Rabu, 27 Jun 2012

Segala mungkin....

Berhenti sejenak.
memandang pokok..
menghayati bulan dan bintang..
ciptaan Allah yang sentiasa taat pada perintah Allah.

Maha Suci Allah yang menciptakan mereka.

Mengenangkan urusan hidup yang SUPER BANYAK.
mengingatkan cita-cita setinggi langit...

tiada urusan yang mampu dilaksanakan kecuali dengan izin Allah.

Sesungguhnya jika segala urusan hidup itu di biarkan ke bahu kita sebagai manusia ini.. Maka patahlah tulang belakang, pecahlah otak dan huru haralah dunia..

Tiada manusia yang mampu menguruskan segalanya.
Tapi bukan alasan untuk berlepas tangan dari tanggungjawab.

Laksanakan tanggungjawab sebaiknya.
Dengan keyakinan, Allah lah penentu segala urusan..

"Ya Allah, rahmatMu kuharapkan, maka janganlah Kau bebankan aku pada diriku meskipun hanya sekelip mata. Perbaikilah bagiku seluruh keadaanku.. Sesungguhnya tiada Ilah selain Engkau"

p/s: segalanya mungkin dengan izin Allah.

Isnin, 25 Jun 2012

Perjuangan perlu diteruskan

Ayuh halakan pandangan pada langit.. Makhluq ciptaan Allah yang sangat luas.
Maha Suci Allah Yang menciptakan makhluq hebat seperti itu.

Jika itulah kehebatan makhluq-Nya.. maka apakah kehebatan Si Penciptanya?? Tidak tergambar dek akal fikiran kita.

Wahai teman dan rakan yang sentiasa di rahmati Allah.
Kita tahu kita ummat Islam..
Kita sedar kita beragama Islam..

Tapi apakah kita benar-benar faham apakah itu ISLAM??
Kita tidak mahu orang katakan kita kafir dan munafiq..
Tapi apakah kita benar-benar mengenali ciri muslimin? dan menjadi seperti yang di mahukan Allah??

Kita marah bila orang kata kita 'tak baik"
kita marah bila orang tanya 'eh, awak muslim ke'
kita MALU untuk mengakui keislaman kita..
kita MALU untuk dilihat baik dan beramal dengan agama

Itukah harga Islam kita??
Islam agama HEBAT.
kerana ia datang dari Yang Maha HEBAT.
Tapi apakah hanya kerana ia datang dari Yang Maha Hebat,
Maka otomatik kita akan jadi HEBAT?!

......

Hati kita masih cintakan keselesaan.
Hati kita masih rindu kemewahan dan keindahan dunia.
Hati kita masih suka kerehatan dan budaya bermalas-malas..
Hati kita sangat sayang harta dan kekayaan yang ada..
Hati kita sangat CINTA dan harap pada pujian dan sanjungan manusia..

Hati kita sangat benci dan takut pada kesusahan hidup dan kemiskinan.
Hati kita sangat tidak ingin mengingati kematian.

Mulut dan perut kita sangat cinta pada makanan.
Tangan dan kaki kita begitu suka pada pakaian yang mendedahkan aurat.

Hati kita masih melihat 'cantik' itu yang mendedahkan aurat..

Hati kita masih berat dan malas melakukan solat.
Hati kita tidak pernah merasa rindu pada Allah..
Mulut kita sangat berat untuk berzikir dan menyebut nama Allah..

......

Dan apakah kita akan jadi manusia HEBAT disisi ALLAH?
(dengan kecintaan dan kebencian seperti diatas)
Apakah Islam yang HEBAT itu akan menjadikan kita muslim HEBAT..
dengan diri masih lagi melekat segala penyakit WAHN ini...
tidak mungkin Islam boleh menang dengan ummat Islam begini.

wahn: cinta dunia dan takutkan mati.

Sabtu, 23 Jun 2012

Kenapa berdegil?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kawan pembaca yang dirahmati Allah, tidak kisah adan muslim atau tidak. Saya mahu memberitahu dengan terang dan jelas sebagaimana dalam Al-Quran telah jelaskan pada KITA.

YA. saya tidak tersalah tulis.
Saya mahu kongsikan APA YANG TELAH AL-QURAN katakan pada kita buat UMMAT ISLAM dan BUKAN ISLAM.. tentang RIBA.

