Fuh, musti suspens habis dengan tajuk ini kan? Bukannya apa, penulis cuma mahu ingatkan diri sendiri jangan jadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri..
Kadang-kadang, budaya jual ikan ini tumbuh dengan subur di sekeliling. Masing-masing nak jaga ‘macho’ diri sendiri.
Kenapa kita rasa rugi, bila kita terpaksa bersusah payah untuk kebaikan orang lain? Eh, sebenarnya, betul ke kita bersusah payah untuk kebaikan orang lain? Inilah masalah orang yang belajar mengenai hari Akhirat tapi masih belum jugak beriman. Cakap je beriman, tapi perbuatan tidak membuktikan pun.. Inilah kita nak kena jadi cakap serupa bikin.
Kalau kita percaya pada hari Akhirat, maksudnya, kita percaya setiap apa yang kita buat itu pasti akan dikira oleh Allah. Jadi, apa masalah ‘susah payah’ untuk kebaikan orang lain? ‘susah payah’ yang kita nampak itu hanyalah ‘susah payah’ dunia. Bukan kah kita sudah tahu yang dunia ini sifatnya sementara? Bukan ke Allah sudah jamin setiap kebaikan dan kejahatan itu akan dibalas?? Takkan kita tidak percaya dengan jaminan Allah pulak? Kan Allah itu Maha berkuasa lagi Maha Menepati Janji.. So, wahai diri sendiri, ingat baik-baik, tiada istilah ‘susah payah untuk kebaikan orang lain’.
Bagi yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.. ini pesanan penulis kepada diri sendiri dan orang lain..
Jika, kita rasa kita beruntung dan bernasib baik kerana kita berjaya mengambil kesempatan di atas kebaikan dan budi orang lain maka kita sudah silap..
Sebab, ‘keuntungan’ yang kita rasa itu hanyalah sementara. Atas dunia sahaja. Apa ‘keuntungan’ kita diakhirat? Asyik ambil kesempatan sahaja? Mungkin kita berasa senang dan mudah kerana ada sahaja orang yang boleh membantu dan meringankan beban kita, tapi bila disemak buku amalan, tak de lah pahala yang Allah beri khas untuk orang yang bermanfaat untuk orang lain. Sebab kita selalu ambil manfaat dari orang lain. Rugi sungguh hidup kita, sebab orang lain bermanfaat untuk kita, tapi kita pulak tak bermanfaat untuk orang lain..
Okay-okay, ini bukan nak suruh orang sakit hati.. ini nak ingatkan diri sendiri.. Sebab, kadang-kadang (bila terlupa dengan Hari Akhirat) rasa geram jugak melihat gelagat orang yang bersikap menjual ikan.
Satu lagi untuk orang yang tidak pernah tersentuh hatinya. Tolonglah pusing belakang dari skrin komputer ini dan baca quran banyak-banyak. Quran kan panduan hidup, berupayakah kita hidup, jika tidak membaca quran?. Orang yang banyak membaca quran, hatinya mudah tersentuh.. Barulah iman senang nak tumbuh.. Kalau boleh, penulis mahu buat penakulan mantik macam ni,
pernyataan 1: banyak baca quran, hati jadi lembut
pernyataan 2: Hati dia keras umpama batu
Kesimpulan : Dia tidak baca quran
Inilah hakikat yang penulis sudah rasa (betul ke disiplin penakulan ni? dah lama tak guna; last guna masa SPM tahun 2003 dulu)..
*hati cekal berbeza dengan hati keras umpama batu*