Sob-sob.
Ketibaan 1 syawal menandakan Ramadhan sudah berlalu.
Sob-sob.
Sudahkah aku menggunakan peluang madrasah lepas sebaiknya?
Sob-sob.
Layakkah untuk aku begitu gembira sedang ada insan-insan di negara lain yang masih dalam suasana perang dan kebuluran?..
Allahu akbar walillahi al-hamd.
Senyum lebar sampai telinga.
Terima kasih ya Allah !
Walaupun aku bukanlah manusia hebat seperti hambaMu di Palestin.
Engkau tetap berikan aku nikmat berharga.
Iman dan Islam.
Masyarakat dan saudara seislam.
Itu semua nikmat.
dan khusus nikmat paling besar yang mahu di sebut-sebut kali ini adalah..
MADRASAH RAMADHAN.
Allahu akbar walillahi al-hamd.
Ayuh ummat Islam.
Kita mensyukuri nikmat ini dengan memenuhkan malam hari raya kali ini dengan takbir dan aktiviti-aktiviti yang mengingati Allah. Atau aktiviti-aktiviti yang menunjukkan betapa bersyukurnya kita pada Allah.
Alhamdulillah.
Mari kita bersolat sunat tasbih. Paling kurang setahun sekali. Solatlah. Pasti ada kemanisan di sana. Insya Allah.
Min al-'aidin wal faizin.
Isnin, 29 Ogos 2011
Sabtu, 27 Ogos 2011
Hehe
Hmm..
Mari melompat.
Kemudian tunduk.
Dan kemudian lompat semula.
ok.
dah penat ke?
ha tunduk sikit.
ok, lompat balik. lompat la tinggi sikit.
Ha amacam?
Sudah segarkah?
Selamat menyempurnakan ibadah puasa ye. Lompat betul-betul.. sampai dapat mencapai awan yang cantik dan indah itu. Subhanallah dan alhamdulillah.

Kategori
Asam Garam Hidup,
Kena jugak ambil tahu
Rabu, 24 Ogos 2011
entah...
benda Allah suka,
Suruh, buat.
Tak suruh tak buat.
Tapi
Benda Allah tidak suka,
Tak suruh pun buat.
Suruh..? hmm lagi lah..
Bila azan..
Banyak kerja tengah buat ni,
kejap lagi berhentilah..
Eh takpe.. Allah tak membebankan hambaNya.
Tapi,
kalau seseorang yang sangat dihormati datang rumah kita..
Kita boleh pula berhenti dari kerja apa-apa pun..
Semata-mata untuk memuliakan tetamu.
bilakah kita mahu menyintai Allah dengan sebenar-benarnya?

Isnin, 22 Ogos 2011
Susah!
Assalamualaikum hamba Allah sekalian. Semoga sentiasa berbahagia dengan nikmat dan musibah.
17, 22, 32, 40
Apakah maksud nombor misteri di atas?..
Baiklah, berteka-teki banyak pun tiada orang yang dapat membaca fikiran penulis kecuali Allah. Nombor tersebut adalah ayat-ayat dalam surah Al-Qamar. Mahu tahu apakah isikandungan ayat tersebut, maka dipersilakan dengan segala hormatnya untuk membuka dan mengadap Quran sekarang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sudah semak? Hmm tahu sudah, tidak akan semak punya..
Inilah ayatnya:
Setelah melalu ramadhan yang hampir sebulan ini, sudah ketemukah kita dengan ayat ini? Jika sudah.. Bilanglah berapa kali sudah kita ulang dan baca ayat ini.
Tapi sedarkah kita apa pengertiannya??
Berapa tahun juga kita menyatakan [lebih kurangla, tidaklah semua orang menggunakan ayat sama]:
"Isk, nak buat Islam ni bukan senang. Nak jadi orang baik, ikut semua perintah Allah.. Itu Nabi je boleh buat.."
Tak cukup dengan cakap-cakap yang bermaksud seperti di atas, kadang-kadang kita juga melontarkan:
"Mana boleh ikut semua ajaran Islam, ada yang tidak berapa sesuai untuk dilakukan.. Ikut masa dan tempat juga la.."
"Siapa cakap nak jadi baik itu mudah?.. Susah oo.."
Rasa-rasanya ok kah kita berkata begitu? Selarikah dengan ayat Allah di atas?
Bukankah Allah yang mencipta kita.. Dia Maha Mengetahui segala susah senang kita. Jika benar Al-Quran itu susah difahami, susah di baca, susah diamalkan.. Maka tidak mungkin Allah menyebut ayat ini. Sudahlah menyebutkan.. Mengulang sebanyak 4X dalam surah yang sama pula.
Kan? Tidak pernah terfikir pun sebelum ini. Kita hanya tahu komen, komplen.. Islam itu begitu dan begini.. Sedangkan Islam itu sebuah software yang sangat komprehensif untuk seluruh makhluq Allah.. termasuklah kita sebagai manusia.
Perbuatan merungut dengan ajaran Islam itu seolah-olah perbuatan seorang pelajar yang merungut pada gurunya kerana isi kandungan pelajaran yang diajarkan..
Sedangkan guru itu lebih tahu mengapa ilmu itu perlu diajarkan.. Tahapnya sebagai pelajar menyebabkan dia tidak mampu melihat sudut pandangan seorang guru..
Kita sebagai hamba Allah tidak akan dapat mengetahui dan memahami diri sendiri sebagaimana yang Allah tahu dan faham tentang kita sebagai makhluq ciptaanNya. Jadi, adakah beradab dan patut untuk kita meninggalkan tanggungjawab memahami isikandungan Al-Quran yang telah Allah sediakan untuk kita??..
ok selamat berpuasa dan semoga berjaya kembali pada Allah!

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
"Dan sesungguhnya kami mudahkan Al-quran untuk menjadi pelajaran, adakah yang tidak mahu mengambil pelajaran?"

Ahad, 21 Ogos 2011
Budaya.
Apakah budaya?
Pelbagai penerangan.
Ini bukan penulisan ilmiah.
Hanya berkongsi rasa dan warna [warna?]..
Seseorang sedang bersedih.
Senyum.
Oh bagusnya.
Tabah sekali.
Seseorang sedang bersedih.
Senyum.
Oh peliknya.
Begitu keadaan pun masih boleh tersenyum.
dua persepsi.
manakala persepsi ketiga.
Saya tengah sedih.
jari saya putus.
kawan-kawan sudah bersusah payah membawa saya ke hospital.
Saya rasa terharu.
Maka saya tersenyum.
Budaya bukanlah cara fikir dan persepsi semata-mata.
Ia adalah terjemahan kita terhadap sesuatu. terjemahan itu boleh jadi dalam apa sahaja bentuk fikiran, perkataan dan perbuatan..
Jika kita bersedia untuk sentiasa kembali pada Allah dalam apa jua keadaan, maka itulah sebaiknya.
Kerana semua keadaan yang berlaku tujuaannya satu sahaja, untuk kembali pada Allah.
Walau apa pun latar belakang kita, tujuan kita semua adalah sama. kembali pada Allah. Jadi, perbezaan budaya itu menjadi sesuatu yang sangat menarik untuk dipelajari.. dan oh.. hey sahabat yang selalu berkata: "saya[penulis] sangat berbeza dengan awak". Saya sangat rindukan awak. Jika awak sudah membaca entri ini.. sila berikan pesanan ringkas pada saya. terima kasih.

