Ahad, 15 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 6

  • tergesa-gesa

Sememangnya manusia di ciptakan resah dan tergesa-gesa. Ada ayat Quran yang sebut fasal ini. Nak tahu di mana? hmm rajin-rajin lah baca makna Al-Quran.. Ya syaitan adalah musuh yg pandai mencari peluang. Dia tahu kelemahan kita adalah dalam dua perkara ini. Kita pun tahu tergesa-gesa ini akan mengakibatkan banyak kerja kita akan terlaksana, tapi dalam keadaan yang sangat tidak sempurna.. Walhal, bersegera melakukan sesuatu kerja itu memang lah perlu tapi bukan dengan tergesa-gesa. Perlu difahami beza bersegera melakukan kerja (tidak menangguhkan kerja) dengan tergesa-gesa atau orang Kelantan kata “ggaduh/lorat”. Bila kita tergesa-gesa, otak kita kurang berfikir. Bila otak kurang berfikir, tindakkan akan berlaku tanpa kawalan atau tidak disedari. Hmm, masa nilah syaitan memasukkan hasutannya..

  • Duit/wang atau harta kekayaan

Siapa yang tidak suka duit? hmm betapa berjaya nya syaitan ‘mengenakan’ manusia dengan duit. Tahukah kawan-kawan, kebanyakan manusia atas dunia sekarang ini, kebanyakannya lebih memahami bahasa duit berbanding bahasa lain? Tahukah kawan-kawan betapa gelabahnya Zionis dan Yahudi laknatullah tanpa duit? Ini lah kuasa boikot terhadap barangan Israel. Boikot akan menyebabkan pulangan untung kepada mereka akan menjadi kurang. Untung kurang maknanya kurang duit. Kurang duit maknanya mustahil untuk mereka membina sebuah Empayar. Kemustahilan membina Empayar bermaksud meraka tidak akan menguasai dunia.. dengan duit manusia boleh lakukan apa sahaja yang dia mahu (haii jika tidak ada rasa takut pada Tuhanlah). Inilah tipudaya syaitan..

Tidak salah mencari duit dan harta, tapi jangan lupa pada cara ia diperolehi, tujuan mencari dan bagaimana ia akan dihabiskan..

  • Bakhil dan kikir atau takut menjadi manusia fakir

Aiseh manusia ini macam-macam perangai. Boleh lah dibahagikan kepada dua; yang sedar diri dan yang tak sedar diri. Yang ada sifat bakhil dan kikir ini boleh lah di golongkan dalam golongan tidak sedar diri. Kenapa kita jadi bakhil? Sebab kita terlupa yang rezeki dan kelebihan harta yang ada itu datang dari Allah, bila-bila masa Allah nak tarik, kita pun tidak dapat mengetahuinya.. Adakah kita perasan yang segala harta yang kita ada itu milik kita? Siapa yang boleh menjamin nasi yang berada dalam tangan kita yang mahu disuap kan ke mulut akan benar-benar memenuhi ruang mulut kita untuk dikunyah?? Seperti pokok, jika ia dipotong sedikit mengikut teknik yang betul, ia akan tumbuh dengan lebih subur dan mengeluarkan bunga; begitu jugalah duit dan harta kita. Apakah dengan pemberian yang tidak seberapa itu akan menyurutkan rezeki kita? Sedeqah dan zakat itu syariat Allah, sudah tentu ada hikmah dan kebaikannya. Ia dapat menyucikan hati kita dari rasa kikir, bakhil dan takut pada kepapaan.. walhal ciri ni tidak sepatutnya ada pada orang yang benar-benar beriman dengan Allah, sebagai Maha Pemberi Rezeki. Jika tidak berhati-hati, sifat ini juga akan menjadi senjata syaitan untuk merosakkan kita.

Tiada ulasan:

Entri terkenal