Khamis, 13 November 2008

ANDAi & MAKA -iklan-

Andai semua manusia atas dunia beriman,
Maka tiadalah kerja untuk org solih,
Juga tidak memenuhi kehendak Allah mencipta manusia,
Untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Khalifah di bumi atau
Menyempurnakan tugas sebagai hamba-Nya.

Andai semua org jahat dan munafiq,
Maka tidak wujud lah org yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
Rosaklah seluruh dunia nanti,
Tak de lah org nak masuk syurga pulak..
Melepas lah kita dari merasa nikmatnya rahmat dan kasih sayang Allah.

Andai semua org saling memahami,
Maka tidak lahirlah ilmu memahami tingkahlaku manusia (psikologi dan sosial),
Tiadalah pakar psikitrik, pakar psikologi dan pengkaji manusia.

Andai semua manusia dilahirkan pandai,
Tiadalah insan yang bernama guru,
Tidak wujud institusi bernama sekolah,
Maka tiada juga istilah anak murid,
Tidak ada segala tokoh ilmuwan yang di kagumi.
Akhirnya, tiada siapa yang akan mengiktiraf betapa pentingnya ilmu
Untuk hidup di dunia dan di akhirat

Andai hidup kita selalu je bahagia,
Nanti kita tak dapat beza,
Hidup di dunia dan hidup di akhirat..
Dah memang Sunnah Allah,
Hidup dunia ada masa susah gelisah,
Ada masa bahagia terangkat,
Dan mmg sunah jugak,
Orang beriman konpem bahagia di akhirat
Dan org ingkar pasti susah gelisah di akhirat.

Andai kita berdoa selalu je dapat,
Atau apa yang kita nak semua dapat,
Sapa pulak yang jadi tuhan?
Kita ke Allah?
Yelah, mintak tu dapat, mintak ni dapat,
Kuasa memberi dan memiliki tu ada pada sapa sebenarnya?

Ni bukan sajak atau karya kreatif, tapi luahan perasaan yang terbimbing..

Tiada ulasan:

Entri terkenal