"Ya Allah kami berpagi-pagi dengan nikmat-Mu, maka sempurnakanlah nikmat kami ini dunia dan akhirat"
Sebaik-baik nikmat adalah Islam.
Apa itu Islam?
Islam itu tunduk dan patuh pada Allah.
Mahu jadi islam sampai akhirat mesti doa dan usaha. Usaha tanpa doa belum cukup Islamnya.
.....
Kamu tidak letihkah pagi-pagi sudah keluar?
Balik pula bila matahari sudah tenggelam.
Letih la jugak.
Kamu tidak penatkah siang bekerja,
malam pula membaca, berbincang dan berdiskusi ilmiah?
Penat.
Kamu tidak mengantukkah pagi-pagi manusia lain tidak bangun tapi kamu sudah bangun.
Tengah malam pekat sunyi semua manusia sudah tidur tapi kamu baru nak tidur.
Ada la sikit-sikit.
Kamu tidak rasa habis duit ke pergi sana sini?
Kamu tidak rasa membazir masa kah berjalan jauh hanya untuk berjumpa seorang dua manusia?
TIDAK.
kamu tidak malukah belajar perkara-perkara budak tadika belajar ini?
kamu tidak kekokkah belajar dengan orang yang lebih muda?
TIDAK.
Kerana saya amat jelas misi dan visi setiap perbuatan saya.
kerana saya begitu percaya pada akibat dan kesudahan orang-orang yang menyahut seruan Allah sebagaimana yang telah Allah janjikan dalam Al-Quran.
Dalam satu aspek lain..
walaupun kita tidak jelas apa suruhan Allah,
walaupun kita tidak pernah tahu apa itu suruhan dan larangan Allah,
walaupun kita tidak beriman pada Quran Sunnah..
walaupun kita ada misi dan visi lain selain dari kerana iman kita pada Allah
Kita tetap boleh melakukan perkara-perkara di atas!
Hasilnya kelihatan sama walaupun sebab disebaliknya berbeza.
Inilah sebabnya ada hari akhirat.. Hari yang paling adil untuk menilai perbuatan kita.. Dan kita akan di adili oleh Hakim seadil-adilnya.
Usah terlalu risau pada orang yang berniat jahat dan kelihatan begitu licik dengan kejahatannya kerana

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah diantara kamu yang paling baik amalnya, dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.
Surah Al-Mulk: 2
kerana saya begitu percaya pada akibat dan kesudahan orang-orang yang menyahut seruan Allah sebagaimana yang telah Allah janjikan dalam Al-Quran.
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًا ۙ قَالُوا هَـٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
Surah Al-baqarah: 25
.....Dalam satu aspek lain..
walaupun kita tidak jelas apa suruhan Allah,
walaupun kita tidak pernah tahu apa itu suruhan dan larangan Allah,
walaupun kita tidak beriman pada Quran Sunnah..
walaupun kita ada misi dan visi lain selain dari kerana iman kita pada Allah
Kita tetap boleh melakukan perkara-perkara di atas!
Hasilnya kelihatan sama walaupun sebab disebaliknya berbeza.
Inilah sebabnya ada hari akhirat.. Hari yang paling adil untuk menilai perbuatan kita.. Dan kita akan di adili oleh Hakim seadil-adilnya.
أَلَيْسَ اللَّـهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah itu hakim seadil-adilnya?!
Surah Tin: 8.
Usah terlalu risau pada orang yang berniat jahat dan kelihatan begitu licik dengan kejahatannya kerana
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dialah Allah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untuk kamu kemudian Dia menuju ke langit lalu disempurnakan kejadian 7 langit, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..
Surah Al-Baqarah: 29.
Tugas kita sebagai manusia adalah untuk saling mengingatkan.
Tiada peranan menghukum sesiapa kerana kita bukan disuruh mengadili amal manusia (kecuali hakim dan pasukannya dalam urusan mahkamah).. Kita hanya diperintahkan Allah untuk saling ingat mengingatkan..
قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Nabi Nuh berkata kepada kaumnya: Sesunngguhnya aku hanyalah pemberi peringatan yang jelas.
Surah Nuh: 2
Tiada peranan menghukum sesiapa kerana kita bukan disuruh mengadili amal manusia (kecuali hakim dan pasukannya dalam urusan mahkamah).. Kita hanya diperintahkan Allah untuk saling ingat mengingatkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan