Jumaat, 4 September 2009

Nak tahu tak?

Kali ini, penulis mahu berkongsi sesuatu yang berbeza sikit dari selalu. Penulis mahu berkongsi mengenai Profesional Farmasi. Bercerita dari sudut penulis lah maksudnya. Bukan dari sudut sebagai seorang profesional. Sebab penulis belum lagi jadi profesional. Dalam proses lah.

Tahukah kawan-kawan semua sebenarnya farmasi itu bukan yang bukak kedai farmasi tu semata-mata.


Kerjaya farmasi ini ada beberapa cabang:


  • hospital/klinikal,
  • industri,
  • akademik,
  • komuniti, dan
  • penguat kuasa. Kan banyak tu?


Lepas tu, dalam setiap cabang itu pulak, adalagi pengkhususan profesional farmasi. Contohnya, kalau jadi farmasi hospital/klinikal, boleh pilih untuk kerja di stor, farmasi pasakit luar dan dalam, farmasi satelit, farmasi penyediaan ubat aseptik atau farmasi yang jalan-jalan dalam wad.


Kalau jadi ahli farmasi industri pulak, boleh jadi pereka ubat (Malaysia tak dapat nak reka ubat lagi setakat ni), penganalisis atau bahasa inggerisnya researcher, jadi Quality controller atau assurance dan banyak lah lagi. Penulis belum buat praktikal industri lagi. Lebih kurang macam tulah yang penulis tahunya.


Jika ada adik-adik yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang farmasi ni, meh la bertanya. Penulis berbesar hati untuk memberi serba sedikit gambaran mengenai kerjaya farmasi ni.


Ini penulis mahu berkongsi sedikit pengalaman memilih farmasi sebagai medan untuk menyambung perjuangan menuntut ilmu.


Awal pendedahan kepada profesional farmasi ini, penulis telah memilih untuk menjadi Ahli farmasi yang bertugas dihospital. Penulis tidak suka bisnes-bisnes nih. Tak pandai nak menjual. Nanti bila orang buat muka kesian, penulis dah tak jadi nak jual barang. Last-last nanti tutup pulak kedai.


Kalau dekat hospital best sikit. tak payah jual-jual. (Ini fikiran pendek masa dulu-dulu lah). Apabila masuk tahun dua, ada satu subjek elektif namanya ‘industrial pharmacy’. Mula-mula dulu, punyalah tak mahu subjek ni. Macam-macam alasan yang muncul, maklumlah tak mahu kannn. Tapi akhirnya, penulis rasa nak cuba jugalah subjek ni. Wah, best rupanya.


Barulah penulis rasa farmasi ni macam sehati sejiwa dengan penulis. Sebelum ni, dah rasa macam kenapalah penulis belajar dalam Kulliyyah of Pharmacy ni. Semua macam tak kene sahaja.. Dulu suka sangat hospital farmasi sekarang suka industri pulak.. Tah hapa-hapa je penulis ni kan.


Penulis tak nak kerja kat hospital sebab nurse garang-garang. Kawan baik penulis cakap ramai jugak lah nurse yang baik. Hehe, tak sedar diri, sendiri pun garang, macam manalah orang lain tak garang dengan penulis kan? entahlah.. satu lagi yang tak tahannya, nak kena hafal segala anatomy, physiology, pathology yang doktor-doktor hafal tu. Fuh. Penulis ni memang bermasalah kalau bab hafal-menghafal. Selagi tak nampak dan merasai keuntungan menghafal tu, fuh jangan harap la penulis akan tabah menghafal dan mengingat..


Okaylah, harap-harap kawan-kawan dapatlah pengajaran dari tulisan penulis yang membosankan kali ini. Sebenarnya baru balik periksa tadi. Nak sambung baca buku rasa otak macam dah ‘cramp’, jadi tulis lah dulu, keluarkan apa yang ada dalam ‘otak’ anugerah Allah ini untuk disebarkan pada manusia lain dengan harapan keimanan kita semua akan bertambah.


Selamat berpuasa semuaa.. Semoga bertemu malam lailatul qadr


Tiada ulasan:

Entri terkenal