Rabu, 30 Jun 2010

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita


Hai kawan-kawan, hari ini penulis mahu berkongsi cerita. Cerita betul punya.

PAda suatu malam, penulis telah diajak untuk ke satu program.. Memang teruja mahu menghadirkan diri kerana orang yang bakal memberi pengisian bukan calang-calang orang. Dr Hafidzi. Dr Hafidzi banyak menulis buku-buku fakta mengenai Palestin selain dari membongkar fakta-fakta sejarah Islam yang disorok oleh orang-orang berkepentingan. (Pastinya Dr Hafidzi tidak mengenali penulislah).

30 minit menunggu kedatangan Dr Hafidzi. Akhirnya sampai, setelah selesai beliau memberikan pengisian di satu bahagian lain Pulau Pinang..
Pulau Mutiara yang tak berapa nak mutiara

Ada banyak perkara yang dikupas oleh beliau. Tapi bukan semua mahu penulis tuliskan.

Antara perkara yang dikupas:

Seruan kita pada manusia adalah untuk kembali pada Allah. Item atau barang yang kita gunakan adalah Islam dan ia bersifat alami(universal).

Demi melaksanakan misi menyeru manusia pada Allah, hendaklah kita ikhlas. Dan tidak perlu menyatakan dengan mulut “Aku ikhlas ni”. Ikhlas itu urusan peribadi antara Pencipta dan hamba-Nya.

Gambar hiasan supaya tidak bosan (adik dah membebel: kaklong selalu bubuh gambar takde kaitan)
Dalam banyak-banyak cerita yang Dr Hafidzi cerita, penulis sangat terkesan dengan cerita dibawah: (sudah ditulis mengikut gaya bahasa penulis)

SAudara Norazaman, ketua misi LL4G menceritakan pada Dr Hafidzi: Apabila syahidnya 6 orang dikalangan mereka; yang berada diatas Mavi Marmara, Saudara Norazaman cuba ‘flashback’ apakah ciri yang ketara yang ada pada para syahid tersebut (yang mungkin tidak ada pada orang lain).

Dua ciri tersebut:
orang-orang yang suka berkhidmat dan sentiasa bermanis muka.. Semasa orang lain sibuk berbual dan berkongsi cerita dan tazkirah, mereka ini sibuk melakukan kerja dapur dan menghidangkan makanan pada anak kapal lain..

Jika mahu dinilai, kecil sahaja amal baik yang mereka lakukan. Melakukan kerja dapur dan bermanis muka. Tetapi mereka ini yang dipilih Allah untuk menjadi syahid. Subhanallah..

Kata Dr Hafidzi, “Ana tak heran dengar semua cerita hebat-hebat disebarkan, tapi bila ana dengar cerita ini, mengalir air mata ana”..

Iya kawan-kawan, lakukanlah seruan pada Allah seikhlas yang boleh. Walaupun kita bukan sesiapa dimata manusia (kadang-kadang kita dianggap pemberontak dan pengacau), tetapi insya Allah, kita akan menjadi ‘seseorang’ disisi Allah. Itu cita-cita kita. Syahid itu cita tertinggi kami.. Allahu akbar!.

Selasa, 29 Jun 2010

Tulisan tidak berkualiti


Apalah mutiara bd ni, tulis macam tu. Tak berkualiti langsung bahasanya. Apatah lagi gaya bahasanya yang tunggang langgang.

Ini memang komen dari-dulu-hingga sekarang mutiara bd dapat. Tak pernah berubah. Komen yang sama. Dan mutiara bd tak pernah jugak ubah bahasa serta gaya bahasa yang mutiara bd gunakan untuk blognya (tak tahulah kenapa degil sangat).

Sebenarnya, segala gaya bahasa dan perbendaharaan kata yang digunakan penulis untuk blog ini telah dirancang dari awal penerbitan blog. Ia memang dilatari konsep bahasa yang tah hapa-hapa bagi pencinta Bahasa Melayu; tapi bagi penulis, ia adalah bahasa ‘santai-santai’. (Tapi kalau ada penggunaan gaya bahasa yang tidak sopan, silalah tegur. Itu bukan termasuk dalam senarai gaya bahasa baik untuk mengajak manusia pada kebaikan).

