Jumaat, 18 Februari 2011

Mari kita lihat-lihat..

Umar bin Al-Khattab:
Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kamu akan selamat dalam pemeliharaan mereka. Mereka umpama hiasan di waktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. Jauhilah musuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yang amanah sahaja, iaitu sahabat yang hanya takut pada Allah. Janganlah kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kejahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya. Mintalah pendangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusan kamu.

Yahya bin Muaz,
Seburuk-buruk sahabat ialah sahabat yang kamu perlu berkata padanya: Ingatlah aku dalam doa kamu dan kamu perlu bersamanya dalam keadaan sentiasa menutup keburukannya [kerana mengambil hatinya] atau kamu sentiasa perlu meminta maaf daripadanya.

Ibnu Mubarak berkata:
Orang mukmin sentiasa mencari kesalahan sahabatnya untuk memaafkannya, tetapi orang munafik akan mencari kesalahan orang lain untuk menyalahkannya.

Al-Fudhail berkata:
Kemuliaan itu ia memaafkan kesalahan sahabat-sahabatnya.

Jaafar bin Muhammad:
Sahabat yang paling berat keatasku ialah yang selalu membebankanku dan aku pula senstiasa berjaga-jaga [tidak dapat bergerak bebas] dalam setiap gerak geriku bersamanya. Manakala sahabat paling ringan ialah apabila aku bersamanya, aku merasakan keadaan seperti aku bersendirian.

Muhammad bin al-Hanafiyah:
Seseorang itu tidak dianggap bijaksana selagi mana dia tidak memperelokkan pergaulannya dengan orang yang dia terpaksa gaulinya [kerana dia sangat membenci kejahatannya] sehinggalah Allah memberikannya jalan keluar untuknya.

Tiada ulasan:

Entri terkenal