Sabtu, 20 Ogos 2011
Takut sungguh.
Tazkirah.
Sebuah peringatan.
Kadang-kadang faham.
Kadang-kadang tidak.
Alhamdulillah hati masih menerima ingatan.
Takut sungguh.
Bila hati mula tidak suka..
pada tazkirah dan peringatan.
kerana cara ia di beri..
Bimbang,
Bila hati mula benci dan memberontak..
pada tazkirah dan ingatan ilahi.
melalui peristiwa dan kata-kata hambaNya..
Gerun,
bila hati mula menolak
ingatan berguna setiap hari..
Ya Allah,
Jangan biarkan hati kami,
Menjadi keras dan mati..
Ampunilah dosa kami..
Sungguh amat aku takuti..
menjadi hambaMu yang tidak takut azab dan peringatan Ilahi.

Jumaat, 19 Ogos 2011
ai kay hesh el ay es
Ikhlas.
Adakah perkataan melayu yang dapat menterjemah?
masih tidak dapat dikenalpasti.
Ikhlas.
Tiada siapa mendakwa sesenang kacang panjang yang digoreng.
Ikhlas.
Buat semuanya kerana Allah.
Tapi,
cuba semak dan nilai kembali.
Kenapa berbuat itu dan ini.
Eh, nanti orang cakap apa pulak.
Buat begitu dan begini kerana mahu orang lain berbuat begitu dan begini.
Bila susah sikit sudah putus asa dan kecewa.
Bila dikecam dikeji, terus rasa remuk redam.
Setiap kali berbuat, berharap sanjungan orang.
Setiap kali berbuat, mengharap balasan orang.
Tahu tak,
orang alim dulu..
Siap cakap nak bakar syurga neraka sebab buatkan manusia tidak ikhlas beramal kerana Allah.
kita?
Buat baik sebab nak dapat pahala pun, belum tentu lagi, ada terselit niat begitu dalam hati. kan?
cewah, konon je..
ikhlas, dari mutiara bd.

Khamis, 18 Ogos 2011
Kejujuran tanda keimanan.
Jujur itu bersikap benar.
Bagaimana di hati, begitulah di perbuatan.
Hati suka.
kerana Allah suka.
Tunjuklah suka.
Hati benci.
Kerana Allah benci.
Tunjuklah benci.
Masalahnya.
Hati suka yang Allah benci.
Hati benci yang Allah suka.
Ini bukan masalah kecil.
Ini masalah besar.
Boleh pulak suka yang Allah benci?..
Usah pandang orang lain la.
Ambil mata, fokus pada diri sendiri.
Dan silalah bercakap dengan diri,
Wahai hatiku,
Kenapa susah betul untuk aku cinta apa yang Allah cinta?
Kerana aku tidak pernah kenal pun siapa Allah.
Cinta benda lain senang sangat.
Cinta orang lain senang sangat.
Cinta dunia lagi lah..
Duhai manusia, oh pastilah seruan ini untuk penulis juga kerana penulis juga manusia. Misi kita adalah kembali pada Allah dan mengingatkan orang lain untuk kembali pada Allah.

Rabu, 17 Ogos 2011
Iman naik turun..
Nabi Nuh a.s.
berdakwah 950 tahun.
Nabi Saleh a.s.
Kaumnya sombong.
Siap bunuh lagi unta mukjizat.
Nabi Lut a.s.
Isterinya tidak mahu beriman.
Siap bersekongkol lagi dengan orang kafir.
Nabi Ibrahim a.s.
Ayahnya bukan termasuk senarai pengikut.
Siap jadi tukang buat berhala lagi.
Nabi Zakariya dan Yahya a.s.
Kena gergaji tau..
bukan sahaja ummat tidak mahu menyahut seruan.
Nabi Yunus a.s.
Kena duduk dalam perut ikan nun.
Sampai penat dan kebulur.
Nabi Muhammad s.a.w
Bapa saudara yang paling dikasihi baginda,
tidak beriman pun akhirnya.
Kena lempar batu di taif..
Kena kutuk dengan syair macam-macam jenis.
Kena boikot sampai kebuluran..
Kena halau dari negara tanah air tercinta..
Tapi mereka semua tidak pernah putus asa dan berhati tetap.
Mutiara bd,
Baru kena kutuk sikit,
baru kena tegur sikit..
dah tak nak buat kerja dakwah?...
menangis sampai banjir tu biasa la [banjir? nampak sangat la bohongkan]
tapi janganla sampai nak bersara dari kerja-kerja mulia pula.
Sila siasat dan muhasabah kembali niat kamu.
Macam mana nak jadi murobbi ni..

Selasa, 16 Ogos 2011
Pakailah baju yang betul.
Lahir.
Tidak mengenal solat.
Belajar.
Lihat.
Tiru.
Akhirnya..
Oh? Solat itu wajib!.
Solat. solat. solat
dan terus solat.
pada suatu hari.
Solat?
Aduh, berat.
Solat pun berat?
paling banyak hanya 4 rakaat.
[yang wajiblah].
Yang sunat beratus rakaat boleh buat.
Kenapa berat?..
Berselirat.
Memikirkan sebab.
Rupanya baju yang dipakai bukanlah iman.
Tapi, riya', ujub, takabbur dan nifaq..
Patutlah.
nota kaki:
riya: melakukan sesuatu untuk menunjuk.
ujub: merasakan dalam hati bahawa kita sangat bagus bila melakukan sesuatu.
takabbur: perasan bagus dari orang kerana melakukan sesuatu.
nifaq: perbuatan tidak selari dengan apa yang ada dihati. [perbuatan nampak baik dan beriman, tapi hati sebenarnya memberontak dan tidak suka akan perbuatan tersebut].
Jadi sebelum tidur, tolong tengok solat diri sendiri hari ini macam mana sebenarnya.
Supaya..
Ikhlas.
Maka solat..
menjadi tempat rehat.
oh..
maka solat..
membuatkan kita nikmat.
hanya jika kita bersedia untuk meninggalkan segala bentuk cinta selain dari Allah.
Sanggupkah?
Tepuk dada, tanya iman.
Sekian.

Isnin, 15 Ogos 2011
Cicah biskut muhasabah dalam air tazkirah
Assalamualaikum semua.. ^_^ kalau boleh melompat hingga mencapai awan, mahu sahaja melakukan demikian.
Hehe~ bagai orang baru terlepas dari belenggu sahaja kan?
Memang.
Hari ini mahu menghidangkan tazkirah yang lebih santai setelah memberi tazkirah yang macam serius dan kononnya 'berat' dalam entri semalam.
Minimakan bahasa bombastik,
Juga perkataan-perkataan pelik dan luarbiasa,
Untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
ok, dengan perkataan yang lebih biasa sikit, hamba Allah.
kan?..
Tidak perlu menunggu orang salah untuk memberi peringatan,
Apatah perasan baik dan seolah-olah tidak pernah melakukan salah
Untuk melakukan kerja amar ma'ruf nahi mungkar.
kan?..
nota tangan: [perasan baik ini sampai bila-bila pun tidak boleh ada ye, kalau ada, minta ampun dari Allah sekarang juga. penulis tidak bertanggungjawab atas perasaan itu]..
Tahu tak..
Untuk menjadi baik, kita menambah pelbagai usaha dan cara.
Untuk membaik, lebih-lebih lagi perlu menambah usaha dan cara.
Sebenarnya..
untuk jadi jahat pun perlu menambah usaha dan cara.
Untuk menjahat, lebih-lebih lagi memerlukan pelbagai helah dan cara.
Maka..
Pilihan untuk menjadi baik dan membaik adalah lebih untung dari menjadi jahat dan menjahat [mengajak orang lain menjadi jahat].
Mengapa?..
kerana pasti dan sudah dijamin, bahawa Allah cintakan orang yang baik, mengajak orang lain berbuat baik serta mencegah orang lain berbuat maksiat dan dosa.
Ha.. poin yang sangat penting iaitu: [perlu di ulangi supaya kita sedar]
Disamping berbuat baik, mengajak orang jadi baik. Mestilah mencegah perkara jahat.. tidak cukup dengan meninggalkan perkara jahat itu..
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Ali-imran: 104
Hmm..
Selagi tujuan kerja menyeru manusia [kepada Allah] tidak tercapai.. Tiada alasan untuk kita mengatakan:
"eh orang tertentu sudah buat, saya tidak layaklah.."
Senang sahaja.. penerangannya.
Jika ada orang menyatakan, "eh ayat ini sebut hendaklah 'sebahagian' sahaja..[untuk berdakwah]"
Maka jawapannya:
Jawapan diatas adalah jawapan 'simple' seperti buah epal sahaja. Ada jawapan lebih baik dari orang yang lebih mahir. Sengaja penulis tidak mahu menuliskan di sini.
Jika benar mahu memahami isi Al-Quran, nah inilah peluang dan masanya.
Jumpa lagi esok.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Hmm..
Selagi tujuan kerja menyeru manusia [kepada Allah] tidak tercapai.. Tiada alasan untuk kita mengatakan:
"eh orang tertentu sudah buat, saya tidak layaklah.."
Senang sahaja.. penerangannya.
Jika ada orang menyatakan, "eh ayat ini sebut hendaklah 'sebahagian' sahaja..[untuk berdakwah]"
Maka jawapannya:
- Adakah kita sudah memahami seluruh isi al-Quran? dan kita pasti kita tidak silap faham? [dengan menyatakan seperti di atas]..
- Telah dijelaskan orang yang memikulkan tanggungjawab ini, akan menjadi orang berjaya. Adakah kita mahu jadi orang yang tidak berjaya? kerana kita tidak mahu menjadi yang 'sebahagian' itu?
- Cuba bayangkan, seseorang yang dekat dirinya dengan kita sedang melakukan sesuatu kerja yang berat lagi susah.. Dan dia masih tidak dapat mencapai matlamat kerjanya.. kecuali dengan pertolongan dan kebersamaan kita. Adakah kita mahu membiarkan dia melakukan kerjanya dan kita melihat sahaja?..
Jawapan diatas adalah jawapan 'simple' seperti buah epal sahaja. Ada jawapan lebih baik dari orang yang lebih mahir. Sengaja penulis tidak mahu menuliskan di sini.
Jika benar mahu memahami isi Al-Quran, nah inilah peluang dan masanya.
Jumpa lagi esok.
Kategori
Al-Quran ikutan kami,
Asam Garam Hidup
Ahad, 14 Ogos 2011
Menunggang ombak budaya
Assalamualaikum,
Sihat atau tidak, kerja dan urusan kehidupan perlu diteruskan. Jika sihat, maka caranya adalah dengan cara sihat, jika sakit maka dengan cara sakit.
Kita hanya boleh berusaha untuk menjadi orang sihat, hasilnya menjadi sihat atau sakit, maka itu adalah hadiah dari Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Pencipta. Bagaimana mahu memahami dan beriman Allah sebagai Maha Pencipta..
Subhanallah kagumnya dengan ciptaan Allah.. kehebatan dan keunikan segala ciptaanNya. Ya, kita cenderung untuk mengingati Allah Maha Pencipta setelah kita melihat sesuatu peristiwa pelik, benda pelik atau apa-apa sahaja yang luar dari kebiasaan pada pandangan kita.
Kita selalu "take for granted" perkara biasa.. Sebenarnya luarbiasa. Kerana yang luarbiasa itu biasa, maka kita tidak begitu memberi perhatian kepadanya dan tidak begitu menghargai bahawa ia adalah 'alat' untuk mengembalikan kita kepada si Dia Yang Maha Pencipta.
Apakah perkara luarbiasa yang kita pandang biasa itu?..
Itulah: Manusia dari pelbagai latar belakang, personaliti dan cara boleh duduk bersama untuk mencapai matlamat yang sama.
Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang luarbiasa.
Mampukah kita menerima nasihat dari seseorang yang tidak dikenali latar belakangnya?
atau
mampukah kita berlapang dada dengan orang yang kita tahu, dia adalah orang yang sangat berbeza cara fikir dan tindakannya?..
atau
mampukah kita bersangka baik pada saudara kita ketika perbuatannya seolah-olah 'fitnah' pada pandangan kita?
Siapakah yang mencipta manusia itu berbeza latar belakangnya, hingga tidak terfikir dek aqal kita?..
Siapakah yang mencipta manusia itu bersikap dengan sikap yang sangat menguji iman kita?
Siapakah yang mencipta manusia itu berpewatakkan pelik pada padangan kita?
Mudah kita menjawab Allahlah Yang Maha Pencipta.
Apakah kesan kita beriman Allah Maha Pencipta dalam pergaulan kita dengan manusia?
Kita akan berlapang dada dengan sifat dan sikap manusia yang sangat BERBEZA dan mungkin sentiasa menuntut kesabaran kita. Kerana kita tahu, Allah Yang Maha Pencipta lah yang mencipta dia dan kita.
Tidak susah untuk kita bersangka baik dengan segala tindak tanduk manusia lain.. kerana Allah Maha Pencipta. Allah boleh mencipta apa jenis peribadi dan perwatakan untuk menguji benarkah kita beriman padaNya.
Allah bukan sahaja Maha Pencipta, tetapi Dia juga Maha tahu.
Cukup dengan keimanan ini [mempercayai Allah Maha Tahu] untuk menjadi manusia IKHLAS. Apa itu ikhlas? Dalam bahasa mudahnya, tiada apa yang berlaku diatas dunia ini akan mempengaruhi perbuatannya kecuali Allah.
Maka persoalannya senangkah untuk menjadi sedemikian?? Menjadi ikhlas dalam beriman bahawa Allah Maha Pencipta dan Maha Tahu.
Ikhlas agar tidak terpengaruh dengan pujian orang. Ikhlas agar beramal soleh bukan untuk menjaga reputasi. Ikhlas agar tidak kisah dengan kecaman dan kutukan orang pada kelemahan kita. Ikhlas agar kita sentiasa senang dengan 'kesusahan dunia'...
Maka kawan-kawan sekalian,
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّـهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّـهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ
Ar-rad: 11
Jika Allah Mahu, boleh sahaja Allah jadikan kita semua beriman dan tidak berbeza.. Agar kerja-kerja kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah menjadi mudah dan tidak perlu bersusah payah.
Tapi, Allah Maha Tahu dan Maha Pencipta.
Dialah Yang Menciptakan kita berbeza agar kita sama-sama berkenalan, memahami dan saling melengkapi. [sedarkah? ini adalah rukun usrah].
Ayuh kita hayati ayat Allah ini:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Surah Hujurat: 13
Kita memang sengaja diciptakan Allah berbeza, agar kita berkenalan, memahami dan saling melengkapi [siaran ulangan] dan yang lebih penting adalah, SUPAYA KITA BERIMAN!..
Huhu~ subhanallah.. dan masya Allah.
Betapa ayat Quran ini menjadi petunjuk, tapi kita yang selalu mengabaikannya.
Sebagai penutup, terima kasih Allah kerana mempertemukan kita untuk beriman padaNya.
Dan terima kasih pada manusia yang memberi peringatan, kerana Allah memerintahkan manusia supaya bersyukur dengan nikmatNya yang diberi melalui manusia.

