Jumaat, 31 Disember 2010

Kata-kata yang baik itu lebih baik

Senario 1

Eh , mana barang saya?


Oh saya terlupa nak bawaklah..
Sekejap ya, nanti saya ambilkan..


Terima kasih..

5 minit kemudian.

Awak tolong cepat sikit boleh? Saya dah lambat ni.


Kejap. Awak tak boleh sabar sebentar?. Penat tau saya bekejar kesana kemari.

[bukan salah dia ke lupa bawak barang yang dah dijanjikan?]

Senario 2

Boleh awak bantu si A? Si A perlukan bantuan awak sekarang.


Baiklah saya bantu.

[tetapi si A menolak bantu si B kerana tidak mahu terhutang budi]

Eh, takpelah. Biar saya usahkan sendiri. Terima kasih.


Oo tak nak terima bantuan saya ye? Sombong betul. He. Takpe2.

Tamat dua senario berbeza. Tetapi pengajaran dan temanya adalah sama. Ayuh kita renung firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 263:


“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedeqah yang diiringi tindakkan yang menyakiti. Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun”

Sememangnya manusia susah untuk berbuat baik. Walaubagaimanapun, ia bukan alasan untuk lansung tidak berbuat. Dalam proses melatih diri berbuat baik pada orang, mungkin kita tersasar dari landasan. Sangka diri sudah cukup berbuat baik, tapi rupanya sedeqah yang menyakitkan.. [kerana itulah ayat ini tercatat dalam Quran; Allah sudah tahu apa kelemahan hamba ciptaan-Nya]

Tiada ulasan:

Entri terkenal