So, kesimpulannya, lihat lah pada betapa untungnya kita jika kita menerima hadiah Allah. Jika kita tidak mampu melihatnya, maka kita samalah macam budak sekolah yang tidak mampu melihat kesan dari keengganan dia mendengar dengan tekun pengajaran gurunya.
Dan jika kita tidak menerima hidayah Allah itu sebagai satu hadiah dari Allah maka samalah dengan budak sekolah yang mentah itu; tidak dapat menilai apa yang ada di sebalik hadiah pemberian kawannya.
Banyak perkara yang budak sekolah tidak dibenarkan buat kerana orang masih meragui kebolehannya. Budak sekolah juga masih tidak mampu membimbing diri sendiri dengan baik sebagaimana orang dewasa. Jika budak sekolah tidak dengar cakap, maka dia akan didenda.. Budak sekolah sangat perlukan pemantauan dari orang dewasa, walaupun mereka sangat tidak suka diperlaku demikian.
Maka kita mahu jadi budak sekolah atau orang dewasa dalam konteks menerima hidayah Allah? Ya sila pilih. terima hidayah, untung berganda. Tolak hidayah rugi selamanya.. Dan tiada istilah beli satu percuma satu. kerana beli satu percuma banyak. Serta tiada istilah tidak mahu beli kerana nak jimat. Sebab kalau tak beli, kita rugi. Bukan rugi sekali.. Tapi selama mana tidak beli, maka kita dalam kerugian..
Ok, semoga kita lebih bersungguh-sungguh mencari dan merebut hidayah Allah. Jangan asyik cari harta dunia je.
Ayuh jadikan Ramadhan ini sebagai pintu permulaan kita menerima hidayah Allah.
Sayang manusia, dia mati. Sayang benda, lama-lama buruk. Sayang binatang pun mati jugak. Sayang kerja pun atas dunia je. Sayang Allah.. Itulah selamanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan