Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat QIAM

Bila?
Ulama berbeza pendapat bilakah tarikhnya.

Sirah:
Rasulullah hampir memberitahu pada kita bilakah malam tersebut tetapi terlupa apabila terserempak dengan dua orang lelaki yang sedang bertelingkah.

Apa keistimewaan malam ini?
Kerana ia adalah Malam Al-Quran diturunkan

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan (malam Al-Qadr)” Surah Al-Qadr: 1

Persoalan, kenapa suruh cari malam ini pada 10 malam terakhir sedangkan Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan.

Ini jawapannya wahai kaum muslimin sekalian:

Itulah yang dikatakan perbezaan pendapat ulama;

Ia boleh jadi 17 Ramadhan
Boleh jadi 10 malam terakhir
Juga mungkin 27 Ramadhan,
Mungkin juga di malam-malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadhan
Boleh jadi juga pada bila-bila malam sepanjang Ramadhan

Sebagai penjelasan, untuk ayat 1 surah Al-Qadr, penurunan Al-Quran pada malam al-Qadr adalah penurunan Al-Quran secara sekaligus dari langit tinggi ke langit dunia. Ia bukanlah penurunan beransur-ansur dari langit dunia kepada Rasulullah.

Sebagai penutup, antara yang pernah YUSUF QARDHAWI sebut berkenaan pemburuan malam Al-Qadr ini:

“Janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan, tapi jadilah hamba ALLAH”

Sudah sememangnya hakikat dan kebenaran yang kita ini hamba Allah. Bukan hamba Ramadhan. Malam Al-Qadr adalah motivasi untuk kita beribadah dengan lebih gigih dan bersungguh, hingga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik setelah berlalunya Ramadhan. Itulah maksud menjadikan Ramadhan sebagai bulan tarbiyyah, bulan latihan..

Selain itu, boleh juga kita fahami bahawasanya, Allah sedang memberitahu kita betapa mulianya segala yang berkaitan dengan Al-Quran, hinggakan malam yang padanya diturunkan Al-Quran ke langit dunia pun menjadi sangat mulia.

Ramadhan dan malam Al-Qadr hanyalah wasilah untuk menjadikan kita hamba Allah yang lebih diredhai-Nya. Ia bukanlah tujuan dan matlamat kita..

Jumaat, 27 Ogos 2010

Fuh lama sungguh tak update

Assalamualaikum sume...


Ha, ni mula lah nk bual cara ore klate pulop. Sesiapa tok pehe, maka nya belajar lah kecek klate pulop deh.


Entri ini pendek jah nyo. Boktei lama do'oh tok nulih, jadi kene jugok tulih sikit..


Ajin mikir dok, 


Kalu tok pehe gapo dio blaja dale klas, runsing kemain. Tapi kalu tok pehe baca qore, tak ajin here pun..


Baca nota tak habih bilo nak pekso pun susah hati deh? Tapi, khatam qore tahu berapa tahun sekali tok susah hati pun..


Haa ok, cukuplah sayo bobe dulu. lain kali pulop.

Sabtu, 21 Ogos 2010

salah lagi; jangan la mengeluh

A-a-a-a... rasa macam nak bertempik. Seolah-olah macam ada sesuatu yang sedang kembang dalam kepala dan meminta untuk kepala memberi laluan padanya supaya ia dapat keluar bebas.

Isk-isk. Itulah bila terlupa Allah itu sentiasa ada Maha Pengampun. Bila teringat segala salah dan keterlanjuran; memang rasa macam nak bertempik sepuas-puasnya. Kenapalah aku dah buat kesalahan ‘gong’ macam tu??

Penulis percaya, kawan-kawan pun pernah rasa macam ni kan. (Tapi tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkannya). Sedih dan kecewa kerana melakukan suatu kesalahan, kesilapan dan dosa.

Sebab kita melakukan dosa? Cuai. Lupa. Tidak tahu. Buat-buat lupa. tekanan sekeliling (huh mula nak salahkan keadaan –padahal keadaan itu adalah susunan rancangan Allah- dan pelbagai sebab yang tidak dapat disenaraikan di sini..

