Isnin, 31 Oktober 2011

Setelah bertahun

Mahu tahu sesuatu?

Selepas hampir bertahun berfikir,
Saya telah mengambil keputusan untuk TIDAK MENERIMA.

Maka datanglah dengan apa-apa pun sebab. Tiada yang dapat mengubah keputusan itu kecuali kekuasaan Allah serta ketakutan saya pada-Nya.

Walaupun sebenarnya hati sangat mengharap kita akan bersama.

Kerana sebenarnya, Allah telah menetapkan kita tidak boleh bersama. [mungkin]

Ahad, 30 Oktober 2011

Peringatan

Hidup ini untuk kematian.

Setelah lalai begitu lama.
Allah mengetuk dengan ketukan kuat.
Mujur sedar.

Setelah lalai begitu lama.
Ketukan peringtan datang bertalu-talu.
Kita buat-buat tidak sedar.

Ketukan peringatan itu pelbagai cara.
Nasihat orang lain.
Kutukan musuh dan orang yang membenci.
Ilmu yang difahami.
Kata-kata Allah di dalam Al-Quran.
Pengalaman yang menyakitkan.

Banyak.
tapi kita yang degil dan keras hati ini..
Tetap mahu menunggu peringatan dalam bentuk paling dahsyat..
Untuk kembali kepangkal jalan.

Kenapa??
Bisik dan tanyalah pada hati sendiri.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Bercakap

Setiap perbutan dimulakan dengan niat.
Walau apapun niat kita..
Suatu perbuatan itu kelihatan sama sahaja.

Aku bercakap,
Dia bercakap,
Kamu bercakap,
Semua orang bercakap.

Tapi percakapan manakah yang akan membawa kepada kesudahan yang baik?
Niat akan menentukan.
Ya, kualiti hati akan menentukan kualiti amal.

Teruskan usaha memahami Islam. Walaupun anda rasa, oh, islam aku setakat ini sudah cukup.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Lihatlah bumi dan langit terbentang

Alhamdulillah.
Pagi ini sangat cerah.
Tenang..
Angin sepoi bahasa.
Bilah sinaran mentari menembusi rumah dan bangunan..

ops, rosak sedikit hembus dan tarik nafas kerana bau sampah yang sedang dikutip Majlis Perbandaraan.

Allah masih memberikan nyawa untuk hidup.
Anggota badan untuk bergerak dan berfungsi.
Akal fikiran yang masih waras..
Nikmat mengingatiNya setiap masa..
Semalam sebelum tidur.
Semalam ketika tidur
Pagi ini ketika terjaga dari tidur.
Maha Suci Allah!

Pernahkah kita menikmati hidup ini sebagaimana yang Allah mahu?
Atau kita hanya menikmati hidup ini sebagaimana yang kehendak diri kita mahu?..
Maha Suci Allah.

Sungguh tidak pernah terfikir pun.
Untuk apakah segala nikmat kehidupan ini.
Betapa lalainya aku menjadi makhluq berjalan bergerak di muka bumi milikNya ini..

Dengan segala kehebatan ciptaan Allah ini untuk aku.
Adakah semata-mata untuk aku celik mata, mengagumi segala ciptaanNya,
Menjalankan hidup bahagia bersama keluarga dan rakan sekeliling?
Apakah itu semata-semata?..

Pastilah untuk sesuatu yang lebih penting;

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

 الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلْقِ الرَّحْمَـٰنِ مِن تَفَاوُتٍ ۖ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

 ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

Khamis, 27 Oktober 2011

Sinar matahari selepas hujan lebat

"Barangsiapa yang berjihad dijalan Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang berbuat baik".

Al-Ankabut: 69.

Melihat dunia dari sudut pandangan manusia..

Membuatkan dunia ini segalanya. Harta, kerjaya, keluarga, sanjungan orang sekeliling menjadi neraca penentu kebahagiaan. Dan yang lebih ditakuti kita merasa itulah tanda sayangnya Allah pada kita..

Melihat dunia dari sudut Al-Quran dengan kemampuan manusia..

Akan membuatkan kita sentiasa ingat dunia ini hanyalah alat untuk mencapai kebahagiaan kekal di akhirat. Dunia adalah alat untuk mendapat keredhaan Allah.

Jika kerana urusan dunia dan kenikmatan yang ada didalamnya membuatkan kita lupa MATLAMAT HIDUP kita.. Maka keadaan itu seolah-olah, kita telah mati ditangan sendiri ketika berjuang dimedan perang semasa melawan musuh.

Menggunakan senjata sendiri untuk membunuh diri.. Alangkah dahsyat.

Perumpamaan ini tidak dapat difahami jika kita melihat dunia dari sudut padangan manusia semata-mata. Sudut pandangan kita yang sangat lemah dan tidak mampu ini..

