Isnin, 6 Januari 2014

Another perspective of ghurur

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Melakukan sesuatu perkara baik adalah rezeki dari Allah.
Tidak percaya?
Percayalah...

Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana.
akhirnya keseronokkan kita melakukan kerja dan tanggungjawab membuatkan kita rasa kita sudah banyak menyelesaikan tanggungjawab..

Perasaan kita

kita rasa kita lah paling bizi dengan dakwah dan tarbiyyah.

kita rasa kitalah yang banyak menyumbangkan tenaga dan masa demi dakwah dan tarbiyyah.

kita rasa kita seorang.

kita rasa kitalah yang banyak bekorban.

kita juga rasa "mana orang lain?"

kita rasa orang lain banyak rehat.

kita rasa orang lain takbuat kerja.


bila orang lain buat kerja

kita rasa orang lain terima kerja adhoc kerana orang lain tidak bizi.

kita pandang rendah sahaja pengorbanan mereka

kita tidak hairan pun dengan susah payah orang lain melaksanakan tanggungjawab

kita rasa memang patut pun mereka buat sekarang kerana dahulu kita sudah banyak 'berkorban'

kadang-kadang..
kita tidak perasan pun sumbangan mereka!

Maha suci Allah.

Tanpa bantuan Allah..
tidak mungkin kita dan mereka mampu.

....

Syaitan tidak akan berdiam diri melihat anak Adam beramal baik.
Mari kita sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan dengan kebaikan dan kesabaran.
Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Entri terkenal