Manusia tidak sunyi dari kesalahan. TER-buat salah atau SENGAJA buat salah. Tugas kita adalah ingat mengingati, memperbaiki dan memohon keampunan dari Allah. Yang sangat penting adalah terimalah kenyataan yang manusia memang banyak kesalahan. Asyik kondem sana kondem sini.. tak berapa bagus untuk kesihatan pergaulan sesama manusia..

Untuk memaafkan orang lain sila maafkanlah diri sendiri dahulu. Beri peluang pada diri sendiri untuk berubah. Maka dengan itu, lebih mudah untuk kita menerima kesalahan orang lain.. TERIMA = MAAFKAN dan beri peluang untuk orang lain berubah. Bukanlah maksud terima = biar je diri/orang buat salah.

Jika kita sendiri pun tidak dapat menerima kenyataan yang diri kita ini serba kekurangan dan penuh dengan kesalahan, bagaimana kita mahu menerima takdir bahawasanya manusia lain juga seperti kita yang punya warna-warni kesilapan??

Jikalah manusia diciptakan sempurna iman dan akhlaqnya, maka apalah perlunya kita pada Al-Quran, Rasulullah.. dan yang lebih utama.. pergantungan kita pada Yang Maha Mencipta..

Khamis, 19 Ogos 2010

Nampak yang tidak nampak

Saya tahu awak tidak ikhlas!
Cewah? tahu saja hati orang.
Eh saya boleh rasa tau.
Hmm perlu komen ke?

Eleh, belajar bukan bagus sangat
Buat apa dengar cakap dia..
apakah definisi bagus itu??
Perlukah anda pada penjelasan..?

Bagusla dia tu
Kenapa puji saja?
Jadilah macam dia juga..
Apa ada pada cakap saja??

Lebih dia memangla
Yang cemburu sangat kenapa?
Lupakah siapa Dia yang Mencipta?
Menganugerahkan dia sedemikian rupa..

Ekor mata saja pun boleh baca
Bukan semua orang boleh rasa
Tahu sangat apa maknanya
Buat tak tahu lebih selamat gamaknya..?

Isi hati memang bahaya
Kalau diluah tak kena cara
Itu sebab Allah takdirkan ia rahsia
Supaya aman dunia kita.

ok, jangan ditanya apakah maksudnya nampak yang tidak nampak. Kerana, kebolehan untuk nampak sesuatu yang tidak nampak bukanlah sesuatu untuk dibanggakan. Tetapi ia adalah satu tanggungjawab untuk kita melakukan seruan kepada Allah.

Habis.

Selasa, 17 Ogos 2010

Macam mana nak cakap ni..

Hai kawan-kawan.. Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa bahagia kerana mengenali Allah.

Kali ini penulis mahu cakap sesuatu yang penulis tak tahu macam mana nak cakap. Penulis punya seorang saudara, saudara penulis ini seorang perokok.

Sedih betul penulis bila tahu dia merokok. Hendak bertanya mengapa dia merokok, tidaklah berani sangat. Penulis pernah la dengar antara sebab orang merokok:
  • pengaruh kawan
  • melepaskan gian
  • melegakan perasaan
  • ingin jadi sungguh ‘bergaya’

Entah sebab sebenarnya.. hanya Allah dan dirinya sendiri yang tahu..

Kerajaan buat program ‘tak nak rokok’ tapi permit jual rokok masih diberi.. Tu kira bukan nak bendung aktiviti perokokla macam tu..

Walau apa pun, penulis harap suatu hari nanti, dia berjaya meninggalkan tabiat merokoknya itu kerana kenalnya dia pada TUHAN PENCIPTA tubuh badan dia dan kita..

Ahad, 15 Ogos 2010

Perlu surat cinta lagi ke?

Kalau jadi satu situasi yang memaksa untuk kita memilih dua orang yang kita sayang, macam mana kita nak buat? Dua-dua sayang sama banyak. Senang tak nak buat pilihan??

Yeah.. Pastilah susahkan.

Lagi-lagi kalau dua-dua sangat penting dalam hidup kita. Itu jika yang terbabit itu antara dua manusia yang kita sayang. Tapi kalau yang terbabit adalah manusia yang kita sayang dan Allah?? Masakan untuk kita memilih manusiakan? Pastilah kita akan memilih Allah. Kerana Allah lebih berhak untuk dipilih. Sedang kita pun lebih memerlukan Allah berbanding manusia lain (maksudnya kita tetap memerlukan manusia).

Sayang Allah nombor satu.
Nombor dua sayang Rasulullah.
Ketiga sayang ibu bapa.
Keempat sayang ahli keluarga.

Kemudian bolehlah hendak sayang sesiapa pun..
Yang penting jangan sisih Allah dan Rasulullah dalam hidup kita. Nanti kita yang bakal hidup susah di akhirat kerana disisih Allah. Nauzubillah.

4 komponen ini adalah kesayangan yang sangat berharga dalam hidup kita; dunia dan akhirat..

Tangga keutamaan memutuskan suatu keputusan akan bergantung pada 4 komponen di atas. Selamat membuat keputusan. Untuk menjaga hati semua orang adalah mustahil. Tetapi tidak mustahil untuk menjaga hubungan dengan Allah Yang satu dan tidak ramai.

Selamat mencuba! Baiiiiii

Jumaat, 13 Ogos 2010

Awat yang ketegaq sangat -fuiyoo pekat bunyi utagha-

Tau dah tak boleh buat. tapi nak buat jugak. Kenapa eh? Dah tahu tak boleh, tapi nak buat jugak?

Yes, saya sangat jelas dan tahu.. Allah tak suka saya berbuat demikian. Tapi saya tak tahanla..(Berani tak kita nak cakap depan Allah di padang Mahsyar macam ni)..

Ala, macam kita cakap kat pensyarah kita macam nila “saya tahu saya kena buat, tapi saya malasla”.apa yang akan jadi kalau cakap macam ni? Realitinya, nak cakap macam ni pun tak berani.. betul tak? Itu baru dengan pensyarah yang takde kuasa pun ke atas kita.. Cuba kalau dengan Allah? TUHAN PENCIPTA sekalian alam.

Sebenarnya inilah hakikat hawanafsu kita.. Orang kata remaja suka memberontak. Peliknya, hingga ke peringkat yang lebih dewasa dari remaja pun kita masih nampak sikap memberontak ini. Sedarlah, hawanafsu kita tidak pernah tua. Ia sentiasa remaja. Itulah yang menyebabkan kita merasa; Tahu tidak boleh buat, tapi nak buat jugak..

Hawanafsu tidak pernah kenal erti puas. Syaitan pula tiada sikap putus asa. Jika kita masih merasa selesa dan bahagia dengan kehidupan yang bergelumang dosa, maka itu adalah pilihan kita.

Susah la nak ubah cara hidup. Bukan senang. Cakap senangla. Iya; tiada yang menafikan kenyataan ini. Ujian Allah mengikut kemampuan masing-masing.

Allah berikan panduan menutup aurat, kita pilih untuk menurut atau sebaliknya.
Allah berikan panduan untuk memelihara anggota badan, kita pilih untuk menjaga atau merosakkannya..
Allah beri panduan untuk beribadah kepada-Nya, kitalah yang memilih untuk taat atau derhaka

Sesungguhnya, manusia sangat zalim terhadap diri mereka sendiri.. Semoga Allah mengampunkan kita.

Selasa, 10 Ogos 2010

Cakap=cakap

Hai kawan-kawan! Selamat menjalani kehidupan ini dengan penuh kecintaan pada Allah. Hari ni nak membebel..? eh, Itu bukan perkataan sepatutnya. Hari ini, penulis mahu mengetengahkan sesuatu yang dipanggil “kecenderungan” atau “minat”.

Dua perkataan ini sama sahaja maksudnya. Kesukaan. Semua orang ada kesukaan tersendiri. Minat dan cenderung pada perkara yang mengihurkan hati. Atau cenderung pada sesuatu yang sepatutnya kita cenderung.

Kecenderungan dan minat kita boleh dipengaruhi benda-benda lain, termasuklah: pengalaman, pertalian darah, pendidikan, genetik, iman, hawanafsu dan syaitan..

Kali ini tak nak cakap banyak. Cuma nak cakap, cuba kita renung-renung balik apakah minat kita itu. Dan mengapakah kita cenderung pada “minat” tersebut. Apakah faedah minat itu untuk kita menjadi hamba Allah yang soleh??

Ahad, 8 Ogos 2010

Buaya oh buaya

Kawan-kawan pernah tengok buaya tak? Eiiii gerunkan. Dah la badannya menggerutu, besar lagi.. Mulut dia toksah cakap la kan.. Itu belum buat pemerhatian pada gigi dia lagi.. Besar dan tajam.

sebenarnya nak letak gambar buaya tengah menguap.. 
tapi internet lamabat sangat. Jadi kawan-kawan imagine je lah ye

Itu sebab kita tak berani nak dekat dengan buaya.. Kalau buaya yang fizikalnya kita nampak dia buaya takpe la.. Boleh la kita jauhkan diri darinya. Masalahnya kalau buaya itu kita tak nampak sifat “kebuayaannya”.. kerana dia nampak macam manusia. Hehe. (Ini lebih digeruni)..

Kawan-kawan.. hati-hati ye. Buaya ada di mana-mana dah sekarang. Dulu heboh satu negara bila ada kes rogol. Ingat-ingat penulis, masa berita macam tu mula heboh, penulis masih disekolah rendah. Sekarang, orang macam dah tak hairan.. Berita bayi kena buang, kelahiran luar nikah.. dah jadi macam berita ruji.. hari-hari mesti ada.

Agak-agak berita anak luar nikah dah jadi berita “tak menarik perhatian”, akhirnya tak masuk dah berita. bukan bermakna kes tu berkurangan.. Itu bermakna, masyarakat kita jadi “alah bisa tegal biasa”.. Kes tetap meningkat.. Semakin hari semakin bertambah kelahiran bayi luar nikah. Sebenarnya bukan sahaja kerana ‘buaya’ tetapi kerana sokongan orang-orang yang tidak dapat mengenal pasti siapakah ‘buaya’..

Inilah hikmah perintah Allah supaya menjaga batas pergaulan.. Kesan bebasnya pergaulan 20-30 tahun dahulu telah dibuktikan dengan jelas pada hari ini. Anak luar nikah itu tidak lah datang secara automatik.. Kan? Hampir semua peringkat usia sudah jelas, bayi itu bukan menempati rahim wanita secara tiba-tiba..

Ia hanya bermula dengan tidak menjaga pandangan. Kemudian terasa “manisnya” muka si dia. Sukanya melihat dia tersenyum. Cuba-cuba untuk mendekati.. POSITIF! Meneruskan langkah seterusnya.. Berkenalan, beramah mesra, dan mula “mengenali”. Hilang rasa kekok (yang sepatutnya disimpan dan dijaga). Akhirnya.. Inilah pintu zina. Allah memberi panduan untuk menjauhi pintu zina. Bukan semata-mata menjauhi zina..

Sedihnya melihat masyarakat. Juga sedih dengan diri sendiri. Entah apalah sangat sumbangan yang boleh penulis lakukan demi menyampaikan betapa penyayangnya Allah selain peritnya azabNya akibat keingkaran diri sendiri..

Jumaat, 6 Ogos 2010

Puak aku dan dia

Assalamualaikum,

Apakah itu ukhuwah?

Ukhuwah adalah jalinan aqidah yang mempertautkan ummat Islam antara satu sama lain.
Ia merupakan ikatan rabbani yang mengikat antara hati mereka serta merupakan jalinan erat untuk mendekatkan diri pada Allah.

Makanya, apabila kita berkawan dan bersahabat itu tidak membawa kita lebih dekat pada Allah.. bolehkah kita panggil itu ukhuwah???? (Tanye jer nii)

Kalau kita berkawan, makin banyak dosa kita buat.. ukhuwah ke tu?? (tanya je)
Kalau kita bersahabat, kita biar je kawan kita bergelumang dengan maksiat.. ukhuwah ke tu??? Tanya je ni..

ok kita sambung,  

Sabda Rasulullah:


"Ikatan iman yang paling kuat ialah ikatan kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah"
HR Imam Ahmad

Ukhuwah adalah satu sendi kekuatan yang mengukuhkan PEMBINAAN masyarakat Islam

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berjuang melawan hawanafsu..