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَاتُظْلَمُونَ 
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.


dari surah manakah ayat ini?
Surah Al-Baqarah ayat 279.

Ceritalah ayat Quran mana pun, tayanglah berapa banyak ayat Quran pun...

Jika anda tidak KENAL siapa yang memberikan Al-Quran ini,
TIDAK merasakan Al-Quran ini untuk KITA..
Maka ia tiada harga dan apa-apa nilai pun pada KITA.

Ikutkan hati jahat,
MALAS untuk menerangkan segalanya..
MALAS layan segala keranah.
PENAT.

Tapi..
meningingatkan pesan Rasulullah s.a.w...

Manusia yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka adalah lebih baik dari manusia yang hidup mengasingkan diri dan tidak sabar..

Maka..
saya tidak boleh malas.
Selagi mana saya masih bernyawa,
saya perlu bersabar...

Melayani kerenah manusia walau siapa pun dia.
Kawan, tukang sapu, BOS, budak kecik, orang tua kerepot, atau
sesiapa sahaja yang "melintas" dalam perjalanan saya
untuk mencapai redha Allah.

Maha Suci Allah.

Saya MAHU berusaha MENJAUHKAN diri dari RIBA!
Allah MENGISYHTIHARKAN PERANG pada yang melakukan riba.
Apakah anda semua boleh menyelamatkan saya dari kemurkaan Allah jika saya mendengar nasihat anda semua untuk berhutang??

Tapi.
Jika saya tidak mendengar nasihat anda semua..
tentang kejahatan-kejahatan manusia kepada manusia lemah macam saya.
Saya masih ADA ALLAH.
ALLAH YANG MAHA BERKUASA.
BIARLAH APA PUN YANG ANDA KATA.
Allah lebih tahu apa yang baik untuk iman dan kehidupan saya.
Anda hanya manusia.
Anda tidak tahu pun apa yang akan anda akan lakukan dalam masa sesaat akan datang, maka siapakah anda untuk menjangka sesuatu untuk saya..

Allahu AHAD!
Allahu SAMAD.

"Ya Allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu dan ketaatan HANYA kepadaMU"

"Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami. Limpahkanlah kami dengan hidayahMu.."

Sikit lagi nak meletup.
Tapi Allah itu sangat BESAR.
Kenapa perlu saya meletup dengan manusia JAHIL?
Sedangkan Allah pun Maha Pengampun terhadap hamba-Nya.

ok tak jadi meletup.
Sekian.
Semoga kita semua di iringi HIDAYAH ALLAH sentiasa.



Ahad, 17 Jun 2012

Tadabur surah Al-Falaq

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ketahuilah segala ayat Quran yang diturunkan itu adalah untuk KITA; seluruh manusia >> sayalah tu.

Jika kita fikir al-Quran itu untuk Rasulullah s.a.w.. maka sampai bila-bila kita tidak akan menghiraukan isinya.

Pada petang yang mulia dan indah ini, penulis mahu memilih satu ayat yang sangat "terkena" pada penulis ketika membacanya:


Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) 


Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) 


Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) 


Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) 


Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.  (5)

Penulis mahu mentadabur ya, bukan mentafsir...
Tadabur itu mengaitkan ayat Quran dengan kejadian kehidupan.. berpandukan ilmu dan kefahaman agama yang telah dipelajari.. Bukan berdasarkan HAWANAFSU.

Siapa makhluk yang menghembus pada simpulan ni?..
iaitu manusia yang melakukan sihir.. [ini boleh rujuk mana-mana TAFSIR; contohnya zilalil Quran atau ibnu kastir atau Al-Munir atau apa tafsir yang terdapar di negeri anda]

Biasanya kalau kita tengok tukang sihir ni; lelaki ke perempuan??
Kebanyakannya perempuanlah.

Allah menyuruh kita berlindung dari wanita yang jahat dan punya kuasa sihir. Apakah wanita yang punya kuasa sihir itu wanita yang pakai jin sahaja?
TIDAK.

Kadang-kadang perkataan dan perlakuan wanita itu sudah cukup untuk "menyihir" wanita lain dan para lelaki...

Samada mengeluarkan kata yang manis dan begitu menggoda hingga lelaki dan perempuan terjatuh ke dalam lautan syahwat,

atau..

kata yang "busuk" dan kejam untuk didengari...
Kata-kata yang jahat yang menyumpah seranah manusia lain, hingga manusia lain menjadi sedih, tertekan

dan jika berterusan dan tiada usaha memohon perlindungan dari Allah maka lahirlah dendam..

Semoga Allah menjauhkan kita kejahatan seperti ini..

Wanita itu manusia asingkah?
TIDAK.
dia boleh jadi sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita.

"Ya Allah, aku memohon perlindungan padaMu dari sedih dan kecewa, lemah dan malas, penakut dan bakhil, dan juga dari HUTANG dan penindasan orang"

Sabtu, 16 Jun 2012

lain, tapi sebenarnya 2x5

Satu ombak bergelora.
BISING.
Sakit telinga menadah perkataan pahit dari mulutnya.

"kena buat macam ni baru betul"
....

satu lagi setenang air sungai mengalir.
diam.
Tiada kata pahit menjadi pengisi telinga.

"kenapa saya kena ikut cara dia pulak?"
....

Nampak berbeza tapi serupa sahaja.
Keras kepala dan masing-masing tidak mahu merendahkan ego dan berbincang.

Apa nak buat kalau jadi orang yang berada di tengah dan TAKDE PENGARUH lansung?

Jumaat, 15 Jun 2012

KONFIUS

A: buat macam ni.
B: buat macam tu la.

A: siapa suruh buat macam tu?
B: kenapa buat macam ni?

Akhirnya nak buat macam mana?

...

Bila salah ajaran itu hanyalah tentang melangkah kaki mana dahulu ketika kawad, ia tidaklah menjadi masalah besar.

Bila-bila masa sahaja boleh tukar cara.

Tapi jika salah ajaran itu memberi kesan pada sihat sakitnya seseorang? Atau hidup matinya seseorang?

Atau apakah yang akan berlaku jika salah ajaran tentang tujuan hidup dan tempat kita kembali??

....

Astaghfirullah.
1 guru tidak cukup untuk menuntut ilmu.
tapi bila ada banyak guru..
banyak pula caranya..
KONFIUS.
ditambah pula dengan kenyataan:
cikgu itu tidak betul.
kamu jangan ikut dia.

Teringat adab belajar yang di ajarkan oleh Imam Al-Ghazali.

Jangan kamu berkata kepada seorang guru:

"mengapa guru yang lain itu mengajarkan aku begini dan begitu?
[lain dari yang kamu ajar]" 

Dan manusia yang bergelar murid itu sangat berusaha untuk tidak menjadi seperti diatas.

ISUnya: 
seorang murid itu telah berusaha sedaya upaya untuk tidak berkata begitu kepada guru-gurunya.
Tapi guru yang lain itu begitu memaksa dan menekan murid itu hingga dia TERPAKSA menyatakan perbezaan pendapat antara guru-guru..

Tahukah wahai guruku, aku tidak pernah suka dengan PAKSAAN ini.
Dan aku tidak akan redha dengan "perlanggaran" adab menuntut ilmu ini.

....

Dengan menyatakan seorang guru lain salah dan hanya dia sahaja yang betul pada seorang anak murid yang sedang belajar, tidak akan menambahkan apa-apa kebaikan.. melainkan KONFIUS-MIUS. [nak cakap super konfiusnya diri].

....

Oleh itu wahai manusia yang berilmu, cara terbaik adalah berbincanglah sesama sendiri dengan hati yang tawadhu'.. barulah kebenaran akan tertegak.

Tiada faedah pun pada amal jika para ilmuwan/guru/senior bertekak,
"akulah paling betul". Kerana, sifat masing-masing yang sibuk mendabik dada itu telah membakar hangus segala amalan.

Sekian.
yang dah konfius.



Khamis, 14 Jun 2012

halusnya sifat itu..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah Maha Besar dan berkuasalah yang mengatur segala urusan.

....

Pada suatu hari yang indah dan tenang..

"kenapa ya dia buat kerja macam tu?"
"awak jangan ikut dia, dia bukannya betul sangat"

"saya tak faham kenapa dia buat kerja macam tu"
"saya tak faham kenapa dia buat kerja macam tu"

sakit telinga ye dengar.

Jika anda benar-benar mahukan kebenaran.
TEGURlah.
Beritahulah dengan akhlaq yang baik.
Sesungguhnya tiada manusia serba tahu dalam dunia ini.

....

Saya mahu awak belajar ini dan ini.
Esok saya mahu tengok.

"Awak tengoklah budak ni..."
"saya suruh dia buat macam tu, dia buat macam ni"

"wah geramnya saya dengan budak ni"
"awak dari universiti mana ya?"

"siapa ajar awak buat macam itu?"
"ini pun awak tak tahu dan tak ingat?"

Mengajar dan memberi ilmu itu perbuatan mulia.
jangan cemari dengan kerendahan akhlaq yang tidak digemari Allah.

Penilaian itu walau setepat mana pun menurut pertimbangan anda, masih ada sedikit tidak adil disana kerana anda adalah manusia..

.....

Bersabarlah.
Pohonlah pada Allah agar dilindungi-Nya dari terkena sifat ini.

Berlindung dari
Sifat yang merasakan..
Akulah yang terbaik.
Kerana akulah yang paling tepat dalam ilmuku.
Kerana universiti akulah yang paling berpengalaman dalam melatih professional sepertiku.

...

Kelebihan umur bukan untuk membuli.
Kelebihan ilmu bukan untuk menghina orang lain.
Kelebihan pengalaman bukan untuk memperkecil orang lain.
Kelebihan agama sudah tentu bukan untuk memburukkan orang lain.

Apakah guna semua itu? ilmu, umur, pengalaman dan cara hidup?
itu semua untuk mencari redha Allah dan untuk mengajak manusia lain kepada-Nya.

...

Apalah guna segala "kepakaran" tanpa AKHLAQ.
Ia seperti beramal tanpa ilmu.

ya Allah, ampunilah dosa kami dan lindungilah kami dari penindasan manusia.

ikutkan hati mahu saja orang kejam seperti dia, merasai 'kebesaran' Allah.

Rabu, 13 Jun 2012

besarnya GAJI....

Awak bukan dibayar utk melakukan kesalahan.
Awak diberi gaji tahu?
Awak dibayar setiap bulan untuk kerja ini.

BESARNYA GAJI.

Dimana Allah bila melaksanakan kerja?

...................

Bekerja hingga lupa 'urusan' dengan Allah.
Itukah nilai gaji?

..................

Kita amanah dalam kerja kerana GAJI kah?
Kita rajin dan berdedikasi dalam kerja kerana GAJI kah?
Kita jujur dalam kerja kerana GAJI kah?

...............

berkatkah gaji itu
jika dari sehari kesehari..
Tiada peningkatan iman dengan kerjaya itu.

Berkatkah gaji itu..
hanya dengan bekerja  mengikut kehendak manusia
tanpa menghiraukan kejujuran dengan Allah..

............

Apakah GAJI itu yang membawa kita ke syurga dan keredhaan-Nya?? bergantung kearah mana kita gunakannya.

huh. tengah bengang dengan penyalahgunaan perkataan gaji.




Selasa, 12 Jun 2012

Isi kandungan kali ini memang penuh emosi

Bismillahirahmanirahim.

Jika anda alah dengan emosi perempuan, silakan pergi.

Bangun pagi-pagi..
Ingat Allah, cakap dengan Allah..
Luasnya dunia.
Bahagia.

Kemudian, sampai ditempat kerja..
Melakukan tugas dan tanggungjawab..
Datanglah manusia..
Mengeluarkan kata sempit dada dan kurang bahagia.
Sabar.

Tapi bila hari-hari menadah telinga..
Rasa mahu mengalir juga airmata yang mahal ini..
Mahal untuk tatapan manusia..
Tapi sangat murah untuk Allah Yang Maha Esa.

Sedih.

Pelbagai perbandingan diberi.
Membawa maksud:
Aku ini tidak mampu sebagaimana mereka yang lain.

Andai dibiarkan fikiran ini dikuasai syaitan.
Ranaplah diri dalam kesedihan dan kekecewaan.
Kerana bisikan dan kata-kata syaitan berupa manusia.

......

Walaupun aku tidak mampu seperti mereka.
Aku ada Allah!
Tempat aku bergantung harap.
Yang tidak pernah mengecewakan.
Yang tahu segalanya tentang usaha dan pengorbananku.