Hanya dengan suluhan Al-Quran, petunjuk Tuhan, Allah Tuhan sekalian alam, kita dapat memahami dan mengetahui rupanya dunia ini hanyalah ALAT untuk MENCAPAI MATLAMAT yang lebih besar.

Apakah matlamat itu??

Selasa, 25 Oktober 2011

Perbandingan

Matlamat.
Melangkah.
Halangan.
Ujian.
Kegembiraan.
Ubat bius.
Terus.

Tinggi
Rendah.
Terus.

Cercaan.
Perlian.
Tuduhan.
Terus.

Pujian.
Penghormatan.
Penipuan.
Terus.

Terpesong.
Patah balik.
Teruskan.

Allah.. matlamat itu sungguh agung. Tapi.. Akulah manusia yang sentiasa terpesong dan tertipu sepanjang jalan menuju matlamat.

"Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil"..

Ikhlas dan bertaqwa

Dua perkataan keramat.
Sangat keramat untuk orang yang memahami nilainya.

Ikhlas.
Melakukan hanya untuk Allah.

Membenci hanya kerana Allah.
Menyintai juga hanya kerana Allah.

Benarkah?

Melakukan sesuatu, kerana Allah..
Meninggalkan sesuatu, juga kerana Allah.

Benarkah?

Jika datang caci maki.. kenapa bermuram durja?
Jika datang pujian kenapa kembang semangkuk?
Jika tiada sambutan kenapa kecewa?
Jika melakukan sesuatu kenapa menunjuk?
Jika berjaya kenapa sombong?
Jika kalah dan gagal kenapa malu dan menyepi?

Ya Allah..
Benarkah hati ini ikhlas kerana-Mu..

Manusia tidak mampu menentukan kedudukan hatinya sendiri. tetapi mereka punya pilihan untuk menjaganya atau membiarkannya.

Taqwa.
Kecintaan yang penuh harap dan sangat hati-hati.

Benarkah?

Bilakah masa yang diberi untuk memuhasabah keikhlasan dan ketaqwaan dalam diri...

Sabtu, 22 Oktober 2011

Kisah pulang ke kampus

Cerita 2

Sebagaimana yang telah dijanjikan. Ini adalah kisah kedua dalam senarai kisah yang penulis janjikan untuk kongsikan disini.

Jarak antara kampus dan rumah saya adalah semalaman [iaitu bersamaan dengan 8 hingga 10 jam]. Maksudnya naik bas selepas isya, dan akan sampai ke destinasi subuh esoknya.

Oleh sebab jarak yang sungguh jauh, maka saya tidaklah balik dengan kerap. Hanya apabila cuti panjang dan ada urusan penting, barulah saya pulang.

Pada suatu hujung minggu, saya terpaksa pulang untuk menyelesaikan beberapa perkara di rumah. Cewah. Bunyi macam perkara apa je kan. Setelah selesai urusan di kampus, saya pun terus bertolak pulang pada hari jummat malam.

kongkengkongkeng. [bunyian menandakan telah menyelesaikan urusan di rumah]. Maka saya pun menyusunlah perjalanan pulang ke kampus. Memandangkan saya punya kerja penting pada hari ahad selepas isya. Maka saya perlu bertolak pulang ke kampus pada pagi ahad. [balik jumaat malam, sampai sabtu tghr sebab transit di Kuala Lumpur selama 5jam dan pagi ahad sudah mahu bertolak pulang]. Perjalanan siang akan memakan masa yang lebih kurang sama. 8 hingga 10 jam. Begantung kepada tiket dan trafik.

Perjalanan tidak semudah yang dirancangkan...

Perjalanan yang dirancang adalah begini:
Pulau Pinang - Kuala Lumpur [5jam]
Kuala Lumpur - Pekeliling [2jam]
Pekeliling - Kuantan [4jam]

Bertolak dari Pulau Pinang jam 10 pagi dan sampai ke kuantan jam 8 malam. Kerana jam 9 saya punya temujanji dengan sahabat.

Tetapi perjalanan yang terjadi sebagai mana yang Allah rancangkan:
Pulau Pinang -Kuala Lumpur [5jam].
Kuala Lumpur - pekeliling [2jam 30minit]
Pekeliling - Temerloh [2jam]
Temerloh - Kuantan [5 jam]

Bertolak dari Pulau Pinang jam 10 pagi dan sampai ke Kuantan jam 11 malam.

Wah! Lama betul. Pelbagai perkara berlaku.. tersesat di stesen KTM Bandaraya. Tidak pernah singgah disana. Terpaksa jalan-jalan dan mencari kaunter jualan tiket. Setelah lepas cubaan mencari jalan untuk ke pekeliling, subcerita lain pula bermula.