Penulis akui, penulisan di blog ini bukanlah bagus sangat pun jika dibandingkan dengan penulis-penulis ternama lain. Ia sekadar melorongkan kawan-kawan pembaca supaya terbit bibit rasa untuk lebih mengenali Islam, lebih cenderung pada Allah dan Rasul-Nya. Menjadikan mutiarajannah sebagai sumber rujukan utama dalam memahami ajaran Islam adalah agak tidak sesuai..

Mutiara bd bukan pelajar jurusan agama, bukan ustazah berkaliber dan yang lebih penting hanya bersekolah agama selama 3 tahun sahaja.

Ingat; mutiarajannah hanyalah booster/pelonjak supaya kawan-kawan pembaca lebih teringin kepada Islam. Itu matlamat dan visi utama mutiara bd menulis.

Perbezaan personaliti antara kita adalah umpama pelangi, jika pelangi hanya punya satu warna maka hilanglah keindahannya. Hargailah teman sekeliling walauapa jua personaliti
Entri ini adalah sebagai peringatan kepada penulis, bahawasanya menulis walaupun santai perlulah bermatlamat dan matlamat itu hendaklah membawa keuntungan akhirat. Sekian jumpa lagi di lain entri.
Allah tidak membebankan lebih dari yang hamba-Nya mampu.

Jumaat, 25 Jun 2010

Tak puas hati

Kenapa kena panggil dengan panggilan dr? Kenapa mesti pangkat dia disebut-sebut? Bukan iri dengan dengan panggilan tersebut.. cuma memikirkan, apakah kemuliaan disisi Allah dinilai berdasarkan perkara tersebut???

Akhirnya..

Majalah i, bulan Februari 2010, m/s 82 bahagian Adab Muslim dengan tajuk ADAB MEMANGGIL

Diriwayatkan Ibnu Sunni bahawa Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada seorang anak lelaki, "Siapa ini?" dia menjawab "Ayah Saya". Baginda bersabda, "Janganlah engkau berjalan didepanya, jangan pula melakukan perbuatan yang boleh membuatkan ia bercelaru, dan jangan pula duduk sebelum ia duduk terlebih dahulu, serta jangan pula memanggilnya dengan namanya (sahaja)"


Imam Nawawi menyimpulkan: Anak dan murid tidak boleh memanggil orang tua dan gurunya hanya dengan nama mereka..

Antara adab memanggil lain:
  1. Tidak memanggil dengan nama jolokan yang dibenci
  2. Memanggil orang yang tidak dikenali dengan panggilan yang baik
  3. Boleh memanggil dengan panggilan yang buruk untuk tujuan mendidik.

Selasa, 22 Jun 2010

Tak tahu malu ke?

Terhegeh-hegeh. Orang tak cari dia pun dia datang cari orang. Itulah terhegeh-hegeh. Dia kawan dengan aku dulu, bukan aku kawan dengan dia.. Jadi dialah yang muka kobis. Tetiba datang nak berkawan dengan orang, muka tak malu.

Huh dahsyat sungguh mentaliti kita ni kan? Hina sungguh ke orang lain datang memulakan taaruf? Atau jelik sangatkah orang yang menamatkan pergaduhan panjang dengan memulakan senyuman dan sangka baik? Hmm, itulah mentaliti tak kena..

Kita rasa kita mulia sangat orang lain datang kawan dengan kita? Kita rasa kita diminati kerana semua orang cari kita?? Mungkin kita perlu banyak-banyak beristighfar.. Ini adalah salah satu cara syaitan mengenakan kita.


Apabila seseorang memulakan sesuatu kebaikan, dia akan dapat lebih pahala berbanding orang yang kemudiannya. Sebab dia PENCETUS untuk orang lain melakukan perkara kebaikan.

Misalnya, apabila bertemu seorang saudara seislam, kita berikan salam pada dia.. Orang yang memberi salam itu akan mendapat lebih pahala dari orang yang menjawab salam. Sebab tu kalau orang bagi salam "Assalamualaikum" kita kena jawab "waalaikumussalamwarahmatullah". Tak boleh "waalaikumussalam" saja, tak cukup..

Oh, tak tahu ke.. Ok, tak pe sekarang sudah tahu.. Jadi, itulah contoh menunjukkan kemuliaan orang yang memulakan sesuatau kebaikan.

Usahlah kita merasa mulia kerana orang berlumba berbuat baik pada kita sedang kita tidak pernah berlumba berbuat baik pada orang.. Berlumba berbuat baik pada orang, kerana mahu keredhaan Allah. Mahukan redha Allah kerana melakukan sesuatu demi memakmurkan bumi sebagai Khalifah Allah.. Bukan berlumba berbuat baik pada orang kerana mahukan keredhaan orang tersebut atau sesiapa saja.

Dan yang lebih penting, usahlah kita merasa kita ini betul semua dan begitu penting sekali; apabila ada manusia yang sudi merendahkan hatinya untuk memohon kemaafan. Belum tentu orang yang memohon maaf itu sahaja yang bersalah.

Perjalanan hidup tanpa keimana pada akhirat akan jadi lebih teruk dari mengembara dalam hutan tanpa tujuan
Ingat, Allah Maha Tahu segala yang berlaku dan Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu. Jika kita merasa kita telah teraniaya di dunia; ingatlah akhirat masih ada sebagai MAHKAMAH membela manusia seadil-adilnya.

Khamis, 17 Jun 2010

Mata hati

Selamat sejahtera, selamat berbahagia.. Walaupun sibuk, asalkan ingat Allah pasti bahagia.

Pernahkah kita terfikir kenapa  orang selalu sebut "pandanglah dengan mata hati"..

Entah? tak pernah terfikir pulakkan.. Itulah kita. Allah kasi aqal, tapi malas betul nak fikir. Nak fikir kenapa Allah suruh tinggal benda haram pun tak dapat nak fikir.. Sebab? Malas nak fikir..

Hmm, malas sikit-sikit, kalau layan nanti jadilah besar dan amat sukar di kawal. Betapa bahayanya sifat malas sampai Rasulullah suruh kita berdoa pada Allah untuk hilangkan sifat malas..

Kan ada dalam doa ma'thurat.. 

"Ya Allah aku berlindung dari rasa sedih dan gelisah, dari sikap lemah dan malas, dari sikap pengecut dan bakhil serta dari hutang dan penindasan orang"

Lihatlah dengan mata dan mata hati.. Walaupun hati tiada mata, tapi ia punya 'kuasa' untuk merubah keadaan.

Mata penting untuk menjaga mata hati. Mata tak jaga.. hati pun tidak akan terjaga.. Dan paling bahaya.. bila, hati tak jaga.. anggota badan lain menjadi otomatik susah untuk dijaga..

Semoga Allah membantu kita menjaga mata. Jangan malas fikir dan jangan merasa lemah untuk melawan hawa nafsu.. pinta bantuan Allah. Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.

Jumaat, 11 Jun 2010

Cakap banyak

Ada benda kita kena cakap.
Ada benda kita tidak perlu cakap.

Ada benda kita kena buat.
Ada benda kita tak perlu buat.

Yang selalu kena buat dan cakap adalah FIKIRAN.

Sesungguhnya manusia itu sebaik-baik kejadian. -Surah At-tin

Isnin, 7 Jun 2010

Hangat-hangat tahi DOT-DOT

Saja guna tajuk gitu. Kalau nak tulis yang biasa punya rasa macam terlalu tidak bersopan santun pulak. Selalukan kita tengok orang lumba-lumba nak buat baik? Yang menarik tu, buat baik ikut musim.
  • Musim sedeqah, semua pakat sedeqah. 
  • Musim solat kat masjid, semua pakat berkunjung ke masjid. 
  • Musim dengar tazkirah, semua pakat jadi insaf. 
  • Musim kena banyak program ibadah dan tarbiyyah, jadi rajin baca Quran etc. 
Habis je musim, habis lah segala ibadah dan amal soleh yang bermusim..

