Selasa, 3 Mac 2009

Sakitnya 1

Sebelum menulis entri ini 100 kali penulis fikir, apakah faedah yang kawan-kawan pembaca akan dapat jika penulis menerbitkannya. Akhirnya setelah penulis telah mendapat satu senarai faedah-faedahnya, barulah penulis mengambil keputusan untuk berkongsi.

Sudah tidak sabar untuk tahu ceritanya? Hmm, penulis memang suka bercerita, tapi penulis suka juga memberi suspens kepada pendengar cerita.

Okay-okay, ni penulis mahu memulakan cerita lah ni.

Dulu-dulu semasa penulis kecik-kecik, penulis selalu sakit. Sakit apa? Haa, rahsia. Kan penulis dah beritahu di atas tadi, penulis suka bercerita tapi suka juga buat orang lain suspen. Setiap kali datang bulan Ramadhan, penulis tidak pernah berjaya puasa penuh kerana, sebaik sahaja tiba di hujung bulan Ramadhan, penulis akan sakit dan tak dapat berpuasa. Tapi bila dah besar, sakit pun penulis cuba juga puasa sedaya upaya. Bila dah teruk sangat baru buka.

Pendek ceritanya, penulis memang wajib sakit setahun sekali. Jika bukan dalam bulan Ramadhan, dalam bulan-bulan yang lain. Dan sakit itu bukan biasa-biasa. Sakit yang tak boleh buat apa-apa kerja dah kecuali tidor dan berehat. Selepas seminggu tidor dan berehat, kemudian penulis akan pulih semula seperti biasa.

Apa yang menarik dengan cerita ini? Selepas penulis menjejakkan kaki ke Darul Quran, sakit ini hilang. Bukan hilang terus. Tapi sudah berkurang. Maksudnya, jika sakit pun masih boleh meneruskan rutin harian dan tidaklah terbaring sehingga tidak berbuat apa-apa. Fikir penulis “besarnya syafaat Quran, hingga sakit aku yang di tanggung setiap tahun itu pun boleh berkurang”. Sesungguhnya penulis tidak sedar akan perkara ini.(Biasalah, bila kita sihat, kita lupa yang sihat itu nikmat Allah). Bila penulis sedar yang penulis sudah tidak selalu sakit semasa berada di Darul Quran? Setelah penulis menjejakkan kaki ke Pusat Matrikulasi. Apa yang menyebabkan penulis sedar? Kerana, di matrikulasi, penulis akan menghadirkan diri ke klinik kampus sekali pada setiap semester. Penulis tidak akan ke klinik jika sakit itu sikit-sikit dan masih boleh tahan. Selalunya, penulis akan ke klinik setelah dipaksa ‘gila-gila’ oleh rakan-rakan sebilik. Faham-faham lah kalau dah kena paksa ke klinik, maksudnya dah teruk la sakitnya.

Hmm, manusia ni bukan mudah nak sedar dengan nikmat Allah kan? Setelah menamatkan pengajian dua tahun di matrikulasi, penulis menjejakkan kaki ke sebuah universiti di Kuantan. Dua tahun penulis belajar dan menjalani kehidupan dengan tenang, dan semasa di sini lah penulis sedar, “eh? aku dah tak sakit macam dulu?”. Walaupun kuliah pengajian penuh dari pagi sampai petang, kadang-kadang 2-3 report eksperiment kena hantar berturut-turut, dan macam-macam lagi lah kerja yang tidak terbilang, jarang sekali penulis sakit seperti sebelum ini.

Nak dijadikan cerita, sakit itu datang balik. Setelah dua tahun sakit itu pergi, ia datang kembali. Penulis tahu sebabnya, sebab itu memang tidak dapat dielakkan..

Tahu kah kawan-kawan sakit itu benar-benar mengganggu emosi dan rasional seseorang? Ops, cukuplah dulu membebel. Nanti penulis sambung lagi. baiiii

Tiada ulasan:

Entri terkenal