Dan..

Mahukah aku..
Mampu seperti mereka.
Kelihatan 'hebat' seperti mereka...

Tapi
Tiada AKHLAQ mulia.
Tiada IMAN tersemat dihati.
Tiada agama yang memandu segala perbuatan diri??
dan yang lebih penting..
Tiada Allah yang sentiasa disisi.

Na'uzubillah.
Semestinya aku mahu memilih IMAN dan ISLAM.

Biarlah apapun pandangan manusia seperti ini.
atau apapun kata mereka.
Apa yang Allah kata tetap yang utama!
Sekian.

late night................

Dunia..
macam-macam cerita.

Rasa.
banyak pelbagai warna dan deria.

Bila hati mula cenderung pada dunia, sempitnya dirasa.

......

berhenti seketika.
kembali pada Allah.
Merenung makna dan kata-kata Allah dalam Al-Quran.

Luas dan tenang kembali.

.....

Hidup ini bukan sekadar melaksanakan amanah kerjaya, solat 5 waktu, puasa sunat sikit-sikit dan dan sedekah seringgit dua..

Tidak dinafikan.. amal sebesar atom pun diberi pahala..

tapi silalah renungkan

"jika makan pun kita mahu yang sedap dan mengikut selera.. maka apakah amal dan hubungan kita dengan Allah nak di buat sambil lewa??"


selamat malam dan selamat bercinta dgn Allah.

Rabu, 6 Jun 2012

saya bertukar status!

Ya Allah memang terngiang-ngiang ayat seorang ustaz..
Bukan dengar tapi baca:

Bila kita melakukan sesuatu kerana manusia, 
maka status kita bukan lagi hamba Allah,
tapi hamba kepada manusia tersebut..



Bila kita melakukan sesuatu kerana manusia, 
maka status kita bukan lagi hamba Allah,
tapi hamba kepada manusia tersebut..



Bila kita melakukan sesuatu kerana manusia, 
maka status kita bukan lagi hamba Allah,
tapi hamba kepada manusia tersebut..



Bila kita melakukan sesuatu kerana manusia, 
maka status kita bukan lagi hamba Allah,
tapi hamba kepada manusia tersebut..



Bila kita melakukan sesuatu kerana manusia, 
maka status kita bukan lagi hamba Allah,
tapi hamba kepada manusia tersebut..



Bila kita melakukan sesuatu kerana manusia, 
maka status kita bukan lagi hamba Allah,
tapi hamba kepada manusia tersebut..



Bila kita melakukan sesuatu kerana manusia, 
maka status kita bukan lagi hamba Allah,
tapi hamba kepada manusia tersebut..



Bila kita melakukan sesuatu kerana manusia, 
maka status kita bukan lagi hamba Allah,
tapi hamba kepada manusia tersebut..



Bila kita melakukan sesuatu kerana manusia, 
maka status kita bukan lagi hamba Allah,
tapi hamba kepada manusia tersebut..


Dan apakah ganjaran yang akan aku peroleh jika menukar status seperti ini??


nauzubillah!


Maka ingatlah wahai diri; lepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah!

Ikhlas itu menyebabkan kita tidak mengharap pada kemampuan sendiri kerana kita telah menyandarkan kemampuan melaksana itu pada Allah!

MasyaAllah! Allahu akbar.

Baru ter"hanyut" sebentar, pelampung dari Allah datang sekelip mata memandang!

Terima kasih Allah..
oh cemburunya pada manusia yang benar-benar menjadi hamba-Mu.







Isnin, 4 Jun 2012

besarnya tanggungjawab ini!



