Khamis, 18 April 2013

Ghurur



Sekarang bukan musim hujan.
sejuk sangat bila hujan..
Indah dan sedap sekali berehat sambil mengosongkan fikiran dari keserabutan dunia..

Hujan merupakan antara tanda kekuasaan Allah.
Bukankah air berat?
Tapi boleh 'duduk' terapung diudara..
hingga sampai ke satu masa ia turun dengan lebat..
tanpa menghempap dan mengemikkan bangunan..



Cuba bayang jika hujan yang Allah turunkan itu turun seperti sebijik tukul yang menukul paku..


Habis tenggelam semua benda tinggi kat bumi ni kan?!

ok...
semua di atas adalah muqaddimah..[permulaan]

Hebatkan aqal kita?
dengan sedikit ilmu dan pengalaman,
maka aqal kita mampu membayang sesuatu yang tidak pernah terjadi..



Siapa yang mencipta aqal yang hebat ini...?
Pastilah Yang Mencipta itu lebih hebat dari benda yang diciptakan..

Oleh kerana aqal kita ini hebat...
sebagaimana yang telah kita akui, maka marilah kita gunakan kehebatan aqal kita ini untuk bermuhasabah dan mendekatkan diri pada Allah.

Allah itu Yang Paling berkuasa...
Maka tidak pelik untuk Dia mencipta makhluq berkuasa..
tapi bukan makhluq yang maha berkuasa..

makhluq berkuasa..
bunyi nya seperti 'DEBAM DEBOM' kan?
bahasa kurang debam debom sikit adalah..
makhluq Allah diberi tenaga dan kelebihan untuk melaksanakan tugas masing-masing.. maka makhluq itu menjadi berkuasalah untuk melaksanakan tugasnya..

Tenaga dan kelebihan yang Allah beri tidak sama untuk setiap makhluqnya..

Terutamanya manusia.
'kekuasaan' dan 'keupayaan' melaksanakan itu berbeza mengikut banyak lagi faktor-faktor luaran dan dalaman.

Mari penulis ulangi kenyataan di atas dalam gaya dan ayat yang berbeza.

Perbezaan kekuasaan dan keupayaan yang Allah beri pada setiap manusia, menyebabkan kita; sebagai hamba Allah, mempunyai kekuatan berbeza untuk dalam melaksanakan setiap kerja mahu pun tanggungjawab..

Ada orang pandai bercakap,
Ada orang lebih pandai berfikir,
Ada orang lebih tekun melaksana kerja,
Ada orang sentiasa beringat,
Ada orang pandai menjaga suasana riang agar tidak tegang'
Ada orang sentiasa serius dan mengambil berat..

macam-macam orang, semuanya Allah buat.

dengan takdir Allah,
macam-macam orang ini, punya ruang tersendiri untuk beramal dan menyumbang kearah kemenangan Islam.

apa kaitan dengan tajuk? GHURUR..
ghurur bermaksud tertipu..
dan aspek ghurur yang mahu disentuh oleh penulis kali ini adalah tertipu dengan amal sendiri.

Bilakah keadaan kita yang boleh dikira sebagai tertipu dengan amal sendiri ??

Apabila..
kita rasakan, kita sahajalah yang banyak kerja dan sangat letih dengan kerja kita..

Apabila kita merasa hanya kitalah yang bertungkus lumus dan orang lain tidak bekerja..



Apabila kita bekerja bersungguh-sungguh dan berkorban, kita merasa betapa besarnya pengorbanan kita..

Apabila melihat kerja biasa orang lain [mungkin pengorbanan yang dahsyat bagi pelaku tersebut], kita merasakan 'itu' hanyalah sedikit dan kecil..

Wal iya'uzubillah..
Minta Allah jauhkan perasaan ini, walaupun dengan lintasan hati..


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

astaghfirullahal 'adzim..

Entri terkenal