Isnin, 20 Januari 2014

Matlamat tidak menghalal kan cara

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya.
Bukti Allah itu Pengasih dan penyayang banyak sekali.
Yang paling besar adalah nikmat iman dan islam yang Dia berikan.
Jika belum beriman pun, Allah bekalkan akal fikiran dan alam sekeliling untuk manusia berfikir dan mencari kebenaran.

Allah maha Besar, Allahu latif.. Allah yang lemah lembut.

Kasih sayang Allah jelas terpampang.
Kasih manusia?
hehe.. semacam ya?
untuk menghilangkan semacam mari kita teruskan pembacaan.

Kasih Allah itu halal jelas terang dan tidak bengkang bengkok..
jauh sekali menyakitkan hati.. setujukah anda?
atau tidak pernah terfikir dek akal selama ini..

Bagaimana pula kita berkasih sayang sesama manusia?

firman Allah dalam surah Al-hujurat ayat 9 - 12 :

وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّـهِ ۚ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

 إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

....

Rasa mahu baca ayat quran ni 24 jam.
ok, ini namanya ikut perasaan.

Inilah berkasih sayang yang Allah telah ajarkan pada kita.
Cara bersaudara sesama manusia..
cara memuliakan insan sekeliling kita..
cara membuatkan mereka seperti sebuah keluarga..
cara mengeratkan hubungan hingga seperti sebuah keluarga bahagia..
apatah lagi jika benar-benar sebuah keluarga.

Bagaimana cara berkasih sayang sesama manusia?

apabila mereka berperang, DAMAIKANlah.

bila saudara kita bergaduh.. bukan kita yang menambah minyak ke atas bara api..
memandangkan kita pun tengah sakit hati..
sama-sama meluahkan perasaan..
Apasalahnya?
salahnya kerana kita sedang melanggar suruhan Allah.

apabila mereka berlaku zalim, cegahlah hingga mereka kembali tunduk pada perintah Allah.

memandangkan begini suruhan Allah, maka kita pun bertekaklah, berhujahlah, berdebatlah demi mencegah saudara kita dari terus berada dalam kezaliman..
bukan begitu akhlaq seorang muslim...
kita lakukan dengan bijaksana.. sebagaimana yang akhlaq seorang muslim..
bukankah akan berlaku kezaliman yang lebih besar jika kita berkeras tak kena cara?
Sedangkan orang-orang zalim yang tidak sedar kezaliman yang mereka buat, mereka akan sentiasa mencari jalan utk membenarkan kezaliman mereka..

Ya Allah, Ampunilah dosa kami di atas kecacatan kami dlm melaksanakan perintahMu..

jangan merendah/mencemuh saudara kita tidak kira lelaki atau perempuan

tiada pengecualian yang Allah berikan.
jika saudara itu anak cucu kamu, maka celalah mereka sesuka hati kamu.
atau, jika dia pekerja dan bos kamu, rendahkanlah mereka..

tiada.

atau adakah erti ayat ini; janganlah kamu mencemuh kecuali sanak saudara kamu, anak cucu kamu.. kerana mereka inilah yang rapat dengan kamu dan mereka yang kamu sayangi..

ada ke?? -_-'

huhu..
ok keluar airmata darah.
susahnya memahamkan saudara berbanding orang yang 'bukan saudara'.
yang 'bukan saudara' memang dah satu hal..


jangan menyatakan keaiban saudara kita

sukakah kita di malukan walaupun di hadapan ibu sendiri?
atau suami sendiri?
pastinya tidak.
habis mengapa kita menyatakan keaiban orang lain...
mungkin definasi 'aib' bagi setiap orang adalah berbeza..
maka pastikan kita jelas dengan maksud keaiban masing-masing..
dan apakah maksud keaiban dari segi islam pula?

usah memanggil dengan gelaran yang buruk

walaupun dia hitam..
walaupun cucu kita hitam.
walaupun anak kita tidak pandai..
boleh ke kita panggil dia hitam dan bodoh?!
astaghfirullah..
tidak di izinkan Allah sama sekali.

Siapa yang jadikan orang itu hitam ke putih ke kuning ke merah ke biru ke?
Bukankah Allah?

