Rabu, 15 Disember 2010

Hargailah Islam Kamu

Sungguh orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan paling bawah di neraka. Dan kamu tidak akan mendapat penolong pun bagi mereka.

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada agama Allah dengan tulus ikhlas menjalankan agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberi pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman.

Allah tidak akan menyiksamu jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui.

Allah tidak menyukai perkataan buruk yang diucapkan secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui.

Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), Maka sungguh Allah Maha Pemaaf, Maha Kuasa.

An-Nisa: 145-149

Kita tidak akan menemui mutiara jika kita tidak mencarinya. Kerana lokasinya bukan di merata ceruk tempat. Hanya dijumpai oleh orang-orang yang MAHU, TAHU dan BERSUNGGUH-SUNGGUH mencarinya dengan izin Allah..

Tiada ulasan:

Entri terkenal