Jumaat, 13 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 5

  • Dengki dan iri hati
Ini salah satu dari penyakit hati yang biasanya ada pada mana-mana manusia jika dia tidak dapat mengawal hawanafsunya. Penyakit hati adalah ini tumbuh apabila kita mencemburui nikmat dan kelebihan yang diberi Allah kepada orang lain. Bermula dari rasa cemburu dan tidak senang dengan kelebihan orang, syaitan pun memulakan bisikan dan hasutan supaya kita berusaha memiliki 'kelebihan' tersebut atau merampas atau menghilangkan 'nikmat' itu dari pemiliknya. Bahaya penyakit dengki dan irihati ini. Berhati-hatilah, sentiasa ingat dan sematkan dalam kepala, bahawa, pemberi sesuatu itu adalah Allah. Jika kita cemburu dan dengki, maka itu bermaksud kita tidak redha dengan ketentuan Allah (untuk memberikan sesuatu kepada orang lain).
  • Tamak haloba
Ini satu lagi sifat manusia biasa yang kurang iman. Apabila mendapat sesuatu, terasa seperti mahu lagi. Asalnya hanya mendapat 1 kurniaan, tetapi merasakan ia tidak cukup, maka berusaha 'giler-giler' untuk medapatkan lagi sehingga terlupa pada tugas dan tujuan sebenar kehidupan atas dunia ini. YAaa, memang inilah agenda syaitan untuk merosakkan semua anak cucu Adam a.s. Apa kah agenda syaitan? MELUPAKAN KITA KEPADA TUJUAN HIDUP DAN MENGIKUT SEGALA HASUTAN MEREKA. TAmak haloba ini adalah sifat yang berlawan dengan sifat Qona'ah. Apa sifat ini? merasa cukup dengan apa yang diberi oleh Allah. Untuk memahami konsep Qona'ah, penulis perlu tulis dibawah satu tajuk yang lain.(lain kali)
  • Mengenyangkan perut/makan sehingga melebihi batas
Haaa, kita ini pantang jumpa makanan sedap. Tak pun, orang iklan sikit je, "owh ini tempat yang popular", "makanan disini tidak pernah mengecewakan", "Malaysia adalah syurga makanan" dan macam-macam lagilah cara kita memperkenalkan makanan. Sehingga terbit sebuah rancangan, jalan-jalan cari makan. Kawan-kawan tahu, dalam Quran, bukan main lagi Allah suruh kita; jalan-jalan ambik pengajaran, tapi tetiba tv ajar kita; jalan-jalan cari makan?? Agaknya kenapalah begitu yang terjadi? Ini pun puncanya hawanafsu jugak. kan udah disebutkan sebelum ini, hawanafsu adalah anak didik syaitan jika ia tidak dikawal. So, berhati-hati dengan makanan. Jangan tertipu dengan promosi orang atau bau atau teknik menghidang yang sangat menarik. Makan boleh, tapi ingat, makan untuk hidup dan beribadah..
  • Kesenangan atau kecintaan luar biasa kepada perhiasan dan perkakas rumah tangga, kediaman, pakaian
Ini satu lagi, biasakan kita ni saaaaayyyyyangggg sangat dengan barang hakmilik kita. KAlau hilanglah kemain lagi cari. LAgi-lagi kalau yang diberi oleh orang yang tersayang. "yelah, orang bagi tauu, mana bulih simpan gitu-gitu jerr". Hmm, kalau hadiah orang bagi tahu pulak nak jaga eh? kalau amanah Allah? Kalau nikmat dan anugerah Allah? Pemberian manakah yang lebih agung dan mulia? dari manusia ke, dari Allah?...

okay hurai banyak-banyak pun, orang bosan jugak nak baca kan.. teringat satu frasa dari seseorang, "tinggalkan perkara yang tidak menambahkan iman". Hurai banyak-banyak, orang bosan baca, membazir masa, buang tenaga dan pastinya tidak akan menambahkan iman.. sebab dah tak de orang baca.

Tiada ulasan:

Entri terkenal