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari
sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),
maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang
ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripadaNya.
Jika Allah Mahu, boleh sahaja Allah jadikan kita semua beriman dan tidak berbeza.. Agar kerja-kerja kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah menjadi mudah dan tidak perlu bersusah payah.
Tapi, Allah Maha Tahu dan Maha Pencipta.
Dialah Yang Menciptakan kita berbeza agar kita sama-sama berkenalan, memahami dan saling melengkapi. [sedarkah? ini adalah rukun usrah].
Ayuh kita hayati ayat Allah ini:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Surah Hujurat: 13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara
satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Kita memang sengaja diciptakan Allah berbeza, agar kita berkenalan, memahami dan saling melengkapi [siaran ulangan] dan yang lebih penting adalah, SUPAYA KITA BERIMAN!..
Huhu~ subhanallah.. dan masya Allah.
Betapa ayat Quran ini menjadi petunjuk, tapi kita yang selalu mengabaikannya.
Sebagai penutup, terima kasih Allah kerana mempertemukan kita untuk beriman padaNya.
Dan terima kasih pada manusia yang memberi peringatan, kerana Allah memerintahkan manusia supaya bersyukur dengan nikmatNya yang diberi melalui manusia.
Sabtu, 13 Ogos 2011
Ikut perasan sangat
Assalamualaikum,
Hari ini sukacita penulis mahu membuat pengumuman. Tulisan hari ini adalah tulisan mengikut perasaan. Perasaan yang masih dikawal dengan akal dan ilmu. Insya Allah. [harap-haraplah].
Tulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus.
Kerana ia adalah:
untuk orang yang mahu memahami Islam,
untuk orang yang mahu membaiki diri,
untuk orang yang masih merasakan kebimbangan kerana tiada rasa cinta pada Allah,
untuk orang yang masih mencari cahaya dan sinar hidayahNya,
dan untuk orang yang sanggup merendahkan ego kesombongannya.
Kawan-kawan,
Di bulan Ramadhan yang indah ini..
Rajin sekali kita membaca Al-Quran.
Tapi berapa ayat sahaja yang kita faham?
Faham itu cukupkah dengan mengetahui maksud setiap baris ayat..
Adakah dengan gelaran hafiz hafizah itu sudah cukup menjaga iman kita?..
Atau kita menjadi lebih riya', ujub dan takabbur?..
Ataukah cukup dengan bangganya kita kerana berjaya menghafal surah-surah tertentu dalam Al-Quran?
Adakah dengan lancarnya bacaan Quran itu, kita sudah menjalankan tanggungjawab sebagai daei? Apakah cukup dengan lekatnya hafalan kita itu [walaupun sedikit] menunjukkan mulianya kita disisi Allah?
Astaghfirullah.
Aku tidak berniat membasuh sesiapa. Ku tulis tulisan ini untuk membawa diri dan manusia kepada Allah. Manusia sombong dan takabbur tidak akan dapat menerima hakikat mereka perlukan manusia lain untuk diingatkan.
Wahai manusia, dan aku juga manusia.
Adakah dengan asal kamu dari universiti dan sekolah agama itu menunjukkan kamu lebih baik dari orang lain?
"oh, sejahat-jahat manusia di universiti A adalah sebaik-baik manusia di universiti lain.."
Baik sangat kah kita dengan sehingga sanggup melabel orang lain sewenang-wenangnya?..
Seterusnya,
Adakah kamu fikir dengan hidup kamu yang dirasakan bahagia dan selesa itu menunjukkan Allah memuliakan kamu?
atau
dengan kesusahan dan penghinaan itu menunjukkan Allah menghinakan kamu?..
Kawan-kawanku,
Jauhnya Allah dari hidup kita.
Mengapa?
Kerana, kita sangat lemah dan berat untuk memaafkan kesalahan orang yang kita anggap besar.
Kerana kita sentiasa cintakan perhatian dan penghormatan manusia.
Kerana kita begitu sedih dengan kebencian manusia jahil terhadap kita.
Kerana kita begitu susah hati dengan kekurangan kita..
Ya.. sungguh..
Allah sebenarnya dekat.
Tapi kita yang menjauhkan diri dari Allah.
Setiap hari kita sibuk dengan urusan-urusan yang tidak menambahkan iman.
Setiap hari kita sibuk dengan urusan mencari rezeki untuk mengenyangkan perut..
Setiap hari kita sibuk dengan urusan untuk mendamaikan hati yang terlalu cinta pada dunia..
Solat?
Entah bila solat itu benar-benar berfungsi.
Kata Allah "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar".
Tapi setiap hari berapa banyak perkara keji dan mungkar yang kita buat?
Mataku, melihat sejauh-jauhnya..
Mulutku, berkata sewenang-wenangnya.
Tanganku, memegang dan mengambil segalanya,
Kakiku, berjalan sesuka hati kemana sahaja,
Perutku, isi dengan segala nya hingga boyot.
Fikiranku, setiap hari hanya memikirkan bagaimana mahu menjadi manusia dihormati dan disegani manusia..
Astaghfirullah..
Cuainya aku akan tujuan hidupku.
Betapa SUSAH dan BERATNYA untuk aku menjadi manusia taat padaMu.
Sedangkan aku bukan tidak tahu Engkau Yang Menciptaku..
Bukan aku tidak tahu balasan orang berdosa adalah Neraka dan kemurkaanMu..
Ya Allah,
degilnya diri aku,
Sombongnya hatiku,
betapa sukarnya aku menerima petunjukMu..
Betapa aku memandang rendah setiap perintah dan laranganMu..
Kawan-kawan..
Sudah panjang penulis meluahkan perasaan..
Marilah kita usahakan Ramadhan kali ini benar-benar menjadikan kita manusia berubah.
Berubah menjadi lebih taat dan lebih rindu padaNya.
Lebih tawadhu dan merendah diri kepadaNya.
Bukan lebih merendah diri pada manusia kerana kehebatan mereka.

