Selasa, 7 Januari 2014

Bersyukurlah

Benarkah?

Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami.
Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami.
Seronoknya melihat orang ada menikmati kehidupan sendiri penuh penghayatan dan ketenangan.

Dengki kah kita?
Maha Besar Allah.

Kita seolah-olah lupa..
Mungkin kita tidak punya ibu memahami, rumah yg amat selesa di duduki atau kehidupan yg kita perasaan tidak setenang org.

Islam dan iman itu kenikmatan yg tiada tolok bandingan

Tapi sebenarnya kita punya Dia.
Kita ada Dia yg memberikan kebahagiaan,
Dia yg memberikan rezeki dan Dia lah yang menyusun seluruh hidupan.

Ya.
Kita ada Allah.
Mereka juga ada Allah.
Mungkin kita tidak mampu menanggung ujian ini..
Kerana itu Allah tidak uji kita dgn hal ini.
Mungkin ibu yg memahami, rumah yg selesa dan kehidupan yg tenang itu menyebabkan kita lebih jauh dari atau susah utk mendekatkan diri pada-Nya.

Terima kasih Allah kerana segera membuatkan kita sedar akan nikmat-Mu paling besar..

Iman dan islam.

Kenikmatan dalam hidup ini bukanlah semata ibu yg memahami, rumah yg besar atau kehidupan yg mcm tenang..

Tapi sebenarnya kenikmatan hidup ini pada:

  1. usaha setiap hari untuk mengajak manusia kembali pd Allah.
  2. melakukan suruhan 'melaksanakan dan meninggalkan' dengan sepenuh hati.
  3. berkorban dan tidak henti berfikir "bagaimana aku mampu meletakkan islam pd tempat tertinggi"
  4. mengenal dan mendoakan orang2 solih yg telah berkorban menyampaikan islam kerana Allah kepada kita..
  5. bersyukur dengan nikmat islam.

maka, Adakah kita benar-benar bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang kita ada?

apabila sebenarnya:

  1. kita sangat malu menyatakan keislaman kita, 
  2. merasa begitu rendah diri dan hina bila menutup aurat.. 
  3. berbangga sekali apabila memakai pakaian mengikut trend semasa yang mendedahkan aurat
  4. merasa begitu lekeh bersolat di masjid pada awal waktu. 
  5. merasa bodoh dan lurus bendul bila berlaku jujur dan amanah
  6. tidak merasa apa-apa apabila isi kandungan Al-quran di abaikan malah TAKPERASAN pun rupanya ada isi kandungan Al-quran telah di abaikan
Syukur itu apabila kita sangat gembira dgn apa yang kita ada dan memanfaatkan ia sebaiknya utk Islam tanpa rasa bangga diri!


...

nota kaki:

ibu yang memahami itu simbolik untuk ikatan keluarga yang kuat
rumah yang besar simbolik kepada negara dan kediaman yang selesa dan aman
kehidupan yang macam tenang simbolik kepada keadaan diri dan sekeliling yang sentiasa teratur dan mengikut kehendak kita

Tiada ulasan:

Entri terkenal