Bukan nak perli sesape. Tapi nak ingatkan diri sendiri. Kita ni kekadang nak buat baik, kena ada boster lah, kena ada pelonjaklah, kena ada contohlah.. Macam-macam kita ‘demand’ sebelum nak buat amal baik.

Tapi kalau nak buat amal tak baik, takde pulak kita bising-bising nakkan idola ke, nakkan sesiapa untuk dijadikan contoh ikutan ke.. Dengan konfidennya, kita ngumpat dan menggosip orang lain. Dengan beraninya kita kutuk-kutuk orang lain. Siap takde rasa bersalah pun bila kita solat lambat. Itu belum dosa-dosa yang mana kita lansung-tak-perasan-dah-terbuat.

~sedapnye lah bercakap, sekarang penulis ingat, penulis ingatkan orang lupa. Nanti orang ingat, penulis lupa, orang pulak ingatkan. Barulah jadi, nasihat menasihati~

Sekali orang tegur, berazamlah nak jadi baik. Buat tiga kali, dah mula rasa bosan. Payahnya lah nak konsisten dengan benda tak biasa ni.. Orang lain pun dah tak kata apa. Takpelah, berentilah buat.. Jadilah kita hangat-hangat air panas. Kejap je buat baik, kemudian kembali ke bentuk asal. Kalau bentuk asal kita tu memang dah ok dan mengikut perintah Allah lain lah cerita.

Itulah pentingnya niat kita berbuat kebaikan. Kita melakukan kebaikan bukan kerana orang tegur, bukan kerana orang suruh tapi kerana kesedaran dan keimanan kita pada Allah. Allah suka pada hamba-Nya yang mendekatkan diri pada-Nya. Barulah kita tak terpengaruh dengan kata-kata orang.

Orang bagi motivasi; kita semangat, 
orang bagi kutukan; kita hilang semangat, 
orang buat tak kesah; kita pun buat tak kesah.

Orang yang tahu alasan setiap perbuatannya pasti tidak akan terpengaruh dengan sindiran dan perlian manusia sekelilingnya. Praktikalnya, manusia sekeliling kita memang akan sentiasa memerli dan menyindir kita (lagi-lagilah kalau dulunya kita ini terkenal dengan kenakalan kita). Dan itulah masa yang sangat sesuai untuk kita buktikan bagaimana kita menggunakan nikmat pendengaran pemberian Allah.

Nasihat penulis pada diri sendiri dan kawan-kawan yang ada pengalaman yang sama, sabarlah kerana rahmat Allah itu luas. Sabarlah kerana ejekan manusia pada kita akan 'menganugerahkan'kan kita pahala. Yang penting jangan putus asa nak buat baik.

Kalau malas, mintak doa pada Allah supaya jauhkan dari rasa itu.
kalau tak larat, berhenti sekejap, kumpul tenaga, lepas tu sambung.
Kalau bosan, selang seli dengan amal baik lain.

Yang penting jangan putus asa. Usaha, usaha dan terus usaha.. Jangan berputus asa dari rahmat Allah. baiii

Sabtu, 5 Jun 2010

Kuang-kuang

Ish serabut betul orang macam ni. Sejuta kali dah buat tak tahu. Lagilah dia buat tahu. Meluat!

Kenapa ye? Dah kita buat tak tahu tu, faham-faham jelah. Tak yahlah datang dekat lagi. Buat sakit hati je.

Lagi tak nak bercakap, lagi macam-macam dia tanya.

Pernah kawan-kawan melalui situasi begini?? Ha, kawan-kawan tahu kepentingan menyambung silaturrahim? Menyambung tali ukhuwah? (Hendaklah dibaca dengan gaya pengacara rancangan kanak-kanak di tv). Hehe

Silaturrahim tak sama dengan ukhuwah. Ingat ia ada perbezaan. Kita jadi salah faham makna silaturrahim dan ukhuwah sebab bahasa Malaysia terjemah dua-dua sebagai persaudaran...