Jumaat, 12 Ogos 2011
Pernah tak
Assalamualaikum..
Wah kecilnya dunia.. Balik-balik jumpa orang sama jugak.. Hehe~ semacam jemu jumpa orang sama pula kan? Dunia yang kecil atau saya yang tidak merantau dan mencari lebih pengalaman.. *dush sekali di atas dahi.
Pernah tak jumpa orang yang sahaja buatkan kita naik darah? atau
Secara tidak sengaja orang telah membuat sesuatu yang kita PANTANG sekali dibuat...
Ha, pasti pernah punya kan?.. Bukannya tidak pernah. Jika tidak pernah, mungkin anda bukanlah hidup dengan manusia kot.
Hari ini penulis mahu berkongsi kisah Rasulullah s.a.w di kutuk dan dikeji oleh para pemuka Quraisy termasuklah Abu Jahal dan manusia ingkar yang seangkatan dengannya.
Pada suatu hari, semasa pembesar-pembesar Quraisy berkumpul dan mengutuk Rasulullah s.a.w dengan khusyuk di satu kawasan di berhampiran Ka'abah, tiba-tiba Rasulullah muncul melalui mereka untuk melakukan ibadah yang selalu Rasulullah buatlah.. tawaf dan sebagainya.
Serta merta mereka mengutuk dan mencaci Nabi s.a.w dengan perkataan yang sangat menyakitkan. Begitu sekali mereka menghina Nabi s.a.w. Baginda hanya berdiam diri dan meneruskan urusan baginda. Apabila Rasulullah melalui mereka lagi, mereka mengulang caci maki mereka kepada Nabi s.a.w. Perkara ini berlaku sebanyak 3 kali, setiap kali Raslulullah melewati mereka.
Kali ke-3, Rasulullah berkata "Hai orang-orang Quraisy, demi Zat yang jiwaku berada ditanganNya, apakah kalian tidak mendengar bahawa aku datang kepada kalian dengan membawa kebinasaan"
Ucapan ini membekas dalam diri mereka sehingga ada di kalangan mereka yang terpaku terkejut, dan ada yang meminta maaf.
Lihat..
manusia yang mahu mencari pasal dengan kita memang banyak dan ramai.
dan lihatlah,
Sabarnya Rasulullah tidak membalas perbuatan orang-orang kafir Quraisy itu.
Manusia jahil yang menguji kesabaran kita ada di mana-mana. Tidak semestinya mereka itu kafir dan musyrik. Boleh jadi juga orang yang telah mengaku beriman dan percaya pada hari akhirat..
Kejahilan dan kesombongan mereka menyebabkan mereka bersikap demikian. Jadi, berbaloikah jika kita marahkan mereka?.. Sedang mereka tidak tahu dan tidak dapat melihat kebenaran yang sedang kita bawa?.. Sedang kita tidak berusaha menerangkan dengan baik apakah mesej kita sebenarnya..
kawan-kawan,
Setelah membaca kisah ini.. Terfikirlah penulis.. Mengapa selama ini aku mendengar kisah Nabi Muhammad s.a.w.. Betapa sifat sabar Rasulullah sungguh INFINITI.. tetapi tidak pernah terfikir untuk aku gunakan pengajaran kisah Rasulullah ia dalam kehidupan.
Sedangkan, semenjak sekecil darjah 3 aku diberitahu.. Nabi Muhammad itu contoh kita. Nabi Muhammad itu berakhlaq dengan akhlaq Quran..
Ya Allah,
Engkau memberi hidayah kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau jugalah yang menyesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki.
Wahai manusia yang mengaku menghafaz Al-Quran, benarkah kita memelihara ayat dan isi kandungannya?
Atau kita hanya mengulang di lidah..
dan tidak pernah terfikir untuk memahami isi kandungannya??
ok, mood sudah jadi macam bihun hangit.

Khamis, 11 Ogos 2011
Buatlah...
Subhanallah..
terpesona saya dengan tulisannya.
Masya Allah..
Hebat dan mantap kata-katanya.
Astaghfirullah..
Akhlaq dan perbuatannya.
Hakikatnya,
Tiada manusia sempurna.
Alhamdulillah,
Hanya Allah yang penuh dengan kesempurnaan.
Tetapi Allah berpesan pada kita sebagai hambaNya..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ . كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّـهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Saff: 2&3
Kita selalu mengecualikan diri dan merasakan kita adalah kes-kes tertentu.. kita tidak termasuk golongan yang Allah berikan peringatan itu kerana kita adalah kes-kes tertentu.
Sedarkah?
Sebenarnya kita sedang menjauhi hidayah Allah.. atau lebih sampai hatinya adalah kita sedang menolak hidayah Allah, kerana kita mengecualikan diri dari peringatan Allah, sedang Al-Quran itu adalah untuk semua manusia. Dan bukankah kita manusia?
Jadi, peringatan ini adalah untuk diri yang tidak mengecualikan dirinya dalam proses memberi peringatan dan berdakwah.

