Ahad, 16 Ogos 2009

Konsep M _ _ Y _ AH A _ _ _ H 2


Baiklah, ini jawapannya: Masyi ah Allah. Kawan-kawan pernah dengar perkataan macam gini tak? Okaylah kalau tak pernah dengar pun, mesti selalu dengar orang sebut Insya Allah. Betul tak?

Sebelum masuk pada isi sebenar yang penulis nak kongsi, meh penulis nak beritahu sikit satu kefahaman fasal Insya Allah..

Dulu masa penulis kecik-kecik setahun jagung, (sekarang pun ‘kecik lagi’ tahun puluh tahun jagung dah) orang selalu sebut

“kalau cakap Insya Allah itu tak pasti lagi janji itu akan dipenuhi atau tidak, tapi kalau dah cakap janji, maksudnya memang akan dipenuhilah”..

Faham tak ayat kat atas ni? Kiranya macam orang ajak kita ziarah rumah dia lah. Kalau kita dah konfem nak pergi, kita pun jawab, ok, mesti pergi punya. JANJI. Tapi bila kita tak konfem nak pergi ke tak, kita pun cakap Insya Allah.. okay, rasanya kawan-kawan dah faham kot.

Jom kita sambung balik. Sebenarnya, salah kefahaman macam tu.. Haa.. apa terkezot ye? Alaaa tak payah terkejutlah. Biasalah kita ni selau aje salah fahamkan? Itulah beramal tapi tak de ilmu. Bila nak beramal kene ade ilmu, jangan main hentam ikut orang lain je. Sesat nanti memang susah nak cari jalan pulang..

Gini, Insya Allah itu bermaksud dengan kehendak Allah. Apabila kita meyebut Insya Allah, sebenarnya kita telah pun berjanji untuk melakukan sesuatu perkara tersebut..

Sambung lain kali.. Baiiii

Tiada ulasan:

Entri terkenal