Selepas mendengar penerangan sebenar kejadian di Iraq. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran penulis adalah: “aku ada rakan sekelas berasal dari Iraq!”.
Tidak pernah pula penulis tahu apakah cerita sebenar dia mendiami Malaysia sekian lama. Sejarah dan latar belakang kedatangannya ke Malaysia tidak pernah aku korek. Walaupun rasa ingin tahu sangat bergejolak.
Negara tidak aman, berhijrah, belajar dalam suasana dan budaya yang sangat berbeza. Alangkah bertuahnya dia jika dia berjaya mengharung ujian Allah itu dengan jaya.
Ujian dan tekanan hidup [dalam penilaian dunia] sangat mencabar setiap insan untuk menjadi lebih beriman atau sebaliknya.
Bayangkan jika negara kita yang di BOM seperti Iraq. Kuatkah kita mengharungi suasana perang seperti itu? Berdayakah kita belajar bersungguh-sungguh dalam keadaan negara kita di BOM, di BEDIL. Kita tertipu dengan amannya negara Malaysia tercinta ini.
Keamanan negara kita telah menyuburkan sikap bermalas-malas. Budaya bermalas-malas termasuklah menonton filem dan cerita-cerita, bergurau senda, bercuti dan berhibur sentiasa.
Adakah kita mahu menunggu suatu saat dimana kita terpaksa berjalan sambil menyorok disebalik pokok untuk menuju ketempat kerja dan belajar? Barulah mahu belajar bersungguh-sungguh? Atau menunggu masa BOM berguguran di perudaraan Malaysia; barulah kita berbondong-bondong menuntut ilmu mentauhidkan Allah?
Adakah kita mahu tunggu suatu masa dimana menyebut nama Allah akan menyebabkan kita dibunuh, dipijak, ditembak.. Bila kita mahu mengamalkan Islam sebenar? Adakah ketika itu barulah kita berusaha meninggalkan segala cara hidup bermalas??
Dengan keadaan ummat Islam di tempat lain seluruh dunia di BOM; anda fikir ummat Islam di Malaysia akan dibiarkan hidup aman tenteram? Andai kita berfikir begitu, maka kita hanya menunggu giliran untuk di BOM. Cukupkah dengan hanya diri kita menghayati Islam? Keluarga kita solat berjamaah dimasjid? CUKUPKAH? Mampukah keadaan sekarang menjamin kita TIDAK AKAN DIBOM oleh orang-orang kafir.. dan mampukah kita merasai Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam.. Jika kita hanya tahu bermalas-malas dan mengejar kejayaan sekadar di dunia??
Tunggu apa lagi wahai pemuda-pemuda Islam?! Ayuh berusaha membudayakan Islam dari sekarang.
Jumaat, 4 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Masuk dan duduk. Majlis dibuka. Pujian pada Allah menjadi pembuka kata. Tazkirah hari ini: berlapang dada. Serius. Tak faham. Berlap...
-
Assalamualaykum warahmatullah, Siapa boleh tahan dari buang air selama berjam-jam?? tidak kesah lah kecil atau besar. eh, apala mutiar...
-
Mata dua . Mulut satu. Telinga dua . Otak pula, sangat besar luas permukaannya . Selepas hidup berpuluh tahun, ...
-
“tengoklah dia itu, begitu dan begini” “Kenapa dia suka buat begitu dan begini?” “Pentingkan diri sendiri. Lansung tak bertimbang rasa denga...
-
Assalamualaikum semua.. ^_^ kalau boleh melompat hingga mencapai awan, mahu sahaja melakukan demikian. Hehe~ bagai orang baru terlepas da...
-
Okaylah, seperti biasa, bila dah cerita-cerita macam gini, kenalah kupas dan garap pengajaranya kan? Takkanlah kita nak biar apa yang berlak...
-
Wanita solihah yang lasak? Lebih selesa ber t-shirt? T-shirt labuh kembali lagi. ingin tahu lebih lanjut. Sila berhubung dengan KHADIJAH WH....
-
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati manusia. Tiada manusia yang sempat lari dari-Nya walaupun sesaat cuma. Bila ...
-
Assalamualaikum.. Wah kecilnya dunia.. Balik-balik jumpa orang sama jugak.. Hehe~ semacam jemu jumpa orang sama pula kan? Dunia yang kecil...
-
Kali ini, penulis mahu berkongsi sesuatu yang berbeza sikit dari selalu. Penulis mahu berkongsi mengenai Profesional Farmasi. Bercerita da...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan