Rabu, 25 Mac 2009

Tqah punya fasal 3

Sekarang sekolah ini sudah membangun, jauh lebih baik segala kemudahan dan prasarana nya.. Berkat usaha, kerja keras dan doa orang-orang yang ikhlas beramal demi menaikkan semula syiar Islam..


Owh, apa yang bagus dengan sekolah ini? Sebenarnya suasana beginilah yang menjadikan penulis dan pelajar-pelajar disekolah tersebut dapat berlatih dan bersedia untuk menghadapi hidup sebagai seorang Khalifah Allah apabila telah tamat sesi persekolahan. Sememangnya kebaikan ini tidak dapat dilihat oleh penulis semasa menjalani kehidupan sebagai pelajar disekolah ini..


Sudahlah sekolah nya sarat dengan ‘kecacatan fizikal’ ditambah pula dengan undang-undang dan budaya sekolah yang amat lah mengongkong (pada pendapat penulis pada masa itu). Mahu tahu apakah peraturan dan budaya nya?

  1. Semasa sukan, pelajar perempuan mestilah memakai t-shirt yang labuhnya melebihi paras lutut. Jika ada yang memakai baju yang singkat sedikit sahaja, akan dipulaukan secara automatik. Tiada orang akan bermain dengan dia.
  2. Semua pelajar perempuan mestilah memakai stoking apabila keluar dari asrama. Dan jika dia enggan, semua orang akan menjeling dengan jelingan yang tajam. Silap-silap kena marah jarak jauh.. (ada orang tolong jeritkan suruh pakai stokin). Biasanya masalah tidak mahu berstokin ini adalah dikalangan pelajar yang tinggal diasrama apabila turun dari asrama untuk menjemur kain di bahagian belakang bangunan asrama..
  3. Begitu juga tudung, pelajar perempuannya memakai tudung labuh melindungi semua aurat yang sepatutnya tidak kelihatan. Sejuk mata memandang melihat kawan-kawan menjaga aurat masing-masing. Maksudnya, budaya memakai tudung singkat semestinya lah tidak ada di sekolah ini, apalagi tudung jarang yang mempamerkan segala ‘benda’ yang ada di sebaliknya..
  4. Baju ketat dan singkat lagilah tidak pernah kelihatan di sekolah..


(budaya-budaya di atas inilah yang menyebabkan penulis terasa maruah wanita mukmin sangat terpelihara dan mulia sekali di sisi Allah, jika dia benar-benar menurut suruhan Allah untuk menutup aurat. Auratnya terjaga dari pandangan mana-mana lelaki..)

bersambung..

Tiada ulasan:

Entri terkenal