Silaturrahim: Pertalian kekeluargaan (persaudaraan yang terbina kerana rahim)
UKhuwah: Persaudaraan sesama muslim

Kan lain tu. Dua-dua sama penting kena jaga. Siapa yang memutuskan tali persaudaraan, samada silaturrahim atau ukhuwah, tak dapat bau syurga. BAU syurga pun tak dapat, nak masuk?? Usah bermimpi.

Kenapa ada orang tak faham bahasa macam yang penulis tulis di atas? Sebab dia tahu kepentingan menyambungkan silaturrahim dan ukhuwah fillah.. Sebab dia tak nak memutuskan persaudaraan yang telah Allah jalinkan.

Asal tak berlaga angin sikit buat tak puas hati. Asal tak kena sikit muncung mulut.. Macam mana nak pelihara silaturrahim dan ukhuwah fillah??

Salah orang mesti betulkan, sendiri salah bila kena tegur tak boleh terima.. Apa cerita?? Macam mana nak jaga silaturahim dan ukhuwah kalau macam tu?

Hmm saja nak tulis macam ni kali ni. Rasa macam nak buang tabiat.

Khamis, 3 Jun 2010

Nampak benda lain tapi rupanya benda lain

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya

(Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

dalam sebuah athar :

النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis"

( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)


كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t"

( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Selasa, 1 Jun 2010

Iman itu di hati

Iman bukan hanya di hati. Iman ahli sunnah wal jamaah adalah pada keseluruh anggota badan termasuk perbuatan. Penulis bukan pelajar aliran aqidah atau quran sunnah secara formal. Tapi pemahaman mengenai iman itu perlu difahami semua ummat Islam meskipun tidak dalam jurusan agama.

Mengenali Pencipta menyebabkan iman kita bertambah. Tetapi dosa maksiat kita boleh mengurangkan iman. Semua kenyataan ini perlukan dalil. Jika kawan-kawan sekalian amat memerlukan dalil, rujuklah buku-buku aqidah yang sepatutnya. Bukan mencari di blog singgah seperti ini. Blog ini hanya pencetus rasa. Rasa untuk menambahkan iman.

Manisnya mengenali Tuhan, Pencipta Sekalian Alam tidak dapat digambar dengan tulisan. Ia nikmat besar. Dikala ada manusia cuba mencampakkan rasa ruginya kehilangan secebis anggota, hanya kenalnya diri pada Allahlah yang menjaga diri dari segala fitnah dunia..

Besar sungguh fitnah dunia. Tidak ingat bagaimana matan Bahasa Arab sebuah hadith Rasulullah s.a.w, yang diingati hanyalah maknanya:

"Sekiranya dunia ini bernilai sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan berikannya pada orang-orang kafir"

EH? hadith ke hadith qudsi ke ayat Quran? Tetiba konfius pulak.. Sesiapa yang tahu tolong betulkan ye.

Cukuplah untuk memahami nilai dunia disisi Allah dengan pernyataan itu. Adakah dikira beruntung sekiranya musibah melanda dan mempunyai insuran?? Samakah nilai ciptaan Allah itu dengan harga mata wang dunia?

Maaf, penulis tidak dapat bersetuju dengan pendapat sesetengah manusia yang seolah-olah menyamakan nilai anggota badan itu dengan wang dunia.. Anggota badan itu anugerah dan amanah ciptaan Allah. Ia lebih bernilai dari wang ringgit. Dengannya (anggota badan anugerah Allah) kita mengenal Allah, menyintai Allah dan yang lebih penting lagi.. kerana anggota badan itulah kita hamba Allah menjadi sangat rindu untuk bertemunya..

Bolehkah duit dan wang ringgit dunia membeli semua ini?? cinta dan rindu pada Allah?? Pasti tidak!

Mungkin pembelaan dunia itu penting, tetapi pembelaan akhirat itu lebih adil saksama.. Dan pasti penulis lebih mengharapkan pembelaan Allah.. hakim seadil-adilnya..

Entri terkenal