Dalam derita ada bahagia,
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang lebih menderita
insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir terimalah dengan hati terbuka..
Walau tersiksa.. ada hikmahnya.
Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma,
Itu jelas membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
BERSYUKURLAH dan TABAHLAH menghadapi
Ini lagu dendangan MESTIKA.
Tajuknya: RAHMAT UJIAN.
Putus cinta pun tak rasa sesedih macam ni tau.. Ini lebih dahsyat dari putus cinta. maaflah kalau ada yang perasan sesuatu. Takde apa pun.
Apa-apa pun Quran dan SOLAT adalah ubat terbaik untuk segala jenis kesedihan.
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" Al-Baqarah: 45
Kalau tak sedih.. kalau takde ujian.. terlepaslah aku dari merasai betapa nikmat dan ringannya solat.Allah memang sangat MENGETAHUI..