Rabu, 10 Ogos 2011
Kita hanya nampak kesalahan orang
Pada suatu hari...
Lebih kurang 50 tahun lepas.
Seorang ibu telah meninggalkan 5 orang anaknya yang berumur lebih kurang 10 tahun hingga 8 bulan ketika suaminya keluar mencari nafkah dan berkhidmat untuk negara..
Selepas 50 tahun,
Mengapakah ibu melakukan demikian? Kerana ibu mahu melakukan kehendak hati ibu wahai anakku..
Kemudian si ibu yang sudah tua tersebut mendengar kisah Nabi Yusuf dan saudaranya..
Digambarkan kedengkian saudara-saudara Nabi Yusuf a.s sehingga membuang Nabi Yusuf kedalam telaga dan akhirnya Nabi Yusuf a.s memaafkan begitu sahaja kesalahan 10 orang saudaranya itu setelah baginda menjadi pemerintah Mesir.. Sedang, saudaranya ketika itu dalam kesusahan kerana tiada bekalan makanan akibat musim kemarau berpanjangan.
ok.. tidak tahu kisah Nabi Yusuf a.s ? Sila buka Surah Yusuf dalam Al-Quran sekarang dan baca.
Tiba-tiba si ibu membuat satu kenyataan yang menyentakkan hati penulis:
"Boleh ye adik beradik berbuat begitu pada adik beradik mereka??, hanya kerana dengki akan wajah kacak Nabi Yusuf a.s ?"
huhu~
Apakah itu tidak sama kekejaman seorang ibu meninggalkan anak-anak hanya kerana kehendak hati yang ingin bebas, ketika anak-anak itu sangat memerlukan perhatian seorang ibu? [rasa macam lebih dahsyat kot].
Mudahnya kita melihat kesalahan orang. Akan tetapi susahnya kita melihat salah sendiri.
Betapa besar pengajaran dalam kisah Nabi Yusuf a.s itu adalah sifat PEMAAF yang ada pada seorang lelaki soleh bernama Yusuf a.s.. tapi yang di lihat adalah kejahatan dan kedengkian saudara Nabi Yusuf a.s.. Walhal mereka telah menyesal dan memohon ampun dari Allah..
Kawan-kawan, semua kisah di atas adalah kisah benar. baik cerita Nabi Yusuf a.s mahupun cerita ibu tua tersebut..
Marilah kita mengambil pengajaran dari segala pengalaman hidup ini. Jadikanlah semuanya sebagai peluang untuk memahami ajaran Islam. Untuk mencari keredhaan Allah.. Bukannya menjadikan kita lebih jauh dari Allah.

Selasa, 9 Ogos 2011
Sesungguhnya...
Assalamualaikum,
"sesungguhnya orang yang tidak mahu menerima hidayah Allah adalah seperti orang buta, pekak dan tuli".
Masih mahu mendengar kisah penulis bersama nenek?
Nenek, jika nenek menyatakan hasrat nenek di masa muda adalah untuk mempunyai suami dan anak-anak, mengapa nenek tinggalkan mereka suatu masa dahulu?
Itulah, dahulu nenek tidak ingat mati.. Sekarang sudah mahu mati.. esok lusa nenek akan mati. Nenek ingat, nenek mahu bekerja dan buatlah apa-apa untuk kepuasan diri..
[nenek ini hidup di zaman kahwin paksa menjadi kebiasaan].
huhu~ alhamdulillah dia sedar bahawa dia akan mati.. tapi setelah tua. Setelah berumur 70 tahun.
Adakah kita sebagai orang muda pun akan berbuat sesuka hati mengikut kehendak dan tuntutan diri dan hanya mahu mengingati mati setelah berumur 60, 70 tahun??.. Sedangkan kita tidak tahu adakah kita masih hidup dalam saat yang akan datang..
Sedarkah?
Betapa janggalnya kematian itu, hingga kita merasa, orang yang berbicara tentang mati itu sudah membuang tabiat dan "sudah sampai masa"..

Isnin, 8 Ogos 2011
Ada cadangan tak
Jika kita punya peminat yang sangat obses..
dan kita mahu menukarkan obsesnya itu kepada cinta pada Allah.
terimakasih kepada yang sudi menjawab. [macam ada je orang nak jawab] =p

Ahad, 7 Ogos 2011
Mujahadah li nafs.
Assalamualaikum,
Mujahadah li nafs.
Kesungguhan untuk melawan kehendak diri yang tidak berfaedah ke atas iman.
Apakah kehendak diri kita yang tidak berfaedah ke atas iman itu? b.a.n.y.a.k kot.
Akan tetapi hari ini satu sahaja yang mahu dikongsi, iaitu..
Tidak suka melihat keburukan diri sendiri, tetapi membiarkan sahaja diri dengan keburukan itu. dengan alasan, aku sudah b.e.g.i.n.i dan b.e.g.i.t.u, susah untuk aku menukar kebiasaan.. Cakap senang. Nak buat susah oo ~ dan pelbagai lagi alasan yang nampak macam s.a.n.g.a.t "lojik dan berpijak" di alam nyata.
Apakah pegangan dan prinsip diatas itu betul mengikut Al-Quran dan sunnah??
Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat ayat Allah di bawah ini:
Ar-ra'd: 11
Mari kita perhatikan tafsirnya, [ok, cakap orang Islam kan? jangan malas untuk membaca tafsir].
Allah telah menjadikan kita berkuasa untuk memilih. Kekuasaan ini hanya untuk jin dan manusia. Tiada makhluq Allah yang lain punya kuasa ini. Kecilkah kuasa memilih ini? Sehingga kita merasa berhak untuk melakukan apa sahaja atas nama kebebasan hak asasi manusia?
Memilih untuk apakah?
Memilih untuk taat pada Allah, atau sebaliknya.
Atau dengan lebih jelas lagi,
memilih untuk terus hidup dengan keburukan diri kerana diri memang b.e.g.i.t.u [sekali dengar, seolah-olah kita sangat redha dengan ketentuanNya]
atau memilih untuk berubah menjadi lebih baik kerana redhanya kita bahawasanya, keburukan itu adalah "homework" untuk diubah dan dibaiki..
Suka disini untuk penulis tegaskan, betapa terangnya kebenaran hingga sangatlah tidak lojik untuk kita menolak kebenaran dan memilih kebatilan.. Seolah-olah menjadi orang sombong yang memilih untuk melalui jalan simpang siur walaupun sudah ada jalan lurus dan selesa!
Sekian.
Mujahadah li nafs.
Kesungguhan untuk melawan kehendak diri yang tidak berfaedah ke atas iman.
Apakah kehendak diri kita yang tidak berfaedah ke atas iman itu? b.a.n.y.a.k kot.
Akan tetapi hari ini satu sahaja yang mahu dikongsi, iaitu..
Tidak suka melihat keburukan diri sendiri, tetapi membiarkan sahaja diri dengan keburukan itu. dengan alasan, aku sudah b.e.g.i.n.i dan b.e.g.i.t.u, susah untuk aku menukar kebiasaan.. Cakap senang. Nak buat susah oo ~ dan pelbagai lagi alasan yang nampak macam s.a.n.g.a.t "lojik dan berpijak" di alam nyata.
Apakah pegangan dan prinsip diatas itu betul mengikut Al-Quran dan sunnah??
Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat ayat Allah di bawah ini:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّـهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّـهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ
Mari kita perhatikan tafsirnya, [ok, cakap orang Islam kan? jangan malas untuk membaca tafsir].
Bagi tiap-tiap seorang, ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari
sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),
maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang
ditetapkanNya itu,
dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripadaNya.
Allah telah menjadikan kita berkuasa untuk memilih. Kekuasaan ini hanya untuk jin dan manusia. Tiada makhluq Allah yang lain punya kuasa ini. Kecilkah kuasa memilih ini? Sehingga kita merasa berhak untuk melakukan apa sahaja atas nama kebebasan hak asasi manusia?
Memilih untuk apakah?
Memilih untuk taat pada Allah, atau sebaliknya.
Atau dengan lebih jelas lagi,
memilih untuk terus hidup dengan keburukan diri kerana diri memang b.e.g.i.t.u [sekali dengar, seolah-olah kita sangat redha dengan ketentuanNya]
atau memilih untuk berubah menjadi lebih baik kerana redhanya kita bahawasanya, keburukan itu adalah "homework" untuk diubah dan dibaiki..
Suka disini untuk penulis tegaskan, betapa terangnya kebenaran hingga sangatlah tidak lojik untuk kita menolak kebenaran dan memilih kebatilan.. Seolah-olah menjadi orang sombong yang memilih untuk melalui jalan simpang siur walaupun sudah ada jalan lurus dan selesa!
Sekian.
Sabtu, 6 Ogos 2011
Kita hidup untuk mati
Entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ini bertajuk "dunia oh dunia".
Kawan-kawan,
Panjang lagi perbualan penulis bersama nenek tersebut. Tidak tertulis segala kisah dan komennya.
Apa yang mahu dikongsi dengan kawan-kawan semua adalah, betapa kita semua sedarkah sebenarnya hidup ini untuk kembali pada Allah??..
Ya hidup kita ini untuk mati dan bertemu Allah.
Mengingati mati bukanlah tanda-tanda putus cinta.
Mengingati mati juga bukan tanda berputus asa dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita..
Kerana mati bukanlah penamat segala siri cerita hidup kita..
Kerana matilah tujuan hidup kita..
Kerana kematian itu sebahagian dari perjalanan hidup kita..
Kerana dengan kematian itulah kita dapat bertemu Allah.
Bukalah mata hatimu wahai saudara seagamaku..
Sesungguhnya kita pasti akan mati,
Untuk bertemu dan mengadap Tuhan Yang Maha Menyeru.
Sekian, semoga gigih melakukan ibadah puasa dan selamat berbuka.
Kawan-kawan,
Panjang lagi perbualan penulis bersama nenek tersebut. Tidak tertulis segala kisah dan komennya.
Apa yang mahu dikongsi dengan kawan-kawan semua adalah, betapa kita semua sedarkah sebenarnya hidup ini untuk kembali pada Allah??..
Ya hidup kita ini untuk mati dan bertemu Allah.
Hidup kita bukan untuk diri kita,
hidup kita juga bukan untuk orang lain yang kita cintai..
Hidup ini juga bukanlah untuk menjadi orang paling berjasa dan terkenal..
Hidup ini bukan untuk bersenang lenang,
Hidup ini bukan juga untuk menikmati kesedapan makanan,
Hidup ini bukan untuk berbelanja dan menonton wayang...
Hidup ini adalah untuk bertemu Allah.. tunduk dan menyerah pada Allah..
Maka, dengan mengetahui sebab kehidupan ini.. adalah sangat lojik untuk kita merasakan mati itu sebenarnya sangat dekat dengan kita walaupun umur kita masih muda.Mengingati mati bukanlah tanda-tanda putus cinta.
Mengingati mati juga bukan tanda berputus asa dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita..
Kerana mati bukanlah penamat segala siri cerita hidup kita..
Kerana matilah tujuan hidup kita..
Kerana kematian itu sebahagian dari perjalanan hidup kita..
Kerana dengan kematian itulah kita dapat bertemu Allah.
Bukalah mata hatimu wahai saudara seagamaku..
Sesungguhnya kita pasti akan mati,
Untuk bertemu dan mengadap Tuhan Yang Maha Menyeru.
Sekian, semoga gigih melakukan ibadah puasa dan selamat berbuka.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Dunia oh dunia
Selamat pagi.
Sobahal Khayr.
Hari ini penulis mahu berkongsi sebuah cerita.
Pada suatu hari yang tenang. Penulis telah berpeluang untuk berbual dengan seorang nenek..
"Nenek oh nenek, apakah pendapat nenek tentang kehidupan orang muda?" Sebab nenek tersebut sudah berumur 70+ tahun. Mungkin dia mempunyai persepsi yang lain dari biasa sebagai orang yang sudah banyak pengalaman hidup.
Maka nenek tersebut bertanya kembali:
"orang muda macam awakkah [dalam lingkungan 25+] maksudnya? oh masa saya muda-muda macam awakkah maksudnya?"
[maksudnya, nenek tersebut telah menukar soalan penulis kepada, -apakah pendapat nenek tentang kehidupan nenek semasa masih muda- ]
Untuk memudahkan bicara, penulis menjawab "ha'a, lebih kuranglah"..
Maka menjawablah nenek itu dengan panjang lebar.. frasa-frasa ayat itu telah di susun kembali kerana nenek tersebut bercakap dalam loghat kelantan.
Maka penulis pun bertanya lagi:
"Apakah cita-cita itu.. atau cita-cita apakah yang biasanya orang muda kejarkan?"
[hehe, bertanya macamlah penulis ini orang tua juga]..
"Oh boleh aje nak beritahu cita-cita pada orang. Dengan memberitahu cita-cita pada orang lain, mereka akan membantu kita mencapai cita-cita tersebut." Jawab penulis dengan yakin.
"Contohnya orang nak berhenti merokok, adalah sangat patut untuk memberitahu niat dan kemahuannya untuk berhenti merokok, supaya orang lain boleh mengingatkan dia ketika terlupa" tambah penulis.
Maka dia pun berkongsilah cita-citanya.
"Kalau nenek masih muda, maka cita-cita nenek adalah mempunyai suami dan anak-anak" [dia adalah seorang ibu dan isteri yang telah melarikan diri dari suami dan anak-anak ketika masih muda].
"oh maksudnya, cita-cita nenek itu sudah tiada sekarang?" tokok penulis.
"Ha la.. orang muda jauh sikit dengan kematian, macam awak. Nenek ini lebih dekat".. Jawab nenek.
oh.. tiba-tiba penulis susah hati.. Alamak nenek telah mempunyai herotan minda tentang kematian. Mungkinkah orang muda itu jauh dari kematian? Kematian adalah sesuatu yang akan datang tidak kira masa dan tempat.. Apatah lagi umur. Bila-bila masa sahaja maut boleh datang menjemput..
"ooo.. jadi orang muda itu jauh dari kematianlah?" tanya penulis.
"yela" jawab nenek.
"Bukankah orang muda pun ramai mati wahai nenek?".. tanya penulis.
"Ye la, orang muda pun boleh mati bila-bila masa, tapi mereka jauh sikit la kan.. orang tua lebih dekat [dengan kematian]" jawab nenek..
Huhu~ rasa macam mahu menangis.
ok bersambung.
Sobahal Khayr.
Hari ini penulis mahu berkongsi sebuah cerita.
Pada suatu hari yang tenang. Penulis telah berpeluang untuk berbual dengan seorang nenek..
"Nenek oh nenek, apakah pendapat nenek tentang kehidupan orang muda?" Sebab nenek tersebut sudah berumur 70+ tahun. Mungkin dia mempunyai persepsi yang lain dari biasa sebagai orang yang sudah banyak pengalaman hidup.
Maka nenek tersebut bertanya kembali:
"orang muda macam awakkah [dalam lingkungan 25+] maksudnya? oh masa saya muda-muda macam awakkah maksudnya?"
[maksudnya, nenek tersebut telah menukar soalan penulis kepada, -apakah pendapat nenek tentang kehidupan nenek semasa masih muda- ]
Untuk memudahkan bicara, penulis menjawab "ha'a, lebih kuranglah"..
Maka menjawablah nenek itu dengan panjang lebar.. frasa-frasa ayat itu telah di susun kembali kerana nenek tersebut bercakap dalam loghat kelantan.
"Pada pendapat saya, orang muda itu hidup untuk mencapai cita-citanya.. Apa yang dia masih belum perolehi maka bekerjalah untuk mencapai cita-cita itu.."
Maka penulis pun bertanya lagi:
"Apakah cita-cita itu.. atau cita-cita apakah yang biasanya orang muda kejarkan?"
[hehe, bertanya macamlah penulis ini orang tua juga]..
"Oh, cita-cita saya mana boleh diberi tahu.. Ada ke orang beritahu cita-cita dia pada orang lain?"
"Contohnya orang nak berhenti merokok, adalah sangat patut untuk memberitahu niat dan kemahuannya untuk berhenti merokok, supaya orang lain boleh mengingatkan dia ketika terlupa" tambah penulis.
Maka dia pun berkongsilah cita-citanya.
"Kalau nenek masih muda, maka cita-cita nenek adalah mempunyai suami dan anak-anak" [dia adalah seorang ibu dan isteri yang telah melarikan diri dari suami dan anak-anak ketika masih muda].
"Ha'a la.. sekarang sudah tua, apa lagi yang saya mahu?.. Sudah mahu meninggal, hari ini, esok lusa.."
"orang muda dijamin tidak meninggal lagi kah?" tiba-tiba penulis mencelah."Ha la.. orang muda jauh sikit dengan kematian, macam awak. Nenek ini lebih dekat".. Jawab nenek.
oh.. tiba-tiba penulis susah hati.. Alamak nenek telah mempunyai herotan minda tentang kematian. Mungkinkah orang muda itu jauh dari kematian? Kematian adalah sesuatu yang akan datang tidak kira masa dan tempat.. Apatah lagi umur. Bila-bila masa sahaja maut boleh datang menjemput..
"ooo.. jadi orang muda itu jauh dari kematianlah?" tanya penulis.
"yela" jawab nenek.
"Bukankah orang muda pun ramai mati wahai nenek?".. tanya penulis.
"Ye la, orang muda pun boleh mati bila-bila masa, tapi mereka jauh sikit la kan.. orang tua lebih dekat [dengan kematian]" jawab nenek..
Huhu~ rasa macam mahu menangis.
ok bersambung.
Selasa, 2 Ogos 2011
hidup yang -
Assalamualaikum,
Hingga hari ini, masih belum berjaya menjaga masa dengan baik..
Skala penilaian berkata begitu:
kerana masih belum berjaya menyusun masa untuk menjadi sempat menulis artikel-artikel penting. Samada dalam blog sendiri ataupun dalam blog-blog yang telah di amanahkan.
Maka pelajaran penulis pada hari ini adalah:
Masih perlu meningkatkan darjah kesabaran. Sila tenangkan fikiran sebaik sahaja mendapat kerja secara "berdebam-debom"..
Semua kerja itu perlu diselesaikan. Tetapi matlamat melakukan sesuatu kerja bukanlah untuk menyelesaikan tetapi untuk mendapatkan pahala beribadah kepada Allah.
Lebih lama masa yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu kerja, lebih banyak pahala yang boleh dikumpul..
Adakah itu bermaksud TANGGUHkan kerja anda?!
Agar masa melakukan kerja menjadi panjang?..
Dan kemudian saya berjaya mengumpu lebih banya pahala?
itu sudah silap dan menjadi herotan fikiran..
Jika menangguh kerja ia bermaksud memanjangkan tempoh ke minit terakhir anda melakukan kerja. Bukan menggunakan lebih banyak masa untuk melakukan kerja.. [Adakah kenyataan ini mudah difahami]
Dengan kata lain anda menangguhkan kerja itu membuang masa dan membuang masa itu berdosa..
Kesimpulannya, ia cuma suatu pesanan ringkas, jangan terlalu kalut menyelesaikan sesuatu kerja hingga kita merasa begitu 'depress' dan terbeban..
Ok, nasihat ini adalah untuk diri sendiri. Terima kasih kerana memabaca dan jumpa lagi wahai hamba Allah sekalian.
^_________________________________________^
p/s: senyum akan menenangkan jiwa, terima kasih kepada seseorang yang telah mengajar penulis senyum!