“Barangsiapa menyembunyikan sesuatu ilmu, pada hal dengan ilmu itu Allah
memberi manfa’at kepada manusia dalam masalah agama, maka kelak di hari qiamat ia akan dikekang oleh Allah, dengan kekang dari api neraka.”
(H.R. Ibnu Majah)

“Apa halnya dengan kaum mereka tidak mahu memberi pengertian kepada
tetangganya, tidak mahu mengajar dan tidak mahu menasihati, mereka, tidak
menyuruh dan tidak melarang mereka? Dan apa-apaan pula beberapa kaum?
 Mereka tidak mahu belajar kepada tetangganya tidak mahu bertanya dan tidak mahu menerima nasihat? 
Sungguh, demi Allah, hendaklah suatu kaum mengajar
tetangganya, memberi pengertian dan menasihat serta menyuruh dan melarang
mereka. Dan hendaklah kaum yang tidak tahu, mahu belajar kepada tetangganya,
mahu bertanya dan mahu menerima nasihat...
 atau, kalau tidak demikian, maka Aku akan segera menimpakan siksa kepada mereka.
(H.R. Thabrani dalam Kitabnya “Al Kabir”)



“Wahai manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu: “Kamu sekalian suruhlah orang mengerjakan kebaikan, dan laranglah mereka mengerjakan kejahatan,
sebelum kamu mendo’a tetapi Aku tidak mengabulkannya, dan kamu minta apa-apan kepadaKu tetapi Aku tidak memberikannya, dan kamu meminta pertolongan kepadaKu tetapi Aku tidak menolong kamu.”
(H.R. Tirmidzi)



Iman 
merupakan keyakinan tentang kebenaran sesuatu, ketenangan hati

menikmatinya, dan keinginan jiwa untuk berjuang menyampaikannya
kepada 
orang lain. 


Dalam Al Qur’an diterangkan:

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu, agar Kami mengetahui siapa 
yang berjuang dan yang bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan baik buruknya 
hal ehwal kamu.”

(Surah Muhammad: Ayat 31)
..........

Sering terjadi, para daie mengelakkan diri untuk berbicara di tempattempat
yang seharusnya ia berbicara! Sebenarnya, sepatah kata yang benar,
sangat diperlukan di saat itu, tetapi para daie merasa segan untuk
mencetuskannya. Mungkin kerana khuatir, kalau-kalau kata-katanya itu ,
menyebabkan ia ditimpa bencana kemarahan dan kebencian orang....!



Sebenarnya, Allah lebih pantas untuk kita takuti....! Allah lebih pantas
untuk kita segani.....! seharusnya kita sebagai orang-orang beriman,
selamanya berusaha keras untuk mencari keredhaan Allah! Keredhaan Allah
itulah yang kita harapkan sekalipun akan menyebabkan timbulnya
kemarahan dan kebencian ummat manusia ini seluruhnya....! Daie perlu
merenungkan doa Rasulullah Sallallahu ’alaihi Wasallam:


“Ya Allah! Jika kamu dalam hal ini tidak ada kemarahan kepadaku, maka aku tidak 
peduli...!”





.........





Hadith Rasulullah Sallallahu
‘alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dan
‘Abdullah ibn Mas’ud r.a, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam
bersabda:

“Sesungguhnya kekurangan pertama yang menyusup ke tengah-tengah bangsa Israel 
ialah, bahawa salah seorang di antara mereka menemukan temannya sedang
mengerjakan dosa, lalu ia berkata: 

“Oh, teman! Bertaqwalah kepada Allah, dan 
tinggalkanlah apa yang anda perbuat itu! Itu tidak boleh!” 



Kemudian keesokan
harinya mereka bertemu lagi dalam suasana yang sama, lalu orang pertama tadi tidak
merasa janggal lagi untuk makan dan minum, dan duduk bersama-sama dengan
orang yang dilarangnya kemarin itu...! Dan setelah keadaannya demikian, maka
Allah memukulkan hati mereka satu sama lain, sehingga mereka saling bertengkar
dan saling mempersalahkan antara sesamanya.”




Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam membacakan Ayat Al-
Qur’an:


“Telah kena laknat orang-orang kafir dan kalangan bangsa Israel, dengan ucapan 
Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu adalah disebabkan mereka durhaka
dan sekilu melewati batas. Mereka satu sama lain selalis tidak saling melarang 
perbuatan mungkar yang mereka perbuat. Sungguh, amat buruklah apa yang selalu
mereka perbuat itu…”




(Surah AI-Ma’idah: Ayat 78-79)








Ahad, 3 Jun 2012

belon tebal dan nipis

Beli belon kat kilang, cuba banding.
Ada tebal ada nipis.
Yang tebal lambat sikit pecah.
Yang nipis tu lagi cepat pecah.

Ada manusia itu sekali dengar peringatan, terus dapat tangkap.
Ada tu kena dengar 10 kali dulu baru nak insaf.
Ada yang perlu kena kemalangan dulu baru insaf..
Ada yang dah dekat nak meninggal baru nak insaf..
Ada yang insaf kat Padang Mahsyar.. sudah tiada guna lagi.

Ada orang kena belajar 10 kali baru faham.
Ada orang sekali dengar je, faham terus.
Ada orang dengar 10 kali pun tak faham, tapi bila NAMPAK terus faham..

Ada orang jeling je dah faham.
Ada orang sejuta kali buat muka pun tak reti-reti..

Itulah manusia yang kita perlu hadapi.
Dan kita juga termasuk kalangan mereka.

........

Akhir kata; tarbiyyah yang sebenar itu menggerakkan. tidak cukup sekadar bergerak, ia perlu IKHLAS kerana ALLAH.

......

ada unsur daya yang besar disini ye.

.....

Sabtu, 2 Jun 2012

what to do?

when people expecting us to do MORE than what we can do?

Buat tak tau je la.
Abaikan "expectation" mereka.

Buat aje apa yang anda rasa mampu buat.
Yang tidak boleh itu serah sahaja pada Allah.

Sekian.
Selamat mencuba.

p/s: tiba-tiba jadi sedikit tegas. bukanke memang tegas sentiasa?

Feeling of useless and nothing,
will suddenly diminished..
When thinking about Allah..
because Allah has told me that I'm not been created for nothing!
Allah forgive me when I forget.
Allah hears me when I whisper.
Allah always with me when I'm alone.

No human being can be as nice as Allah can be to me.
Thank you Allah!


mana satu lebih baik?

Baca Quran satu juzu.
Solat sunat 20 rakaat.
Ma'thurat kubra setiap hari.
Istighfar 200x sehari.

Ia berlaku selama sebulan sekali sepanjang tahun [dalam bulan Ramadhanlah].

......................................

Baca Quran 5 muka sehari.
Solat sunat rawatib 10 rakaat sehari.
Ma'thurat kubra setiap hujung minggu.
Istighfar 100x sehari

Sepanjang tahun..

....................................

Allah lebih suka amal yang sedikit tapi istiqamah.
[tak dapat nak Quote hadith tersebut]

..................................

Rasional pun boleh fikir.
Ingat Allah sekali sekala ke bagus..
atau ingat Allah sentiasa yang bagus?
Mestilah yang ingat sentiasa kan..

Kalau boleh buat banyak dan berterusan lagi bagus. InsyaALLAH.

Jumaat, 1 Jun 2012

rahsia tau

Selamat menjalankan tugas.
Walaupun ada yang tidak makan gaji, kita tetap hamba ALLAH yang menjalankan tugas..

..................................

Bangun pagi,
sebut nama Allah pun takdan.
Terus bersiap pergi mencari rezeki..

Tengahari letih dan penat bekerja.
Sambung lagi kerja sampai petang.

Balik sibuk dengan urusan rumah dan peribadi.
Badan letih usah diceritakan lagi.

Tidur.
dan esok mahu mengulangi perkara yang sama lagi.

Inikah kehidupan seorang HAMBA?
HAMBA kepada TUHAN yang menciptakan SELURUH ALAM..

........................

ok, lebih baik menangis air mata darah sekarang.

......................

Jika bukan begitu jalan kehidupan seorang hamba..
Bagaimanakah caranya untuk menjalani kehidupan seorang hamba?

Ya Allah,
yang menulis ini pun masih terumbang ambing mencari jalan dan cara.

Ayuh bangunlah dari mimpi sedap kita ini.
Keluarlah ke dunia realiti.
Kita bukan hidup untuk terus hidup.
Kita hidup untuk MATI..
untuk kehidupan yang kekal abadi..

Carilah cara hidup terbaik dari Al-Quran.
BERGURULAH.
cari orang berilmu.
Orang yang berilmu dengan ilmu yang benar.
Bukan orang berilmu tapi sesat.
Bukan orang yang berilmu tapi berkiblat hawa nafsu..
iaitu orang yang berilmu dan diredhai Allah.
Barulah kita dapat isi Al-Quran yang sebenar.

MasyaALLAH. InsyaALLAH. Allahu akbar!


Entri terkenal