Selasa, 21 Januari 2014

siapakah yg akan melakukan

Allah yang menciptakan manusia, maka Allah jua lah yang mengetahui kekuatan dan kelemahan ciptaan-Nya.

menghadapi kejahilan diri dan kejahilan manusia memerlukan kesabaran dan keteguhan hati yang sangat banyak.

Apabila kita sebagai ketua keluarga merasakan isteri kita sudah tidak ada jalan lagi untuk mengajaknya kepada yang lebih baik..

siapa lagi yang akan mengambil berat urusan dunia dan akhiratnya?

Apabila isteri begitu 'lembap' dan 'slow' memahami ajaran dan teguran seorang suami..
siapa lagi yang akan menyambut tugas mendidik seorang isteri?

maaf.
saya belum berkahwin.
tetapi saya tetap dan perlu mengingatkan.

menerima seadanya bukan bermaksud membiarkan sesiapa yg kita kasihi dlm keadaan berdosa pd Allah.

menerima seadanya bermaksud, kita saling ingat mengingati dan saling lengkap melengkapi dalam mentaati Allah.

.....

nak buat macam mana lagi.
sudah tegur banyak kali.
sudah larang banyak kali..
masih mengulangi.

biarlah.
ikutlah.
lah lah (sila baca dgn lorat org kelantan).

bila kita sebagai sahabat membiarkan teman dlm kemaksiatan dan dosa.. siapa lagi yg akan mengingatkan teman kita?

bila kita sebagai ahli keluarga merasa putus asa dlm siri usaha mengajak ahli keluarga sama2 mendekatkan diri pada Allah..
kita berharap pd siapakah untuk menyelesaikan kerja kita?

bila kita sebagai anggota masyarakat berputus asa dengan 'nasib' dan 'keadaan' umat.. kepada siapakah kita berharap utk mengubah nasib tersebut?

disinilah gunanya
kekuatan kemahuan..
kedegilan mencapai sesuatu kejayaan..
kekerasan usaha menggapai cita

kegilaan, kekerasan dan kekuatan..
pabila diguna pd waktu yang sesuai..
ia merupakan aset dan bekal berguna.

doalah pada Allah.

"dan sesiapa sahaja yg berusaha di jalan Kami, pasti kami akan tunjukkan jalan2 kami, dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang yg bebuat baik"

Surah Al-Ankabut: 69.

Tiada ulasan:

Entri terkenal