Langgan:
Catatan (Atom)
Entri terkenal
-
Hadith Suhaib Ibnu Sinan atau Suhaib Ar-rumi Dari Rasulullah s.a.w bersabda "Adalah seorang raja sebelum daripada kamu Tidak me...
-
KEHILANGAN Hilang sikit-sikit tidaklah terlalu terasa. Tapi bila hilang sekaligus... Perit juga mengubat hiba.. وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِ...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Selamat sejahtera dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa. Zaman sudah berubah bukan? Seperti sudah kurang 'blogg...
-
Melalui hidup yang sebentar di dunia... Menghadapi ujian yang tidaklah sehebat mana.. Buatkan aku terasa begitu rindu.. Pada sahabat-sa...
-
Okaylah sekarang dah nak masuk pada isi yang penulis nak ceritakan pada kawan-kawan. Sebenarnya tak jauh beza sangat dari Insya Allah, Cuma ...
-
“ Macam mana ya saya nak jadi lain dari yang lain? Susah jugak nak buat trademark sendiri nihh.. Fikir punya fikir akhirnya dapat lah satu i...
-
Keempat: Kadang-kadang kita rasa kita sudah berusaha, tapi rupanya tidak kena cara. Sebab itulah kita mesti sentiasa rajin muhasabah dir...
-
Masih kisah Nabi.. Bukan mahu mengulang kisah Nabi yang para pembaca sekalian sudah tahu.. Tapi mahu menyentuh akal, minda dan perasaan ...
-
Assalamualaykum warahmatullah, Lihatlah gejala sosial yang berlaku. Pandanglah kepada remaja dan belia yang ada sekarang. Perhatikanla...