Selasa, 28 Januari 2014

ha'a kan.. tidak pernah terfikir

Hari itu adalah hari yang mendung..
Sejuk sangat.
Langit masih gelap hitam pekat walaupun sudah jam 7 pagi.
Tiada tanda matahari akan bersinar.

Otak dia ligat berfikir...
Pagi yang indah.
walaupun tiada matahari..
dingin tidak sampai menggigit tulang.
Terasa begitu segar selepas membersihkan diri dengan air bawah tanah dan solat subuh dua rakaat di masjid.

Memandu kereta pagi-pagi di jalan raya memang menguji iman dan kesabaran.
haih.
sejuk-sejuk pun boleh panas.. -_-'
ok lebih baik bertenang dan cuba bertenang sebaik mungkin.
rosak mood pagi-pagi nanti.

sambil memandu...
sambil menikmati cuaca..
melihat kereta mewah meluncur laju..
tidak kira saiz kereta..
kecil dan besar..
dia terfikir...

berapa banyak duit masing-masing kita di habiskan hanya untuk kereta?
jika untuk keperluan dan amal kebaikan tidak ada masalah...
tapi jika kereta mewah?
sedangkan kereta biasa pun sudah cukup untuk berfungsi dan membantu kita beramal setiap hari.

dari kereta..
fikiran dia melayang-layang kepada perkara-perkara lain dalam hidup.
rumah, makanan harian, pakaian, katil, tilam dan perabot..
semuanya keperluan harian tapi boleh jadi kita akan jadi berlebihan hingga bermewahan..

alasan kita: apa salahnya untuk kegunaan sendiri sedangkan kita yang 'mencari' harta tersebut secara halal..

tidak salah.
bersusah payah mencari sesuap rezeki kemudian menikmatinya.

fikiran dia melayang lebih jauh (sempat lagi berfikir sambil memandu di tengah jalan yang sesak)..

bersusah payahnya kita untuk keselesaan hidup dunia.
kerena kita tahu nampak dan dapat membayangkan betapa nikmatnya kesenangan dunia..
tapi kita lansung tidak bersusah payah untuk mendapat kesenangan akhirat.
ok, zas sedikit perasaan sendiri di pagi hari bila dia terfikir begitu.
kenapa ya?

kerana kita tahu tapi tidak nampak walaupun dapat membayangkan betapa nikmatnya kesenangan akhirat..

kita sanggup bergegas bekerja kerana merasa kerja itulah sumber rezeki kita dengan izin Allah.
tapi kita tidak 'pernah' bergegas pun untuk solat walaupun kita tahu ia adalah antara sebab kebahagiaan hari akhirat.

sedangkan rezeki itu sesuatu yang telah Allah jamin buat setiap hidupan di dunia ini; susah payah kita cari..

tapi.. nasib di hari akhirat kelak yang belum pasti tidak pula kita ada hati untuk mencari.

ha'a kan.. tidak pernah terfikir.

apa salahnya dengan duit yang kita dapat dari kerjaya kita itu kita beli rumah idaman, kereta idaman, permainan idaman, baju idaman...?

bukan cari salah..
tapi mencari yang paling betul dan paling benar dalam mencapai kebahagiaan sebenar.

bahagiakah kita dengan mendapatnya segala idaman itu jika kita lansung tidak berusaha dan bersedia untuk mendapat kebahagiaan di akhirat?

apa salahnya bersusah payah sikit untuk mendapatkan rumah sendiri.
apa salahnya berbelanja banyak sikit untuk makan sedap, tidur lena dan hidup selesa.
Bukankah bumi ini untuk orang yang beriman?

tidak salah wahai diri yang sedang berfikir.
yang terasa bersalahnya bila...
kita sanggup bersusah payah untuk beli rumah, beli tanah, buat rumah, buat ladang..

TAPI.

kita begitu tidak sanggup bersusah payah untuk solat awal waktu.
kita begitu tidak mampu untuk bangun malam dan berdoa.
kita begitu segan untuk menyahut panggilan-panggilan beramal baik.
kita begitu rasa tidak kuat untuk jadi orang yang patuh pada perintah Allah.

kita lansung tidak sanggup bersusah payah demi islam.. demi kedaulatan islam.
kita tidak sanggup berkorban harta. apatah lagi perasaan dan masa.. demi hubungan kita dengan Allah. sedangkan kita tahu, inilah sumber kebahagian di hari akhirat kelak.

ha'a...
dia benar-benar tidak pernah terfikir selama hidupnya.

......

kini,
dia telah tenggelam dalam tanah.
dia tidak ada peluang lagi untuk kembali ke dunia.
untuk bersusah payah mencari kebahagiaan akhirat..

tidak guna lagi segala penyesalan.

.....

bangunlah wahai ummatku,
marilah kita sama-sama berganding bahu..
berkorban demi kebahagiaan yang lebih berkekalan.






Tiada ulasan:

Entri terkenal