Isnin, 6 Disember 2010

Ghazwatul fikr 2

Apakah terjemahan yang boleh digambarkan untuk membuatkan para pembaca sekalian memahami cerita singa menjadi kijang versi muntalaq?

Oh sebelum menyambung penulisan lebih lanjut, suka cita penulis untuk memberitahu bahawasanya cerita ini diadaptasi dari kupasan buku muntalaq oleh seorang ustaz dan sifu penulis.

Siapakah ummat Islam? Ummat Islam adalah satu ummat yang beriman pada Allah. Mereka adalah orang-orang yang berserah diri pada segala titah perintah dan larangan Allah. Sehingga mereka berjaya memakmurkan hampir 2/3 dunia ini kerana ketaatan mereka pada Allah dan bukan pada hawanafsu.

Ok sebelum menyambung lebih panjang, hendak ditekankan disini, lagi sekali, ummat Islam adalah orang yang MAMPU MENGAWAL HAWANAFSUnya untuk berserah diri pada perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Itulah ummat Islam. Sejarah kita telah membuktikan ummat Islam yang benar-benar beriman pada Allah, sangat hebat. Mereka berjaya membawa RAHMAT ISLAM keseluruh alam. Islam telah sampai ke rom dan parsi. Dua kerajaan besar pada zaman dahulu yang semacam United states of America sekaranglah. Penyebaran Islam bermula dari padang pasir tandus hingga tersebar keseluruh dunia.

Adakah hal ini dilakukan oleh KIJANG penakut? Atau Singa berani? Hmm.. 

Siapakah insan-insan yang BERANI bertemu penguasa-penguasa angkuh pada suatu masa dahulu untuk menyampaikan Islam? 
Siapakah yang sanggup memimpin satu jumlah tentera yang berganda sedikit berbanding musuh demi menegakkan kalimah Allah? 
Siapakah yang sanggup berjaga malam dan terus menerus bermunajat pada Allah walaupun siang harinya penat bertempur di medan perang? 
Siapakah yang tidak rasa terhina ditabur pasir oleh pembesar parsi semasa dia masuk mengadap dan memberi khabar Islam? 
Siapakah yang sangat berani untuk tidak menurut protokol istana yang ‘mempertuhankan’ raja dan sultan kerana menjaga kemuliaan Islam dan keagungan Allah?? 
Siapakah yang berjalan dan mengembara demi menyebarkan ajaran Islam?? 
Siapa? 
Siapakah mereka? 
Siapa mereka yang sangat berani ini? 
Siapa mereka yang sangat kuat melawan hawanafsu ini? 
Siapa?? Dan siapakah mereka?
Merekalah (kita la tu) UMMAT ISLAM!

Tapi tahukah kita segala peristiwa ini? Tahukah kita ummat Islam sehebat ini? Tahukah kita wujudnya kisah ini??? Sedarkah kita betapa gigihnya ummat Islam terdahulu berpegang pada ajaran Islam? Apakah kita tahu betapa bersungguh dan seriusnya mereka menyebarkan Islam supaya Islam sampai keseluruh dunia?

Oleh kerana lukis sendiri.. maka taklah menjadi sangat

Dan sekarang, tahukah kita betapa orang-orang kafir sangat cemburu akan hal ini? Sedarkah kita bahawa syaitan dan hawanafsu berganding bahu dalam merosakkan ummat Islam? Dan sedarkah kita yang orang-orang kafir adalah sekutu syaitan dan hawanafsu dalam projek merosakkan ummat Islam? Sedarkah kita? Tahukah kita?

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang kafir membencinya” 
Saff: 8

Tiada ulasan:

Entri terkenal