Betapa teruknya fitnah melanda Aisyah itu sehingga Aisyah meminta izin dengan Rasulullah untuk pulang dan tinggal bersama ibu ayahnya. Sehingga ada sahabat-sahabat baginda yang menasihatkan supaya Rasulullah mencari isteri lain bagi menggantikan Aisyah r.a.
Bayangkan perasaan Aisyah ketika itu.. Kalau kita kena tuduh sikit pun, kita dah gelabah.. Susah hati. sakit hati.. bimbang. Ini kena tuduh berzina. Isteri Nabi tu. Aduh sakitnya kena tuduh macam tu..
Ramai sahabat yang secara tidak sengaja terlibat dalam 'mempercayai' fitnah ini. Antara mereka termasuklah Ali bin Abi Thalib dan seorang ahli keluarga Aisyah r.a (yang mendapat bantuan tetap Abu Bakr r.a); Misthah binti Utsasan.
Ekorang peristiwa ini, hubungan Aisyah dengan Ali menjadi kurang harmoni. Dan Abu Bakr berazam untuk tidak lagi membantu Misthah.
Sehinggalah pada suatu hari, Allah telah menurunkan wahyu pada Rasulullah s.a.w..
Wahai orang yang beriman, Janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perkara keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya padamu, nescaya tiada seorang pun diantaramu bersih dari perbuatan keji dan mungkar itu selamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar lagi MAha Mengetahui.
Surah AN-NUR 21.
Bersihlah Aisyah r.a dari segala fitnah yang menuduhnya berzina.. Kalau kawan-kawan nak tahu lagi, bolehlah kawan-kawan rujuk surah An-Nur ayat 1 hingga 27.
Orait, dah tamat pun cerita ini.. Cerita ini disebut sebagai HADITHUL IFK.. dalam bahasa melayunya diterjemah sebagai peristiwa fitnah.
Apakes bercerita cerita panjang ini? Pastilah ada tujuannya.. Dan tujuan penceritaan ini, akan di sambung dalam siri tulisan yang akan datang.. Baiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Jangan bosan dan putus asa menjadi hamba Allah yang baik..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Assalamualaikum.. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada suatu hari. Serabut. Stress. Tertekan. Pening. Tidak berpijak di bum...
-
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri, Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi, Kami relakan jua serahkan dengan teka...
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...
-
Al-llmu bila amalin kasyajarin bila samarin [ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah] Mari ulangkaji matapelajaran akhlaq yang kita pelaja...
-
Mahu menulis pun perlukan JIHAD... Ya lah... Mahu istiqamah perlukan JIHAD. Apa pun yang kita buat semuanya perlukan JIHAD. Ja...
-
Sooo long no update. Allahu akbar walillahi hamd. Patutlah Allah buat peraturan harta pusaka.. Kerana harta, manusia sangat berpotensi ber...
-
Dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Tidaklah seseorang Muslim melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menunduk...
-
menghayati cerita memang menarik. mungkin kerana itulah manusia suka sangat masuk panggung wayang.. menikmati cerita kehidupan impian.. ...
-
Nilainya lebih besar dari persaudaraan pertalian darah. Tapi persaudaraan pertalian darah itu tidak akan putus kerana berbeza aqidah. Haa me...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan