduan untuk mengenali syaitan dan serangannya.

Siapakah syaitan? apakah serangannya? sabar ye.. Untuk menulis tajuk ini penulis terpaksa merujuk dahulu buku tulisan Said Hawa. (Maksudnya, entri yang ke-4 akan mengambil masa yang agak lama sedikit untuk keluar. Semasa entri ini ditulis, penulis sedang sibuk dan tidak sempat untuk merujuk buku tersebut)

Tiada ulasan:

Entri terkenal