Tiada pengecualian yang Allah beri.
Siapa pun dia, buruk mana pun kita 'nampak'..
mereka tetap manusia makhluq Allah yang paling mulia!

menjauhi sangkaan

baca betul-betul yang bahasa Arabnya, kebanyakkan sangkaan adalah dosa/salah. bukan masalah sangka baik atau buruk.
isunya kebanyakan sangkaan itu salah.. tak kira sangka baik ke buruk.
sebab itu tidak boleh bersangka.

ok, selama ni kita asyik marahkan orang yang 'bersangka'...
tapi perasan atau tidak sebenarnya Allah sebut..
JAUHILAH sangkaan..
maksudnya, kita juga harus menjaga diri dari perbuatan yang menyebabkan orang akan 'bersangka' dengan kita..

cewah..
kerana ikhlas, maka kita tidak kesah apa orang nak sangka..
ok, kefahaman ini perlu dibetulkan sedikit menjadi:

kita harus malah jatuh wajib untuk berusaha sedaya upaya menghilankan sangkaan orang pada kita atau dengan kata lainnya, mengelakkan perbuatan-perbuatan yang menyebabkan orang akan bersangka..

selain mengelakkan diri dari bersangka-sangka..

oleh itu, apabila ada orang meminta penjelasan kerana sangkaan mereka, jelaskanlah.. kerana ia boleh membantu mereka mengelakkan sangkaan serta membuatkan kita jauh dari sangkaan.

bukan pula dengan memarahi mereka sambil membaca ayat ni tanpa apa-apa penjelasan yang menghilangkan 'kepercayaan' orang yang sedang bertanya..

usah mencari keaiban dan kesalahan orang

bukankah kerja kita banyak?
asal salah sikit.. heboh seluruh pejabat dan jabatan...
apakah kita tidak pernah salah hingga perlu membesarkan kesalahan orang lain kepada seluruh manusia sekeliling?..
lupakah kita pada suruhan Allah yang ini?

Allah pun kita tidak hairan.
apa lagi sesama manusia.. ye tak?

oh, penulis rasa begitu ganas menulis begini.
saya tidak tahu cara yang lebih bersopan santun..
kadang-kadang peringatan begini bagus juga untuk diri sendiri yang selalu lupa diri dan hampir lemas ditengah masyarakat yang entah letak Allah di mana tak tahu..

jangan mengumpat sesama kita

sedapp sungguh bercerita dan merungut tentang bos.
bos tidak pernah kena. bos tidak pernah faham. bos tidak tahu buat kerja...

Astaghfirullah.
benarkah telahan kita?
betulkah tuduhan kita?
jika benar pun..
betulkah cara kita itu?
menceritakan segala keburukan dan kelemahannya pada orang lain yang tidak mampu melakukan apa-apa perubahan?

orang melayu bagus kerana mereka sangat berhati-hati dan lemah lembut.
tidak ada budaya 'gocoh' di tengah awam seperti orang Arab.

tapi orang Arab tidak berdendam.

kita orang melayu, di hadapan kita...
"semua nya takpa... :) ok, no problem, beres..."

tup tup belakang kita..
sekolam cerita dan umpatan tidak sedap di dengar...

Baik ke macam ni?
kita tidak mahu pergaduhan terang-terangan berlaku..
tapi kita menyebarkan virus-virus tidak baik secara berleluasa..

hati kita sakit bila kita mengumpat..
hati kita tidak akan tenang dengan luahan perasaan yang tidak kena tempat..
fikiran dan jiwa kita tidak akan berbahagia dengan dosa-dosa mengumpat..

mengumpat..
apa sahaja yang kisah benar mengenai seseorang, yang orang terlibat tidak suka kita sebarkan.. baik atau tidak baik.

ingatlah..

hubungan kekeluargaan tidak mengatasi suruhan dan larangan Allah ini.
besar mana pun dosa seseorang, juga tidak melayakkan orang itu utk di umpati kecuali untuk urusan mahkamah dan pengadilan.
banyak mana pun jasa kita pada seseorang, tidak melayakkan kita untuk mengumpat orang yang telah kita taburkan jasa ke atasnya.

matlamat tidak menghalalkan cara.
alasan kasih sayang tidak menghalalkan perbuatan dosa.

kasih sayang tidak menyebabkan kita boleh berbuat dosa sewenangnya.

KASIH SAYANG BUKAN TIKET MELAKUKAN DOSA DAN MAKSIAT!

cara berkasih sayang yang Allah tunjukkan ini adalah yang terbaik dan benar-benar memuliakan manusia sebagai seorang manusia..

p/s: apabeza kita dengan kayu dan batu bila kita pun boleh diumpat dan dikutuk sesuka hati?

Tiada ulasan:

Entri terkenal