Tiket ke Kuantan telah habis. SEMUA SYARIKAT BAS... Selama berulang alik Pulau Pinang-KL-Kuantan. Inilah kali pertama, mendapat pengalaman tiket Pekeliling - Kuantan habis.. Pilihan yang ada, adalah ke Temerloh dahulu atau naik bas jam8 malam. Maka, lebih baik ke Temerloh. Kerana saya sedang mengejar masa.

Di Temerloh, sekali lagi menukar bas untuk ke Kuantan. Bas yang patut dinaiki, tidak sampai-sampai. Apabila sampai, pemandunya tidak membenarkan penumpang naik. Selepas berbual sana sini barulah dia membuka pintu untuk penumpang naik. Elok mahu berjalan, bas dihentikan untuk memberi peluang beberapa lagi penumpang bas untuk naik.

Akhirnya sampai lah ke Kuantan, tetapi 3 jam lambat dari yang dirancang. Maha Suci Allah.

Pertemuan berjaya diteruskan dengan sesi berkongsi pengajaran dari perjalanan ini.
hmmm.. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang. Dan pengalaman ini adalah sebaik-baik tarbiyyah dari Tuhan buat hambaNya. Insya Allah.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cerita 1

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang telah dijanjikan.

Cerita Halaqah.

Halaqah adalah satu nama komersial untuk usrah. Buat yang rasa sindrom gatal-gatal dan alergi, maka bolehlah memanggilnya sebagai kumpulan belajar dalam bualatan. [Study circle]

Dalam usrah, ada 3 rukun yang perlu kita lengkapkan. Jika tiada 3 perkara asas ini, maka usrah itu tidak akan berfungsi sebagai medan tarbiyyah yang betul ^_^.

Apakah 3 rukun itu?
  1. Taaruf [berkenalan]
  2. Bersefahaman.
  3. Takaful [Saling lengkap melengkapi, atau bantu membantu]

Hmm..
Sudah lama kita berhalaqah, tapi binti pun masih tidak ingat.. Muhasabah MODE.

Mari kita berkongsi satu kisah.

Saya telah diamanahkan untuk memimpin sebuah halaqah yang datang dari satu kawasan. Mereka telah berpindah ke kawasan saya secara beramai-ramai atas urusan kerja.

Baru sebulan seminggu bersama mereka.

Mereka adalah adik-adik yang sangat sibuk dengan jadual kerja masing-masing. Untuk meluangkan masa menghadiri halaqah, bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika semuanya duduk berasinga tempat.

Mengenali hati budi mereka sesuatu yang sangat membahagiakan. Walaupun sibuk, mereka jarang memberikan alasan apabila sebuah tarikh [untuk halaqah] telah di tetapkan. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi janji mereka.

Pada suatu hari di petang jumaat. Kami telah berjumpa. Sebagai mana yang telah kami janjikan. Sebagaimana yang diketahui semua orang bekerja dan belajar, hari jumaat adalah hari kelima kita bekerja. Pastilah hari yang sangat meletihkan.. Sudahnya, petang pula tu. Tapi mereka sanggup datang dengan muka manis tanpa sebarang keluhan letih dan sibuk.

Alhamdulillah pertemuan sebentar untuk menambahkan iman itu dapat dijalankan sebagai mana yang dirancang.

Semua berjalan beriringan untuk menaiki kereta.

TETIBA!

Hmm.. 
"Akak, tayar kereta akak pancit la".. Kata salah seorang dari adik-adik tersebut.  
"oh?!" kata saya sambil keheran-heranan.
"Ha'a la, tayar kereta yang saya pandu, PANCIT !"
Dalam hati saya berbisik "habislah. dahla tak pandai tukar tayar".
Untuk pulang ke rumah dari tempat perjumpaan 15 minit perjalan kereta.
Masakan mahu jalan kaki.
Sudah jam 9 malam.

Tanpa disangka, adik-adik ini meghulurkan bantuan tanpa dipinta!.
"Akak bukakan bonet kereta ini".
Dengan lurus, saya membukakan bonetnya.
"Biasanya ada tayar spare kat dalam bonet ni"..

Proses membuka skru tayar bukanlah sesuatu yang mudah. Semua berusaha membantu sedaya upaya.. Melompat diatas pemutar skru. Duduk dan memberikan cadangan bagaimana skru itu sepatutnya dibuka. Teknik meletakkan tuas untuk mengangkat badan kereta juga ada sedikit kesilapan.. Tiada usaha yang berjaya.

Sebahagian dari mereka menalifon pihak yang mungkin dapat membantu..

Akhirnya tayar berjaya ditukar. \

Alhamdulillah! Sungguh CANTIK susunan Allah.