RAMADHAN IS COMING..
RINDUNYA..
HARAP-HARAP ALLAH BERI PADA KITA LAILATUL QADR
NAAAAAAAK SANGAT....

Rabu, 4 Ogos 2010

Wahai orang yang berselimut bangunlah

"Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik"


"Dan biarlah Aku (yang bertindak) terhadap orang-orang yang mendustakan, yang memiliki segala kenikmatan hidup, dan berilah mereka penangguhan sebentar"


"Sesungguhnya disisi Kami ada belenggu-belenggu (yang berat) dan neraka yang menyala-nyala"


"Dan ada makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih"


Surah Muzammil ayat 10 - 13

Ahad, 1 Ogos 2010

Hmm kalau berani puji la lagi..

Nak dengar satu cerita betul tak? Nak ke tak nak dengar, nak cerita jugak. Tak nak dengar g baca benda lain.

Ceritanya begini..

Pada suatu hari, penulis terbaca ada seseorang telah memberi pujian yang melambung-lambung pada adik penulis kerana keputusan peperiksaannya terbagus dari yang bagus-bagus.. Maka penulis pun bimbang adik penulis tertipu atau termakan dengan pujian yang sangatlah melambung dan berulang itu, maka penulis pun memberikan nasihat pada dia. Dengan harapan, syaitan tidak akan berjaya merosakkan hati adik penulis.


Tahu apa yang adik penulis jawab?
Muallimah kat sekolah dulu pernah cakap, kalau orang puji kita, kita boleh baling dia dengan pasir..

Oh, mendengar jawapan tu penulis teringat satu komen dari kawan penulis:
Mutiara bd ni, bukan senang nak dengar dia puji orang. Kalau dia puji tu maknanya memang betulla orang tu bagus seperti yang dipuji. (tak ingat dah di mana dan siapa yang berkata demikian).

Adakah kawan-kawan tahu, yang kita boleh baling pasir pada orang yang memuji kita? Kalau tak salah penulis, ada hadis kot cakap macam ni. Sebab tu penulis takut nak puji orang. Puji pada Allah takde lah banyak mana, tiba-tiba puji orang melambung. orait ke tak sebagai hamba Allah? Kadang-kadang, TERpuji jugak orang yang memang penulis kagum tu. Tapi sekiranya kepala masih ingat akan “kalau ada orang puji kita, kita boleh baling dia dengan pasir” pasti tak puji dah la..

Kenapa bahaya sangat pujian orang neh? Sampai boleh baling dengan pasir? Sebab pujian orang akan menyebabkan kita jadi riya’, ujub, takabur, dan macam-macam lagi penyakit akan lekat dalam hati kita. Penyakit hati ini buruk padahnya. Banyak kesan sampingan pada ibadah, aqidah, dan amalan seharian kita.. Walhal kelebihan yang manusia puji itu sebenarnya PINJAMAN Allah semata-mata. Nak tengok macam mana kita guna kelebihan itu. Untuk menjadi manusia yang berTUHANkan Allah atau berTUHANkan benda-benda lain.

Memangla cakap kita orang Islam, tuhan kita Allah. Tapi cuba kita muhasabah balik, betul ke kita buat Allah itu sebenar-benar tuhan kita? Bila bertembung kehendak hawanafsu dan perintah Allah, yang mana kita dahulukan? Contoh; rasa nak bergosip kerana ada sesuatu yang sangat ‘menarik’ pada pandangan kita. Adakah kita sanggup tinggalkan perbuatan tersebut atau kita teruskan juga sambil memberi pelbagai alasan demi melojikkan tindakan dosa kita itu?? oh sesungguhnya kita ini sangatlah perlukan Allah. jadi ikutlah perintah Allah. Jangan berlagak sangat dengan Quran sampai 2-3 hari tak baca pun Quran. Sudahlah malas untuk mentadabur.. baca pulak jarang-jarang sekali. Macam mana nak rasa Quran itu sebenarnya mukjizat..

(oh dahsyatnye BM mutiara bd ni. Maaflah kalau ada yang kurang berkenan)

Entri terkenal