Ya Allah!
Baru sebulan bertemu mereka. Mereka telah menghulurkan bantuan tanpa permintaan. Habis kotor tangan mereka.. Mengambil masa mereka kerana menunggu dan berusaha membuka tayar. Menunggu 'mekanik' datang..

Akhlaq mereka yang suka membantu sebenarnya bukanlah akhlaq biasa terkandung dalam masyarakat hari ini.

Iya kan?. Dalam masyarakat yang tersebarnya idealism "keakuan" atau "ananiah", budaya bantu membantu bukanlah budaya biasa.. Susah amat kita mahu membantu. Apatah lagi jika orang yang memerlukan bantuan itu orang yang tidak dikenali. Pelbagai prasangka muncul sebelum boleh membantu. Individu-individu yang selalu mengambil kesempatan pun ramai..

Sifat suka membantu tanpa dipohon, yang ada pada mereka ini sangat penting sebagai bekal di jalan dakwah. Segala puji bagi Allah kerana mempertemukan saya dengan insan-insan istimewa seperti ini. Insan-insan yang bakal memikul tanggungjawab dakwah di kawasan ini suatu hari nanti. Tiada yang lain lebih layak menentukan orang-orang yang memikul tanggungjawab dakwah ini kecuali Allah!

"Jika kamu tidak mahu berangkat [untuk berperang] niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" 
At-Taubah: 39

Semoga saya dan adik-adik ini serta para pembaca sekalian menjadi kaum yang dipilih Allah untuk berjuang di jalanNya. Insya Allah.

Alhamdulillah!
Inilah usrah yang sebenar. Usrah itu bukan hanya cakap banyak dan mantap, atau memberi komen sana sini. Usrah adalah berkenalan, bersefahaman dan saling tolong menolong..

Teruskan usaha memahami dan menghayati konsep tarbiyyah yang telah Rasulullah ajarkan pada kita. ia sebenarnya, lebih dari ajaran, kerana Rasulullah telah pun menggunakan wasilah tarbiyyah ini untuk melahirkan GENERASI AL-QURAN yang unik!.

Bai! Jumpa lagi!..

Isnin, 10 Oktober 2011

Segalanya takdir...

Assalamualaikum,

Penulis ada dua kisah menarik untuk dikongsi.

Satu kisah membawa halaqah.
Dan satu lagi kisah pulang ke kampus.

Tapi masih belum berjaya membahagi masa dengan baik untuk menulis kedua-dua cerita pendek ini.

InsyaAllah disana ada pengajaran terselit.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kadang-kadang...

Assalamualaikum,

Berjuang.
Berjihad.
Berkorban.

Tiga perkataan keramat.

Sabar.
Tenang.
Tetap teguh.

tiga sifat yang diperlukan.

Bukan segalanya kita mampu fahami. Walaupun ada manusia yang mahu sangat menerangkan dan memberitahu.

Dalam hidup ini pasti ada kekeliruan. Walaupun sudah ada yang menjawab dan menerangkan, tidak semua kekeliruan itu akan selesai.

Perkara yang penting adalah bagaimana kita mengimani hanya Allah Maha Mengetahui. DAn Hanya Allah lah yang lebih tahu hikmah setiap kejadian.

Isnin, 3 Oktober 2011

Perbincangan diluar tempat

Apakah yang akan berlaku apabila,

Seseorang berkata:

"Saya nak makan ayam goreng" di dalam tandas.

"saya mahu baca buku" ketika sedang membeli belah di pusat beli belah.

Isi penting yang mahu disampaikan adalah; kata-kata yang telah keluar tidak pada tempatnya akan:
  1. membuatkan pendengar salah faham.
  2. Menghabiskan air liur & membazir tenaga.
  3. menyusahkan diri sendiri kerana perlu mengambil masa untuk menerangkan kembali maksud kata-kata anda.
Maka, saya memilih untuk kurang melayan [maksudnya kadang-kadang layan juga] kata-kata yang telah di keluarkan tidak pada tempatnya. Maaflah jika ada yang merasa dan terasa.

Sesungguhnya kekeliruan yang berlaku kerana kita terlalu banyak berbincang perkara yang tidak sepatutnya dibincangkan bersama. Walaupun anda rasa ia perlu dibincangkan bersama.

Anda boleh merujuk orang yang betul untuk berbincang 'perkara yang mahu dibincangkan' itu. Kerana orang perseorangan yang masih dikategorikan sebagai berada di tahap pekerja bukanlah orang yang sepatutnya anda rujuk untuk membincangkan kekeliruan dan masalah anda.

Nota kaki: Orang yang betul ialah yang telah di amanahkan untuk memberi kefahaman kepada anda. dan bagaimana mahu tahu siapakah orangnya. Jawapannya, anda akan tahu jika anda tahu apa yang sedang saya sebutkan.

Terima kasih.

Entri terkenal